Pemeriksaan keselamatan diperketat
6 April 2013
BUKIT KAYU HITAM - Pemeriksaan keselamatan kebakaran akan dijalankan di
sekitar Kubang Pasu sepanjang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Hasbullah Md Isa, berkata, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan dalam tempoh terdekat bagi memastikan PRU13 kali ini berjalan lancar.
Menurutnya, penjadualan terhadap anggota terlibat akan dilaksanakan supaya kerja-kerja pemeriksaan terutamanya melibatkan peralatan pencegahan kebakaran dapat berfungsi dengan baik.
“Setiap anggota akan diarahkan untuk memastikan kelengkapan cegah kebakaran berkeadaan baik, terutamanya di pusat penamaan calon dan perkiraan undi.
“Sebarang kemungkinan boleh berlaku dan pencegahan awal akan dilakukan dari semasa ke semasa agar tidak mendatangkan masalah,” katanya ketika ditemui pada Program Perkhemahan dan Pertandingan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia di Balai Bomba Bukit Kayu Hitam, semalam.
Hasbullah berkata, sehingga kini, tiada penambahan anggota dalam melaksanakan pemeriksaan berikutan cuti seluruh anggota dibekukan.

No comments:
Post a Comment