Saturday 6 October 2012

75 PERATUS RAKYAT MALAYSIA TIDAK BERSENAM : ROSNAH RASHID

KAH KAH KAH
MINAH GEDEBAB INI HANYA PANDAI CAKAP
TENGOK BADAN SENDIRI
DULU LEHER PUN TAK NAMPAK
SEKARANG PAKAI TUDUNG
SURUKKAN LEHER HINGGA  TAK NAMPAK
KAH KAH KAH

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Sebanyak 75 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia didapati tidak atau kurang melakukan senaman, kata Timbalan Menteri Kesihatan Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Beliau berkata sebahagian rakyat negara ini tidak sedar mereka terdedah kepada penyakit pembunuh "dalam diam" seperti diabetes dan hipertensi disebabkan amalan gaya hidup kurang sihat.

"Di Malaysia, kira-kira 2.6 juta penduduk dewasa menghidap penyakit diabetes, 5.8 juta menghidap hipertensi dan 6.2 juta mempunyai kolestrol tinggi.

“Apa yang lebih merungsingkan ialah ramai dalam kalangan rakyat tidak sedar bahawa mereka mempunyai penyakit pembunuh dalam diam itu," katanya.

Jelasnya, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan prevalen penyakit diabetes meningkat 15.2 peratus pada 2011 berbanding 11.6 peratus pada 2006 manakala hipertensi dalam kalangan dewasa berumur lebih 30 tahun juga meningkat daripada 32.2 peratus pada 2006 kepada 32.7 peratus pada 2011.

Rosnah berkata peningkatan itu jelas membimbangkan dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak bukan sahaja di peringkat kementerian bahkan peringkat akar umbi termasuk hospital, Klinik Kesihatan dan anggota masyarakat sendiri.

"Selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan pemakanan sihat, pemeriksaan saringan kesihatan juga amat penting, dan kita amat menggalakkan rakyat menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan penyakit-penyakit berkenaan dikurangkan," katanya. - TIEWNAMA

No comments:

Post a Comment

Popular Posts