JITRA - Rata-rata pengunjung yang hadir semasa sesi temu mesra bersama
penulis novel trilogi negara Ramlee Awang Murshid teruja dan gembira
dengan kehadirannya di ruang legar Jitra Mall, di sini, kelmarin.
Pengunjung, Fazira Ahmad, 24, berkata, dia berminat membaca novel bermula sejak melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT) memandangkan mempunyai kewangan yang cukup untuk melanggan novel diminati.
Menurutnya, dia sangat teruja dapat bertemu dan berbual bersama Ramlee Awang Murshid yang kreatif menghasilkan karya dan cukup memberikan kesan kepada pembaca.
“Saya lebih gemar membaca novel berbentuk ilmiah dan kebanyakan hasil karya beliau dilihat memberikan keserasian kepada saya untuk lebih menerokai hasil penulisan itu dengan unsur yang menarik minat pembaca.
“Hasil karyanya agak berbeza berbanding yang lain kerana mempunyai kelainannya tersendiri bahkan kaedahnya mengajak pembaca untuk berfikir mengenai sesuatu karya yang dihasilkan untuk mengetahui kisah selanjutnya,” katanya.
Berkongsi kegembiraan yang sama, Norshamsinar Shamsudin, 25, turut gembira bertemu sendiri dengan novelis itu kerana karya yang dihasilkan membawa satu penceritaan menarik.
Menurutnya, kecenderungannya menelaah novel berjudul ‘Bagaikan Puteri’ berjaya menarik minatnya membaca hasil karya Ramlee yang memberikan impak untuk pembaca merasai sendiri pengembaraan dalam penceritaan itu.
“Penulisannya lebih berbentuk ilmiah dan tidak semata-mata memberikan fokus kepada percintaan sahaja walaupun penceritaan itu adalah sesebuah cerita cinta. Itulah yang memberikan kelainan terhadap penulisannya.
“Saya mulanya tidak menyangka kehadirannya ke utara tanah air ini namun setelah mengenal pasti maklumat menerusi laman sosial akhirnya dapat bertemu juga dan berharap beliau dapat mengekalkan karyanya itu,” katanya.
Pengunjung, Hasnah Hassan, 58, berkata, penghasilan karya Ramlee Awang Murshid dilihat bersesuaian dengan semua peringkat masyarakat.
Menurutnya, di peringkat umurnya, pembacaan novel dilihat sebagai terapi minda dalam usaha mendekati golongan remaja dan melalui penulisan itu kaedah tertentu dapat diperoleh untuk diguna pakai sekiranya perlu.
“Penulisannya banyak memberikan kesan dan dipenuhi dengan unsur misteri yang menggalakkan pembaca untuk lebih mengetahui sesuatu peristiwa itu. Kadang-kadang penulisannya dilihat memberikan sesuatu kiasan melibatkan pembaca itu sendiri.
“Saya mempunyai pelbagai koleksi novel beliau dan sudah pastinya setiap bulan saya memperuntukkan sebahagian daripada gaji sebanyak RM150 sehingga RM200 untuk melanggan novel hasil karya beliau,” katanya yang bekerja di Jabatan Kesihatan Negeri.
Sementara itu, Ramlee, 45, berkata, penulisannya lebih berkonsepkan fiksyen dan penyelidikan dijalankan terlebih dahulu sebelum menghasilkan sesuatu karya.
Menurutnya, melalui rujukan tertentu, sesuatu karya yang dihasilkan itu bukanlah sekadar picisan tetapi sebaliknya memberikan manfaat berguna kepada membaca melalui kaedah tertentu.
“Oleh itu, saya lebih gemar menggunakan pendekatan taktik psikologi dan sentiasa berusaha memberikan kelainan. Rentak dan konsepnya sama namun isi penceritaannya akan diberikan kelainan.
“Saya mula bergiat di dalam penulisan sejak 1986 dan kemudiannya menghasilkan novel sekitar 1990. Dalam tempoh setahun dua novel akan diterbitkan dan saya mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk menghasilkan sebuah novel yang berbentuk ilmiah itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Ramlee berkata, kejayaan hari ini adalah kegagalan sebelumnya kerana karyanya kurang mendapat perhatian daripada penerbit-penerbit pada ketika itu dan kredibilitinya turut menjadi pertikaian oleh pihak terlibat.
"Namun perkara itu tidak menghalangnya daripada menulis.
“Alhamdulillah sehingga kini, saya mendapati karya itu diterima masyarakat melalui novel pertama iaitu Tombiruo dan akan diadaptasikan untuk dijadikan filem yang penulisan skripnya memakan masa dua tahun untuk disiapkan,” katanya.

No comments:
Post a Comment