Saturday, 13 April 2013

Saksi dan Zina



"Mengapa pertuduhan zina disyaratkan dengan 4 orang saksi yang adil? Saksi itu mestilah beriman dan bukan pendosa. Dan 4 saksi itu mesti melihat perbuatan itu dengan mata kepala mereka, detail. Bukan bayang, bukan di paparan screen.

Kenapa Allah tetapkan tuduhan zina dengan syarat yang ultra ketat?

Kerana Allah tahu, perangai manusia sekiranya hasad terhadap manusia yang lain, mereka tidak bunuh orang itu. Jika bunuh, tamat riwayat habis cerita. Tak best. Tidak ada nikmat menyeksa hidup orang.

Sebaliknya perangai manusia yang jahat apabila hasad terhadap manusia lain, mereka akan cipta konspirasi skandal seks. Supaya mangsa hidup dalam keadaaan hina dan tidak mampu bangun kembali menikmati hidup yang bermaruah. Kiranya dia mati dalam keadaan hidup.

Maka si jahat akan puas hati melihat mangsanya hidup dalam keadaan sedemikian. Mereka cukup puas hati.

Oleh kerana itu Allah menetapkan syarat pertuduhan zina yang terlalu ketat. Demi menyelamatkan manusia dari mangsa konspirasi skandal seks si jahat yang berusaha membunuh maruah mereka.

Ya Allah, selesaikanlah UMNO!

credit fb: Abdul Mu'izz Muhammad

No comments:

Post a Comment

Popular Posts