Selepas sahaja pengumuman pembuburan parlimen, bilik gerakan, markaz dan pos Pakatan Rakyat tubuh bagai cendawan. Sebelum ini sudah ada banyak pos, markaz dan bilik gerekan telah wujud.
Ramai penyokong akan datang untuk membantu dari segenap penjuru. Kadang kala kita tak kenal mereka ini. Mereka ikhlas ingin melihat UMNO @ BN pengkhianat rakyat tumbang dan Malaysia yang lebih adil dan saksama wujud.
Walau pun begitu, harus diingat dan berhati-hati ada dikalangan mereka adalah daripada TEAM GERAK SARAF UMNO @ BN.
Mereka adalah pengintip, pencari maklumat, penimbul kacau bilau daripada dalam. Kerja mereka terlatih. Mereka akan melemahkan perpaduan Pakatan Rakyat.
Selain itu mereka juga lebih ektrim yang akan membawa padah (fireback) kepada Pakatan Rakyat sendiri.
Tindakan membakar bendera UMNO@BN, merosak, mencoteng papan tanda UMNO adalah cara mereka bekerja agar mereka mendapat berita publisti murahan melalui media perdana.
Team Saraf ini mempunyai hubungan dengan wartawan upahan UMNO yang akan membuat berita. Oleh itu AWAS dan jangan mudah terperdaya!!
Mereka mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali pasti jika dihalusi, misalnya tanda pada pergelanggang tangan, beg bimbit, ikatan kain, cara berpakaian, kod percakapan.
Paling mudah melihat mereka ini waktu solat bagi yang Islam. Celaka munafik ini biasanya tak bersolat, atau berlengah-;engah untuk bersolat. Jangan terkejut jenis munafik boleh menyamar bersolat bersama dengan "tanpa wuduk".
Tolonglah ada yang prihatin dengan hal ini, jangan sampai markaz, pos dan beilik gerakan pakatan bolos oleh musuh!!!!
No comments:
Post a Comment