Saturday, 6 April 2013

DAP naik kuda PAS, PAS naik kuda DAP, UMNO pula naik angin



BILA PAS berkawan dengan DAP, UMNO tuduh parti Islam itu diperkudakan. Bila PKR bekerjasama dengan DAP, dituduh pula PKR pengkhianati Melayu, bila wujud Pakatan Rakyat (PR), dituduhnya pula PR ini boleh lingkupkan negara, cetuskan huru-hara.
Jadi tidak menjadi kehairanan, kita pun dah lali dengan kenyataan semacam ini sampai naik muak.


Asal saja ada masalah, semua dituduh Anwar, semua salahkan PR. Kerja kempen yang semacam ini biasanya akan makan tuan. Kita tunggu dan lihatlah nanti.
Saat ini, situasi politik Malaysia makin menggelegak. Parlimen pun sudah dibubar Najib. Justeru, tak hairanlah kalau berbakul lagi fitnah jijik terpaksa dijawab apa lagi bila DAP makin diterima Melayu dan yang terkini, DAP sudah pun umumkan dua calon Melayu bertanding di Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang belum ditetapkan tarikhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Tak kisah siapa jadi kerajaan
Sebenarnya, ada kajian kata, rakyat tidak kisah siapa pun menjadi kerajaan. Tapi rakyat paling kisah kalau kerajaan naikkan harga barang. Tak guna kalau gaji naik sekali pun tapi barang rumah, minyak petrol, sampaikan minyak angin pun naik harga. Ini belum lagi ditambah pakej haji dan umrah yang setiap tahun naik.
DAP mahu PM Melayu Islam, lagi tak boleh faham ke…?
Pada saat menjelangnya PRU-13. Macam-macam isu naik. Kita selalu saja dengar kalau PR menang, Cina nak jadi Perdana Menteri. Ini semua tuduhan bodoh tidak masuk akal, tak berasas apa lagi tak berpijak kepada realiti.
DAP sudah berbuih berikrar. Kalau PR menang besar, Melayu akan naik jadi Perdana Menteri. Anwar akan jadi Perdana Menteri Malaysia keenam. DAP tidak bodoh. DAP sangat sedar, sangat sensitif, dan tahu bahawa umat Melayu adalah umat majoriti dalam negara ini. DAP juga bukan “parti Cina” dan orang Melayu memang dialu-alukan menyertai DAP. Apa ada hal!
Kalau faham DAP maka terimalah DAP
“DAP parti Cina.. DAP tindas Melayu… DAP tolak Islam… DAP tolak Raja…”. Ini antara fitnah dan propaganda jahat pencacai UMNO paling popular. Cabai Burung harap, kalian pembaca dapat jadi orang cerdik, orang yang mampu berfikir.
Kalau DAP ini benar-benar seperti yang didakwa, sudah lama DAP diharamkan, tutup buku, masuk bakul. Mana tidaknya, menolak Islam dan menolak sistem beraja itukan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan! Lawan perlembagaan? Nak mampus agaknya!
Semua harus tahu, DAP selama ini memang menjunjung Perlembagaan Persekutuan. DAP junjung Islam sebagai agama Persekutuan. DAP taat pada Yang Di-Pertuan Agong! DAP cuma mahu Malaysia yang bebas rasuah, telus dan berbaloi kehidupan rakyatnya untuk hidup dan mati di bumi yang tercinta.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts