Monday 14 January 2013

Siti Nurhaliza sudah berhijab penuh


Akhirnya tanda tanya peminat penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza mengenai bila penyanyi jelita ini ingin berhijab sepenuhnya terjawab apabila penyanyi itu muncul dengan imej bertudung litup di majlis perkahwinan Apek dan Leuniey.

Siti berkata sudah tiba masanya untuk menunaikan janji berhijab penuh. Janji tersebut dibuat selepas beliau pulang daripada menunaikan haji tahun lepas.

"Inilah doa daripada orang ramai dan peminat. Saya pernah kata dulu yang saya akan berhijab penuh, dan kini saya tunaikan jua.

"Alhamdulilah pada hari jadi saya yang ke 34 yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat saya mengambil keputusan untuk berhijab penuh," kata penyanyi ini.

Siti turut berharap agar penampilan barunya ini akan terus kekal.

“Inilah imej Siti untuk usia 34 tahun dan Siti harap penampilan baru ini akan terus kekal sampai bila bila,” ujar SitiNurhaliza yang kini sedang dalam tempoh bercuti dari sebarang aktiviti seni.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts