Assalamua’laikum.
Mana tempat paling selamat? Agaknya, apa jawapan deme (anda)? Rumah? Pejabat? Dalam kereta? Kapal terbang? Roket? Inkubator? Anda boleh namakan apa saja. Tapi, pernah tak kita fikir tempat yang paling selamat setakat kita hidup sampai ke hari ni, hari Jumaat 19 Oktober 2012. Semua pernah duduk kat tempat ni. Bohonglah kalau ada yang kata tak pernah. Kalau tak ingat, itu ambe setuju.
Kat mana adik-adik, abang-abang, kakak-kakak sekalian? Iye, dalam perut ibu kita. Satu tempat yang kita panggil, RAHIM (bukan Pakcik Rahim sebelah rumah tu yer…). Oooo…patutlah takde orang yang ingat…hehe…
Rahim ibu. Satu tempat yang gelap dan sempit, tapi cukup-cukup padan dan muat untuk kita ‘bertapa’ selama 9 bulan 10 hari. Jangan terkejut, Imam Syafie berada dalam rahim ibunya selama lebih 2 tahun!
Subhanallah. Malah, arwah abah ambe juga dikandungkan nenek selama 13 bulan. Cuba bayangkan kalau situasi camni berlaku sekarang, doktor mesti kalut, pakat nak bedah! Bedah saja. Betul tak?
Kenapa rahim ibu tempat paling selamat dan ajaib? Meh dekat-dekat, ambe nak kongsi;
- Allah sendiri yang berfirman dalam Surah al-Mu’minun, “Dan sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia daripada satu sari pati dari tanah. Kemudian kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) di tempat yang kukuh (rahim)”.
- Pernah tengok bayi lahir tak cukup bulan? Biasanya, bayi lahir pramatang kena duduk dalam inkubator untuk satu jangkamasa tertentu. Kenapa inkubator? Sebab, inkubator direka fungsinya sebagai pengganti rahim ibu. Mestilah inkubator ni dipasang macam-macam teknologi perubatan demi kelangsungan bayi tadi, tapi bayi ini masih lagi ada risiko terkena jangkitan.
- “Bilik” paling kebal dari sebarang ancaman. Macam-macam ancaman. Bunyi bising, asap kenderaan, asap rokok bapak dia, pelbagai siri gegaran.
- Kedudukan rahim. Duduknya rahim adalah dalam ruang pelvis (ruangan antara tulang pinggul dan paha). Kedudukan istimewa ni sangatlah sesuai untuk perkembangan awal janin. Fuh, hebat!
- Suspensi yang baik. Urat-urat kenyal yang menjadi jambatan penghubung antara tulang pelvis akan menebal dan memanjang. Inilah datangnya sistem kestabilan terbaik untuk menahan sebarang gegaran dan asakan!
- Otot-otot rahim yang kuat. Otot endometrium ni memang otot-otot yang kuat sehinggalah membolehkan kontraksi (sakit nak bersalin) berlaku semasa proses kelahiran.
- Rahim mampu membesar 20 kali ganda saiz asal dan menampung 1000 kali ganda kapasiti asal! Tak hairanlah, ada yang mampu lahirkan kembar 7!
- Sistem pertahanan. Biasanya, kalau badan kita dimasuki objek asing, secara automatik sistem imun kita akan menyerang dan membunuh objek asing tadi. Tapi tidak dalam kes bayi dalam kandungan rahim ibu. Secara logiknya, hampir 50% genetik bayi adalah daripada si bapa (bukan makhluk asing). Jadi, sepatutnya bayi tadi ditolak oleh sistem imun ibunya, tapi ini tak berlaku! Menarikkan?
- Janin bebas jangkitan. Contohnya, kalau si ibu positif HIV, janin dalam rahimnya adalah selamat daripada jangkitan HIV! Jangkitan hanya berlaku jika berlaku percampuran darah semasa proses kelahiran. Subhanallah!
hafizmohd.com
No comments:
Post a Comment