Tahun lepas Mr Transformer hantar email, lepas tu Warlord dia hantar SMS bertubi-tubi, dan beberapa hari yang lalu terima bingkisan ‘desperado’ dari Mr Transformer yang – kalau mengikut perkiraan Nujum Pak Belalang – akan membuat transformasi terakhir dengan men ‘Transform’ UMNO/BN dari parti pemerintah kepada parti pembangkang selepas PRU 13. Bravo Zulu.
Sebenarnya aku tak berminat nak tulis
kisah politik kerana dah meluat dengan sandiwara poli-tikus yang boleh
membuatkan gigi mereka lebih lembut dari lidah bila tiba musim
pilihanraya. Tapi oleh kerana selalu sangat dihujani dengan SMS dan
emel, maka terdetiklah hati ini untuk mengungkit cerita lama.
JANJI DITEPATI…..PORRAH!!!
Tahun 1985, kawasan perumahan tempat aku
berteduh terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Gombak (MDG). Jalan
di hadapan rumah merupakan “jalan hidup” dan tempat laluan keluar masuk
kenderaan dari beberapa batang jalan lain.
Beberapa kemalangan yang berlaku di jalan ini membuat aku terpanggil untuk memohon kepada MDG supaya membina ‘bonggol’ @ Speed Breaker
untuk mengurangkan kelajuan kenderaan yang sering dipandu laju oleh
mereka yang tak berhati perut. Setelah permohonan tak dilayan, aku
mengajukan permohonan menerusi artikel yang disiarkan di Utusan Malaysia
dan The Star. Namun, nasibnya juga sama seperti permohonan
bertulis yang diajukan kepada MDG sebelumnya…..it fell on deaf ears.
Suatu hari, kejadian yang menyayat hati
berlaku di hadapan rumah. Seorang murid sekolah rendah yang
sedang melintas jalan untuk balik ke rumah dilanggar bas sekolah yang
dipandu laju. Akibat kecederaan teruk, murid sekolah tersebut (anak
kepada pegawai tentera berpangkat Mejar) hilang sebelah kaki.
Tak lama selepas itu, dalam kempen
pilihanraya kecil parliamen (Ong Tee Keat lawan Harun Idris) yang
diadakan di kantin sekolah, aku mengambil kesempatan bertemu MB Selangor
(Muhammad bin Muhd Taib) dan mengajukan salinan surat-surat yang pernah
aku hantar ke MDG, UM dan The Star. Dalam ‘sandiwara’ dan ‘permainan
wayang kulit’ berikutnya, MB mengarahkan ADUN (Puan Rakibah) untuk
membantu.
Esoknya, aku pergi ke rumah Rakibah dan
menyerahkan plan jalan dan cadangan bonggol yang dimohon seperti yang
diminta oleh beliau.
13 tahun berlalu, namun bonggol
yang hanya memerlukan perbelanjaan sekitar RM100 – RM200 untuk
dibina tak juga dapat. Pada tahun 2002 aku pergi ke Majlis Perbandaran
Ampang Jaya yang telah mengambil alih pentadbiran dari MDG dan membuat
permohonan lain. Tanpa diduga, setelah 17 tahun menanti, dan berbagai
kemalangan berlaku, bonggol (Speed Breaker) yang tak seberapa ongkosnya menjadi kenyataan.
Sejak ‘kena main’ dengan MB dan ADUN aku dah tak percaya dengan janji orang politik.
Berbalik kepada kenyataan dalam bingkisan
Najib di atas yang menyebut tentang kecelaruan kerajaan Selangor di
bawah pimpinan PR; Najib sebenarnya lupa kecelaruan yang berlaku
di Selangor sebelum ini…..MB skandal dengan adik ipar, MB kena tangkap
seludup duit ke luar negara yang berakhir dengan pengakuan di mahkamah
Australia “I no spik England”…..and the list goes on.
Apa aku dapat selama lebih 4 tahun di bawah kerajaan PR? Aku dapat diskaun RM11 ++ bil air setiap bulan. Kalau aku ‘kick the bucket’ hari ini, anak bini aku dapat subsidi RM3K sebagai ganjaran memasukkan jasadku ke liang lahad.
Apa yang aku dapat sejak berpuluh tahun
bermastautin di Selangor di bawah perintah BN? Abuk pun tarak! Nak minta
bina bonggol untuk keselamatan penduduk khususnya kanak-kanak pun
mereka tak boleh bantu, malah buat janji kosong pula.
Sendiri mau fikirlah brother Najib.
No comments:
Post a Comment