Mudahnya hidup
kita di dunia moden hari ini. Celik saja mata boleh terus update
Facebook, layari Youtube, tweet di Tweeter atau jika perlukan sebarang
maklumat hanya perlu taip di Google. Tetapi tahukah anda disebalik semua
ini apakah yang menjadi tulang belakangnya? Sila baca untuk anda lebih
appreciate apa yang anda nikmati hari ini.
Gambar di bawah ini merupakan kabel komunikasi bawah laut (submarine
communication cable). Dengan panjang diameter 69 milimeter (2,7) inch,
kabel ini mampu membawa 99% data-data internasional (internet, telefon
dan data peribadi) yang menghubungkan semua benua di dunia, kecuali
Antartika.
Pada awalnya kabel komunikasi bawah laut digunakan untuk membawa lalu
lintas telegraf. Generasi berikutnya, kabel bawah laut digunakan untuk
membawa lalu lintas telefon. Kabel modern yang telah menggunakan
teknologi fiber optik digunakan untuk membawa data-data digital seperti
telefon, internet dan data peribadi.
Peta di atas merupakan peta kabel bawah laut di seluruh dunia. Untuk
mengetahui lebih lanjut tentang peta kabel bawah laut sila lihat
di http://www.submarinecablemap.com/sebuah website interaktif tentang
informasi kabel bawah laut di seluruh dunia.
Kapal di atas ini adalah CS Innovator Cable, sebuah kapal yang dirancang
khusus untuk meletakkan kabel optik dan merupakan terbesar di dunia.
Dibuat pada tahun 1995 oleh Kvaerner Masa, Finland. Kapal sepanjang 24
meter ini mampu membawa 8500 ton kabel fiber optik. Kapal ini memiliki
80 kabin, yang mampu bertahan di laut selama 42 hari.
Kandungan kabel:
1. Polyethylene
2. “Mylar” tape
3. Stranded metal (steel) wires
4. Aluminum water barrier
5. Polycarbonate
6. Copper or aluminum tube
7. Petroleum jelly
8. Optical fiber
Pada tahun 2006, jaringan satelit hanya menyumbang 1 peratus dari trafik
maklumat, manakala bakinya dilakukan oleh kabel bawah laut. Kabel bawah
laut memiliki keandalan tinggi, memiliki kapasiti pengiriman data dalam
terabit per detik, sementara satelit hanya mampu mengirimkan data dalam
megabit sedetik.
BILLYINFO
No comments:
Post a Comment