DETROIT: Pencipta yang membangunkan sel bateri yang digunakan untuk
kenderaan hibrid, Stan Ovshinsky meninggal dunia di rumahnya pada usia
89 tahun di pinggir bandar Detroit akibat menghidap kanser.
Ovshinsky yang mengusahakan syarikat pembangunan bateri kereta, Energy Conversion Devices juga mencipta mesin yang dapat menghasilkan kepingan panel tenaga solar sepanjang 14.5 kilometer bertujuan menjana kuasa lebih murah dan bersih ke kediaman serta bangunan perniagaan.

Anak lelaki beliau, Harvey Ovshinsky, berkata bapanya bukan saja teruja
tentang penemuan sains dan tenaga alternatif, juga peka terhadap hak
asasi manusia dan kesan sosial.
Harvey berkata, bapanya meninggal dunia akibat mengalami komplikasi kanser prostat di rumahnya di Bloomfield Hills, di sini, Rabu lalu.
“Beliau adalah individu yang menghabiskan zaman muda dan hidupnya untuk mengubah dunia,” katanya. - AP
No comments:
Post a Comment