Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts

Saturday, 20 February 2016

EPF umum dividen 6.40 peratus bagi 2015


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.40 peratus bagi 2015 dengan pembayaran keseluruhan berjumlah RM38.24 bilion.
Sebanyak RM5.98 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi tahun berkenaan, iaitu peningkatan 10.13 peratus berbanding RM5.43 bilion pada 2014, katanya dalam satu kenyataan.
Peningkatan itu seiring dengan pertumbuhan aset pelaburan KWSP kepada RM684.53 bilion setakat 31 Disember 2015 manakala pendapatan kasar tumbuh 13.18 peratus kepada RM44.23 bilion berbanding RM39.08 bilion pada 2014.
"Pendapatan pelaburan kasar yang dicapai adalah menerusi strategi kepelbagaian merentasi kelas aset di beberapa negara dan pasaran.
"Walaupun kolerasi dalam kalangan pasaran-pasaran global adalah tinggi, strategi kepelbagaian ini membuka peluang kepada kami untuk menjana keuntungan dan mengenal pasti pelaburan berpotensi pada pentaksiran menarik," kata Pengerusinya Tan Sri Samsudin Osman.
Beliau berkata langkah kepelbagaian dalam pasaran modal dan mata wang membolehkan KWSP mengaut pulangan signifikan daripada sumber bukan ringgit yang merangkumi 48 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar KWSP sepanjang tahun berkenaan.
"Sebagai dana simpanan persaraan, pelaburan kami sentiasa bertumpu kepadausaha untuk mendapatkan pulangan pendapatan jangka panjang yang mampan berbanding pulangan jangka pendek, dan kami berbesar hati mengumumkan kadar dividen 6.40 peratus yang menunjukkan prestasi membanggakan sekalipun berdepan cabaran," katanya.
Lebih penting lagi katanya, KWSP berupaya mencapai dua sasaran pelaburan strategik iaitu sekurang-kurangnya 2.5 peratus dividen nominal setiap tahun seperti yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991, dan sekurang-kurangnya dua peratus dividen sebenar untuk purata tiga tahun berturut-turut.
Bagi 2015, Samsudin berkata dividen sebenar untuk purata tiga tahun berturut-turut ialah 4.05 peratus iaitu 205 mata asas lebih tinggi daripada sasaran.
Bagi tahun dalam semakan, ekuiti terus menjadi penyumbang utama kepada pendapatan pada 58.81 peratus, iaitu sebanyak RM26.01 bilion atau peningkatan 13.54 peratus daripada RM22.91 bilion pada 2014.
Menurut kenyataan itu portfolio ekuiti luar negara memainkan perana utama dengan menyumbang lebih 50 peratus kepada pendapatan pelaburan ekuiti 2015.
Sementara itu, pelaburan KWSP dalam instrumen tetap terus memberi pendapatan yang stabil dengan aset kelas ini yang merangkumi sekuriti kerajaan Malaysia (MGS) dan bon sama taraf, serta pinjaman dan bon, menyumbang 35.40 peratus daripada RM44.23 bilion pendapatan pelaburan kasar pada tahun berkenaan.
Hartanah dan infrastruktur menyumbang RM1.70 bilion, naik 22.23 peratus daripada 2014, manakala portfolio luar negara bagi kelas aset ini yang diceburi sejak 2010, menunjukkan prestasi memberangsangkan dari tahun ke tahun.
"Program pelaburan luar negara KWSP berstruktur yang dilaksanakan secara rasmi pada 2006, menyumbang 48 peratus kepada jumlah keseluruhan pendapatan pelaburan sebanyak RM44.23 bilion untuk tahun ini walaupun pendedahan hanya 25 peratus daripada jumlah aset pelaburan, sekali gus mengatasi prestasi aset domestik," kata Samsudin.
Selaras perancangan pelancaran skim simpanan patuh syariah pada 2017, pendedahan KWSP dalam pelaburan patuh syariah yang meliputi pelbagai kelas aset setakat ini melebihi 40 peratus daripada aset keseluruhan.
KWSP juga memastikan semua pelaburan termasuk aset bukan syariah, adalah beretika dan tidak terlibat dengan sebarang pelaburan yang berkaitan antaranya sektor perjudian, alkohol/arak, dan senjata ketenteraan.
Mengulas iklim ekonomi pada 2016, Samsudin berkata tahun ini akan lebih mencabar.
"Kombinasi ketidakpastian kadar pertumbuhan dan kemerosotan harga komoditi menyaksikan kejatuhan indeks utama termasuk FBM KLCI sejak awal tahun.
"Ini merupakan iklim yang sangat berbeza dengan separuh pertama 2015 dengan pelaburan global kami mampu mengimbangi kesan kelembapan pasaran domestik," katanya.
Ketidaktentuan pasaran mata wang juga bermakna akan menyukarkan KWSP untuk mengulangi prestasi cemerlang aset global 2015.
"Bagaimanapun, kami akan terus melindungi dan meningkatkan nilai simpanan ahli dengan memberi pulangan yang stabil dan konsisten dalam jangka panjang, selaras dengan had risiko yang bersesuaian," katanya.
- Bernama

Tuesday, 23 July 2013

Masih Ramai Pengguna Salah Faham Mengenai RON95


Sebelum ini setiap kali mengisi minyak petrol, Izzat Amir, hanya menumpukan perhatian pada nombor yang tertera di ruang harga.

Namun sejak pelarasan klasifikasi minyak petrol kepada dua jenis RON (Research Octane Number) — RON95 dan RON97 — September lalu, perhatian eksekutif muda ini lebih tertumpu kepada nombor RON yang tercatat.

Izzat berasakan minyak RON95 menjadikan enjin kereta Proton Waja Premium keluaran tahun 2003 miliknya kurang mantap dan mengeluarkan bunyi bising.

Berbeza pula dengan pengalaman P.Aravind yang mengatakan beliau menggunakan RON95 untuk kereta Peugeot 207cc dan berpuas hati dengan penggunaan petrol dan kecekapan enjinnya.

Walaupun berasa skeptikal pada mulanya, Aravind mencuba RON95 selepas melihat spesifikasi pada pelekat di penutup tangki minyak.

Tetapi yang mengecewakan beliau ialah terdapat pekerja di stesen minyak yang mengatakan tindakannya menggunakan petrol yang lebih ‘murah’ merosakkan enjin kereta.

Seperti Izzat dan Aravind, anda juga pasti pernah melihat minyak petrol yang diklasifikasi sebagai RON95 dan RON97 di stesen-stesen minyak, terbaca pelbagai isu berbangkit mengenainya dan mungkin juga sebagai pengguna, keliru dengan klasifikasi ini.

Kerajaan memperkenal minyak petrol RON95 bagi menggantikan RON92 yang dimansuh jualannya manakala RON97 menjadi petrol premium mulai 1 Sept lalu.

Meski pun telah dihebahkan dan diberi penerangan secara meluas, masih ramai yang salah faham mengenai keperluan klasifikasi RON ini.

APA ITU RON?

RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya ialah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Pada asasnya RON ialah gred bagi keupayaan petrol menentang pembakaran tidak normal dan menjana tenaga pada masa yang sepatutnya ketika proses pembakaran.

Penggunaan RON yang betul untuk enjin kenderaan, biasanya dinyatakan di dalam manual pemilik, dan kadang kala pada pelekat yang terdapat pada penutup tangki minyak.

Pengguna seharusnya tidak bimbang mengenai hal ini kerana kebanyakan kenderaan boleh menggunakan petrol RON95 tanpa sebarang masalah atau kehilangan kuasa memecut.

Pakar kejuruteraan produk Chevron, Greg Engeler berkata ramai yang salah faham bahawa petrol dengan RON yang lebih tinggi akan menjadikan enjin lebih cekap sedangkan RON yang lebih tinggi daripada spesifikasi yang ditentukan tidak akan memberi kesan yang signifikan.

Katanya teknologi enjin, jenis kenderaan dan cara pemanduan memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan ekonomi petrol berbanding perbezaan nilai RON.

Tambahnya lagi kelebihan jangka panjang dengan penggunaan RON95 ialah bila Malaysia memenuhi spesifikasi Euro 2M, proses penerimaan teknologi baru yang lebih cekap dan mesra alam daripada Eropah akan menjadi lebih mudah.

Menurut portal majalah kereta.com.my, di Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu RON91, RON95 dan RON98.

Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin daripada pengeluar yang berlainan.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Di Eropah juga penggunaan RON95 ialah lebih 84 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan.

CUBA SEMUA JENAMA

Jika anda masih tidak berpuas hati, pendekatan Herlina Ahmad mungkin patut dicontohi.

Pensyarah muda yang memandu Toyota Avanza 1.3 keluaran tahun 2006 ini mencuba pelbagai jenama petrol RON95 yang terdapat di pasaran dan merekodkan jumlah perjalanan dan kos secara terperinci.

Beliau mendapati walaupun perbezaan tidak begitu ketara, dua jenama kurang efisien dari segi ekonomi, satu kurang cekap dan beliau berpuas hati dengan dua lagi jenama yang lain.

“Pikap kereta normal, kadang-kadang saya memecut hingga 140km sejam. Keluar dari simpang pun macam biasa,” katanya.

Begitu juga dengan Noor Shafina Adullah yang menggunakan RON95 untuk kereta Kembara yang dipandunya sejak lapan tahun lalu.

“Setakat hari ini, tiada masalah. Saya rasa ia lebih kepada kesan psikologi. Kalau ada pun perbezaan saya rasakan ialah petrol RON95 syarikat A lebih menjimatkan atau efisyen dari syarikat B,” katanya yang menggunakan petrol berselang-seli dengan gas NGV.

JANGAN MEMBAZIR

Jadi, sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik ialah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Setiap pengeluar mempunyai resepinya yang tersendiri untuk menjadikan petrol mereka membakar dan membersih dengan efisien. Mereka memiliki pusat penyelidikan untuk membuat rumusan petrol dengan jisim seperti bersifat ‘mencuci’, mengekalkan tahap pembakaran, ketahanan dengan suhu dan pelbagai aspek untuk memastikan petrol mereka konsisten mengikut spesifikasi enjin yang direka untuknya.

Ramai yang salah faham bila menganggap RON97 menghasilkan lebih banyak kuasa berbanding RON95, apatah lagi realitinya lebih tinggi nilai RON, lebih sukar bahan api dibakar. RON hanya merujuk kepada kemampuan bahan api untuk menahan ketukan semata-mata.

Enjin yang memerlukan nilai RON yang lebih tinggi lazimnya mempunyai nisbah mampatan yang lebih tinggi seperti Satria GTI.

PERAKUAN PENGELUAR KERETA

Kesimpulannya, RON ialah berdasarkan kesesuaian enjin, bukan kualiti semata-mata.

Apatah lagi hampir semua pengedar dan pengeluar kereta di negara ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai kesesuaian model mereka dengan RON95.

Antaranya, kumpulan Automotif Naza menggalakkan pemilik kenderaan Naza, KIA dan Peugeot yang menggunakan bahan api petrol menggunakan RON95.

Syarikat itu berkata RON95 sesuai bagi kereta Naza Ria, Naza Citra, Naza Suria, Naza Citra II Rondo, Kia Sportage, Kia Carnival, Kia Carens, Kia Picanto, Kia Optima, Kia Spectra5, Kia Spectra, Kia Rondo, Naza 206 Bestari, Peugeot 206, Peugeot 407, Peugeot 308 Turbo, Peugeot 308Vti dan Naza Forza manakala Naza Sorento, Kia Sorento dan Kia Pregio menggunakan diesel.

UMW Toyota Motor juga mengeluarkan kenyataan petrol RON95 sesuai bagi kegunaan semua kenderaan Toyota dan Lexus yang dijual oleh syarikat itu.

Pengedar eksklusif kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia itu berkata pemilik kereta-kereta ini, yang ketika ini menggunakan petrol RON97, boleh beralih kepada RON95 tanpa perlu bimbang akan masalah kerosakan enjin atau hilang prestasi.

Honda Malaysia juga mengumumkan bahawa semua model yang diedarkan oleh syarikat itu serasi dengan minyak petrol RON95.

Honda Malaysia memberikan jaminan kepada semua pemandu kenderaan Honda bahawa RON95 seharusnya tidak menjejaskan mana-mana model yang diedarkan oleh wakil jualan sahnya, kecuali model Civic Type R.

Civic Type R dicadangkan menggunakan RON97 kerana enjinnya yang berprestasi tinggi, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toru Takahashi.

– BERNAMA

Resepi Rahsia Coca-Cola Dibongkar


Salah satu rahsia yang paling dikawal rapi dalam sejarah perdagangan dunia mungkin kini bukan lagi menjadi rahsia: sebuah program radio bertajuk “This American Life” dikatakan telah menemui resipi yang tepat untuk minuman yang paling popular di dunia dalam artikel akhbar pada1979.

Menurut pengacara rancangan itu, Ira Glass, komponen perisa rahsia minuman itu, yang telah dicipta oleh ahli farmasi John Pemberton pada tahun 1886, adalah sesuatu yang dinamakan “Merchandise 7X.”

Kakitangan baru-baru ini terjumpa sebuah artikel edisi 8 Feb 1979  daripada Journal-Perlembagaan Atlanta, yang menerbitkan artikel di muka surat 28 tentang buku tulis kulit terikat yang pernah dipunyai oleh sahabat Pemberton, satu lagi ahli farmasi di kawasan Atlanta yang dinamakan RR Evans.

Notebook yang terkandung beberapa resipi farmakologi – tetapi kemasukan utama, bagi pelajar-pelajar sejarah komersial, adalah apa yang dipercayai menjadi resipi yang tepat untuk minuman ringan: semua bahan-bahan yang disenaraikan dengan jumlah yang tepat diperlukan untuk menyiapkan satu ramuan lengkap.

Journal-Perlembagaan itu juga memaparkan gambar halaman dalam notebook Evans ‘memperincikan resipi Coke – pada dasarnya mendedahkan resipi kepada dunia. Tetapi sejak tahun 1979 di mana berlaku ledakan media digital, gambar resipi itu tidak pergi jauh di luar kawasan Atlanta.

Resipi Coke adalah salah satu rahsia yang dikawal dengan rapi dalam sejarah  perdagangan Amerika. Selepas perniagaan Asa Griggs Candler dibeli Pemberton – yang juga mengeluarkan ubat batuk dan pembersih darah, antara lain – pada tahun 1887 dengan harga $ 2,300, resipi yang tepat untuk 7X diletakkan dalam peti besi di sebuah bank Atlanta.

Ia telah dilaporkan bahawa hanya dua kakitangan syarikat yang terlibat dengan bahan-bahan dan bagaimana mereka dicampur pada bila-bila masa – dan kedua-dua kakitangan tidak dibenarkan untuk melakukan perjalanan bersama kerana takut kemalangan akan meragut nyawa kedua-dua mereka.

Menurut syarikat sejarah Mark Pendergrast, Candler begitu paranoid tentang resipi yang bocor di luar kawalan proprietari bahawa dia akan pergi melalui pos syarikat itu sendiri untuk menghalang mana-mana pekerja daripada melihat invois yang mungkin memaparkan bahan-bahan yang digunakan.

“Ia adalah seperti upacara rahsia yang diluluskan,” ujar Pendergrast, “dan formula yang disimpan dalam peti besi di bank di Sun Trust, yang pernah menjadi  Georgia Trust Company.”


Selepas Pendergrast melihat semula resipi daripada gambar akhbar pada tahun 1979 itu, dia membuat kesimpulan bahawa ia juga boleh menjadi sesuatu yang betul:

“Saya berfikir bahawa ia sudah tentu adalah versi formula ini,” kata beliau sambil menambah, “Ia adalah hampir sama dengan formula yang saya jumpai dalam salah satu daripada buku tulis John Pemberton apabila dia telah melakukan penyelidikan untuk buku ini.

Bagi pihak Coke, mereka menafikan bahawa keselamatan formula rahsia itu telah dibongkar.  ”Banyak pihak ketiga, termasuk ‘This American Life,’ telah cuba untuk memecahkan formula rahsia kami,” kata jurucakap syarikat Kerry Tressler. ”Cubalah sehabis mungkin, mereka pasti tidak berjaya.”

Pengarah arkib Coke Philip Mooney memberitahu “This American Life” kemungkinan resipi ini telah menjadi  formula ”pendahulu” yang berharga, tetapi mungkin bukan merupakan versi yang “pergi ke pasaran.”

Jadi apa rahsia untuk membuat Coke? Nah, di sini adalah apa yang telah ditulis di dalam buku ini:

The recipe:

Fluid extract of Coca: 3 drams USP
Citric acid: 3 oz
Caffeine: 1 oz
Sugar: 30 (unclear quantity)
Water: 2.5 gal
Lime juice: 2 pints, 1 quart
Vanilla: 1 oz
Caramel: 1.5 oz or more for color 

The secret 7X flavor (use 2 oz of flavor to 5 gals syrup):

Alcohol: 8 oz
Orange oil: 20 drops
Lemon oil: 30 drops
Nutmeg oil: 10 drops
Coriander: 5 drops
Neroli: 10 drops
Cinnamon: 10 drops
Pemberton dilaporkan telah menemui formula untuk Coke dalam usaha untuk mengatasi ketagihan kepada morfin yang meruncing selepas Perang Saudara, jadi ia mungkin tidak menghairankan jika alkohol ditambah, minuman yang asalnya terkandung daun Coca dicampur dengan kokain.

Saturday, 13 July 2013

Mantan PM tak setuju dengan TPPA


Dr M: TPPA akan mengikat kaki dan tangan kita



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah merugikan Malaysia dan menyifatkan TPPA sebagai "perkongsian yang tidak sama rata".

"Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas.

"Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kami akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme," tulis Mahathir dalam blog beliau semalam.

Beliau menyifatkan TPPA sebagai "satu percubaan" Amerika Syarikat untuk membolehkan syarikat-syarikat besar mereka menembusi pasaran domestik negara-negara kecil, khususnya dalam perolehan kerajaan.

Percubaan sebelumnya, menurut Mahathir, adalah melalui Perjanjian Am Mengenai Perdagangan dan Tarif (GATT), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).

"Mereka memperkenalkan perjanjian perdagangan bebas dua hala. Kemudian mereka mempromosi dunia global, dunia tanpa sempadan di mana wang mereka boleh masuk ke mana-mana, memusnahkan ekonomi dan kemudian tarik keluar.

"Seandainya kita terlupa, mereka melakukan ini pada 1997/1998," katanya.

Sehubungan itu, Mahathir menggesa kerajaan persekutuan untuk menunjukkan ketelusan mengenai rundingan TPPA dan abaikan kata-dua supaya memuktamadkan rundingan mengenainya pada Oktober.

Mahathir berkata, beliau tahu bahawa MITI sudah bersedia untuk bersetuju dengan  TPPA dan tidak akan melayan hujah-hujah sebaliknya.

Antara perjanjian sebelum ini yang berat sebelah, menurut Mahathir, ialah jualan air murah kepada Singapura sebanyak 6 sen bagi setiap 1,000 gelen sehingga tahun 2060, perolehan pesawat F/A-18 dengan fungsi yang terhad yang beliau sifatkan "alat permainan yang sangat mahal" dan bagaimana Perjanjian Perdagangan Bebas Asia (Afta) yang merugikan Proton.

TPPA melibatkan sembilan negara - Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam - yang mengadakan rundingan mengenai terma perjanjian itu secara rahsia.

Berdasarkan apa yang diketahui melalui dokumen yang bocor, pengkritik memberi amaran bahawa perjanjian itu akan menyebabkan rakyat Malaysia membayar ubat-ubatan pada harga yang lebih mahal, menjejaskan undang-undang hak cipta dan tertakluk kerajaan persekutuan untuk tindakan undang-undang luar pesisir oleh syarikat-syarikat besar.

Sabah akan menjadi tuan rumah untuk pusingan ke-18 rundingan TPPA. Ia akan diadakan di Sutera Harbour itu dari 15 Julai hingga 25 Julai.

Wednesday, 19 June 2013

Memahami turun naik harga minyak mentah





BERBANDING komoditi lain, pergerakan harga minyak mentah sering mendapat perhatian rakyat. Pergerakan harga minyak mentah dalam pasaran global mempunyai siknifikan tersendiri bilamana kenaikan harga komoditi ini akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang-barang seterusnya meningkatkan kos hidup rakyat.

Apa yang perlu kita tahu sebagai orang awam berkaitan harga minyak mentah ini?


Seberapa dapat saya akan permudahkan perbincangan ini kerana sebagai rakyat maklumat-maklumat sebegini amat perlu kita fahami dan kuasai. Turun atau naiknya harga komoditi termasuk minyak mentah tidak banyak bergantung kepada kerajaan yang memerintah. Ia amat berkait rapat dengan pelbagai karenah dalam pasaran.


Mari kita ambil suatu katagori minyak mentah iaitu jenis Brent untuk kita cuba fahami pelbagai trend harga dan manipulasi pasaran yang boleh berlaku di peringkat global.


Pada awal 2013, minyak mentah jenis Brent telah mula diniagakan pada paras USD 93.16 setong. Pada tahun 2012, Brent telah mencapai harga tertinggi USD127.08 dalam bulan Mac sebelum menjunam pada paras terendahnya USD77.5 dalam tahun tersebut.


Menariknya, minggu ini, Brent telah mencecah harga tertinggi untuk 2013 iaitu USD98.91 selepas mencecah harga terendahnya untuk 2013 pada April lalu iaitu pada paras USD85.89 setong.


Persoalannya, apakah jangkaan-jangkaan yang boleh dibuat berkaitan paras harga tersebut? Secara umumnya, pemain pasaran mengambilkira dua petunjuk utama iaitu petunjuk asasi  termasuk pelbagai jenis sentiment yang berlegar dalam pasaran atau keduanya petunjuk teknikal yang berasaskan kiraan matematik yang cukup kompleks.


Pemain pasaran yang menjadikan petunjuk teknikal sebagai panduan, ia tidak akan menghiraukan sebarang setimen yang berlegar dalam pasaran.


Bagi 2013, garis psikologi yang digunakan dalam petunjuk teknikal bagi minyak jenis Brent ialah USD98.6. Paras psikologi ini menjadi antara penentu utama kepada trend penurunan atau kenaikan harga dalam pasaran.


Dari paras psikologi inilah dua harga akan diperolehi iaitu paras harga sokongan iaitu harga terendah yang mungkin dicecah atau paras tekanan iaitu harga tertinggi yang boleh dicapai.


Untuk 2013, paras sokongan bagi Brent diletakkan pada USD70.13 manakala paras harga tekanan ialah USD119.71 setong. Dua paras ini boleh berubah dalam riaksi-riaksi tertentu dan ianya telah sedia maklum kepada setiap pemain pasaran yang disebut pedagang lantaian ataupun (floor trader).


Dengan pengenalan ringkas ini, apa yang perlu kita tahu bahawa kumpulan pedagang yang disebut floor trader bukanlah mereka yang benar-benar berdagang untuk mendapatkan minyak mentah secara nyata. Mereka adalah mereka yang terdiri dari kumpulan pedagang yang berada dalam pasaran dengan tujuan manipulasi semata-mata. Mereka berurusniaga untuk meraih untung dalam keadaan harga meningkat atau menurun.


Komoditi yang diniagakan di pasaran hadapan pula membolehkan paras harga dijangka lebih awal bagi membolehkan pelbagai instrument pasaran direka sebagai produk kewangan.


Antara pasaran hadapan utama dunia pada hari ini termasuklah SFE Sydney, LIFFE,IPE London, TIFFE Tokyo, NYBOT, NYMEX New York, KSE Seoul, Mx Montreal, HKFE Hong Kong, CBOT, CME Chicago, SGX-DT Singapore, KCBT Kansas City, Eurex West. Europe, dan WCE Winnipeg.


Dalam suasana inilah adanya satu kaedah yang dikenali “hedging” iaitu menetapkan suatu paras harga bagi tempoh tertentu. Dalam amalan hedging, paras harga minyak mentah boleh diikat untuk suatu tempoh tanpa dipengaruhi penurunan atau peningkatan harga di peringkat global.


Sebagai sebuah negara pengeksport komoditi ini, Malaysia sebenarnya mempunyai banyak kelebihan. Selain kelebihan kita sebagai pengeksport, seharusnya kita memanfaatkan setiap ciptaan liberalisasi kewangan yang ada bagi faedah rakyat seluruhnya. – 9 Sya’ban 1434H.


* Penulis adalah seorang pengamal undang-undang dan mendalami pasaran komoditi.

Thursday, 13 June 2013

Turun Harga Kereta Kepala Hanggok Dia..!!!




Peugeot 308Vti ni aku beli dalam bulan Ogos 2012 harganya OTR RM102,888.00. Kononnya Januari 2013 harga keta ni RM115,663.00.... skrg kerajaan umum keta ni turun harga 11%, oleh itu 1 Mei 2013 harga balik semula seperti dulu (bulan Ogos) RM102,888.00. Turun harga ke camtu?

sumber

Cara melawan tipu daya umnobn adalah dengan menjadi lebih pintar..kah! kah! kah!
Lagi kes tipu menipu di sini.


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/06/turun-harga-kepala-hotak-dia.html#ixzz2W3gfRqWG

Wednesday, 1 May 2013

"Selamat menyambut Hari Pekerja" Undilah Pakatan Rakyat yang mesra pekerja

PAS ajak pekerja jadikan M’sia baru selepas 5 Mei
Bashir Ishak, 01 Mei 2013
KANGAR: Sempena Hari Pekerja hari ini, Lajnah Pekerja PAS Pusat mengajak seluruh warga pekerja di negara ini menggunakan undi masing-masing dengan sebaik-baiknya agar sebuah negara Malaysia yang baru dapat dilahirkan selepas 5 Mei ini.

Menurut pengerusi lajnahnya, Mohd Anuar Tahir (gambar), walaupun sambutan Hari Pekerja pada tahun ini jatuh pada saat negara sedang menghadapi pilihan raya umum, bagi golongan pekerja, 1 Mei ini adalah tarikh keramat yang perlu dirayakan oleh semua.

 kepada seluruh golongan pekerja di mana jua anda berada. PAS dan Pakatan Rakyat  komited untuk meletakkan golongan pekerja sebagai kumpulan terpenting di negara ini.

"Para pengundi diseru untuk mengundi Pakatan Rakyat yang amat mesra pekerja dan telah terbukti melalui manifestonya yang jelas untuk memartabatkan warga pekerja.

"Sebaliknya, manifesto BN tidakpun mengakujanjikan masa depan yang lebih baik bagi kaum pekerja di negara ini.

“Selamat Hari Pekerja, selamat menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia mengundi untuk mengangkat darjat golongan pekerja di negara ini," katanya.

Sunday, 28 April 2013

Petugas BN dok berbalah bab upah tempek poster & pasang bendera..!!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhysJ56mXKOvk9ng7KzjgI6cGGOQEV3WATwKQzWzXGw9PzEaCZJ9UZgISYnY6v3Ego4gJSNXax-r76jVn3OBjY5okkQtyU9HnUKqxCnP3mDlQsDfhINibDcUfM6SXQzCKQf6pU5BASufPiq/s1600/Picture+011.jpg 

dari maklumat kami dapat :

Kos Tampal Poster dan Bendera sehari semalam di..
Pendang - RM30
Jerlun - RM100
Jerai - RM30
Alor Setar - RM25
Pokok Sena - RM30
Sg Petani - RM20
Kulim - RM25
Langkawi - RM50

Kawasan lain nanti kita korek tengok...

Admin - maklumat nie kami dapat dari hasil survey sahabat sahabat yang berlegaran di PDM (Pusat Derah Mengundi) milik BN.. jika mereka bohong maka bohong lah kami...!!

Saturday, 6 April 2013

Pasar raya jual pesawat dapat sambutan di Beijing



BEBERAPA buah pesawat terbang luncur yang dijual di pasar raya itu.- REUTERS


BEIJING - Kelab Penerbangan Antarabangsa Beijing telah menjual lebih 800 buah pesawat sejak pasar raya yang menjual pelbagai pesawat dibuka pada 30 Mac lalu.
Menurut pengurus kelab tersebut, Zhang Changyi, harga pesawat yang dijual itu adalah antara AS$48,390 (RM147,952) hingga AS$8 juta (RM24.46 juta).
Pelbagai pesawat dijual di pasar raya itu termasuk helikopter dan kapal terbang ringan Sting S4.
Ia merupakan pasar raya menjual pesawat yang pertama pernah wujud di bandar raya ini. - Reuters

Pemuda sombong pamer kekayaan di internet

 Lavish dengan uangnya (Foto: Daily Mail)

Lavish dengan wangnya (Foto: Daily Mail)
SAN FRANSISCO – Seorang pemuda berusia 17 tahun asal San Francisco mengaku dirinya adalah orang yang sangat kaya di seluruh dunia. Aksi sombongnya ini membuat heboh pengguna internet.
 
Lavish menunjukkan kekayaannya dengan memposting foto-fotonya bersama barang-barang mewah miliknya di media sosial instagram dan juga mengupload videonya ke YouTube.
 
“Hidup saya seperti Louis Vuitton, semua orang pasti sangat menginginkannya,” tulis Lavish di akun instagramnya yang bernama itslavishbitch.
 
Pemuda berkacamata ini juga memperlihatkan kekayaannya dengan serangkaian video di YouTube. Di dalam salah satu video tersebut menunjukkan dia sedang menghitung tumpukan wang sebanyak USD100 atau 
 
Dalam video lainnya ia mengikat tumpukkan wang pada beberapa balon dan sengaja menerbangkannya.
 
Aksi sombong Lavish ternyata membuat marah beberapa pengguna internet. Banyak yang menganggap Lavish adalah Lintah penghisap harta kekayaan orangtuanya dan hanya menghabiskan harta milik orangtuanya.
 
“Kau tidak kaya, ibu dan ayah anda lah yang kaya. Anda seperti lintah bagi kedua orangtuamu," kata salah satu pengguna internet. Demikian seperti dikutip dari Metro, Sabtu (6/4/2013).
Namun, ada salah satu pengguna internet yang terkesan kerana aksinya dan menyatakan dukungannya. "Orang itu adalah pahlawan." tulis salah satu pendukung Lavish.

CIMB PIKET


Seramai 3,000 anggota Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube) hari ini turun ke jalan raya dalam piket mengkritik majikan masing-masing hari ini terutamanya adi Naji Razak , Nazir Razak, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB.

Berkumpul di depan ibu pejabat Maybank di Kuala Lumpur sekitar jam 2 petang, mereka mengemukakan sepuluh tuntutan, antaranya menghentikan dakwaan eksploitasi pekerja dan layanan buruk terharap pekerja hamil.

Mereka melaungkan pelbagai slogan anti-Maybank dan CIMB sepanjang perjalanan menuju ke CIMB di Menara UOA tidak jauh dari situ.

Acara itu yang dinamakan "Piket Daulat 6413" itu bersempena ulang tahun pertama pertemuan NUBE dengan perdana menteri pada 6 April tahun lalu.

Setiausaha Agung NUBE J Solomon berkata, ketika bank menolak permintaan kenaikan 51 peratus gaji dalam tempoh tiga tahun sebagai "berlebihan", pengurusan atasan sebaliknya menikmati kenaikan tahunan sebanyak 53 peratus.

Tuesday, 12 February 2013

MSC Malaysia semakin lenyap di dunia: Kit Siang



KUALA LUMPUR, 11 FEB: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Malaysia yang diisytihar sebagai Koridor Raya Multimedia (MSC) 16 tahun lalu, kini semakin hilang daripada pengetahuan dunia sebagai lokasi teknologi maklumat (IT) antarabangsa terpenting.

Katanya, Malaysia yang dulunya setanding dengan Korea Selatan dalam IT, namun kini Korea Selatan menjadi negara pertama di dunia menjadi masyarakat jalur lebar dan mempunyai internet terpantas di dunia dengan purata kelajuan pada 2012 14.7 Mbps, 650% lebih tinggi berbanding purata 2.2 Mbps di Malaysia.

“Begitu juga dalam tadbir urus yang baik, Malaysia tertinggal di belakang Korea Selatan terutama dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International sejak lima tahun lalu, yang mana Malaysia dilihat lebih korup menduduki tempat ke-47 hingga 60 dalam kedudukan dunia manakala Korea Selatan hanya ke-39 hingga 45.

“Dalam Indeks Kebebasan Akhbar terbaru yang disusun oleh Reporters Sans Frontieres (Reporters Without Borders), Malaysia berada pada kedudukan paling rendah dalam sejarah iaitu ke-145 berbanding Korea Selatan pada kedudukan ke-50.

“Terkini, Trends in Mathematics and Science Survey (TIMSS) 2011 menonjolkan Malaysia sebagai negara yang mengalami kejatuhan terbesar markahnya untuk matematik dan sains di kalangan negara yang menyertainya, sambil mengesahkan corak berterusan penguasaan sekumpulan sistem pendidikan Asia iaitu Korea Selatan, Singapura dan Hong Kong dalam dua subjek penting itu.

“Malaysia dengan sedih  tertinggal di belakang Korea Selatan di dalam kecemerlangan pendidikan. Di dalam Times Higher Education World University Rankings 2012-2013, empat universiti Korea Selatan termasuk dalam senarai antara 200 Universiti Terbaik sementara enam di dalam 400 Universiti Terbaik Dunia, namun tiada satu pun universiti dari Malaysia,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 60 Hari ke PRU-13, semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan mengapa Malaysia begitu jauh ketinggalan di belakang Korea Selatan dalam pelbagai bidang, sedangkan sudah 56 tahun Merdeka.

Beliau berharap pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina dan persembahan Gangnam Style bintang pop Korea, Psy, di Pulau Pinang esok, Najib perlu membuat kenyataan sama ada Malaysia mampu mengejar Korea Selatan atau sekurang-kurangnya merapatkan jurang yang semakin besar antara dua negara itu.

Thursday, 31 January 2013

Bloomberg sumbang universiti RM3.3 bilion

Bloomberg sumbang universiti RM3.3 bilionMichael Bloomberg menamatkan pengajian di Universiti Johns Hopkins pada 1964.
NEW YORK - Seorang remaja kelas pertengahan yang dibesarkan di pinggir bandar Boston, Michael Bloomberg terpaksa mengambil pinjaman untuk membayar yuran tuisyennya di Universiti Johns Hopkins dan bekerja secara sambilan sebagai atendan tempat letak kereta.
Sumber pendapatan itu kemudiannya digunakan remaja itu itu untuk membayar ansuran yuran pengajiannya bagi meneruskan pembelajaran.

Bagaimanapun bayaran yuran Bloomberg kurang AS$5 (RM15.20) pada tahun 1965, setahun selepas beliau lulus dengan ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan.

Kelmarin, Universiti Baltimore mengumumkan bahawa Bloomberg menyumbang sebanyak AS$ 1.1 bilion (RM3.3 bilion). Komitmen terbaru yang datang dalam bentuk sejuk AS$ 350 juta (RM1.1 bilion) ke arah inisiatif "transformasi" yang bertujuan merentas disiplin penyelesaian kepada masalah masyarakat.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Universiti Johns Hopkins berkata, Bloomberg, bekas pemegang amanah, dipercayai menjadi orang pertama yang pernah menghulurkan bantuan kepada institusi pengajian tinggi tunggal di Amerika Syarikat (AS) iaitu AS$ 1 bilion (RM3.3 bilion).

Laman makro Twitter universiti berkenaan menyifatkan maklumat itu sebagai hadiah. Salah satu tweet menyebut mengenai pengumuman dengan perkataan, "Berita Besar," yang mungkin adalah benar.

Antara perkara lain yang disebut termasuklah, derma akan membiayai 2,600 pemegang Biasiswa Bloomberg selama lebih daripada 10 dan 50 tahun bergantung kepada mahasiswa mengikut bidang masing-masing.

Daripada jumlah yang diperolehi sebanyak AS$ 350 juta (RM1.1 bilion), AS$ 100 juta (RM 300 juta) akan disalurkan kepada "bantuan kewangan asas" untuk pelajar ijazah.

"Universiti Johns Hopkins telah menjadi bahagian penting dalam hidup saya sejak saya mula-mula menjejakkan kaki di kampus lebih daripada lima dekad yang lalu.

"Setiap dolar yang telah saya berikan telah dibelanjakan untuk membaiki institusi dan adalah penting memastikan pembelajaran boleh diikuti oleh semua orang terutamanya bagi pelajar yang mungkin tidak mampu,” kata Bloomberg dalam satu kenyataan media dipetik CNN.

Ucapan yang luar biasa mengenai kemurahan hati dan kejayaan disampaikan kepada umum mengenai Datuk Bandar, New York City yang kini telah berjaya mengembangkan empayar perniagaan selepas meninggalkan Baltimore.

Beliau akan mencapai usia 71 tahun pada Hari Valentine bulan depan.

Bloomberg memperoleh MBA dari Harvard Business School. Beliau telah diambil bekerja oleh firma Wall Street Salomon Brothers pada tahun 1966, lapor biografi beliau di laman web NYC.

Selepas beliau meninggalkan Salomon pada tahun 1981, usahawan muda itu kemudiannya menggunakan kepakarannya dalam sistem maklumat untuk melancarkan Bloomberg LP, yang menyediakan sistem komputer untuk peniaga dan firma kewangan.

Kemudian, minat Bloomberg dalam bidang media semakin meningkat sehingga beliau akhirnya mempunyai lebih daripada 15,000 pekerja di seluruh dunia, menurut biografi beliau.

Bloomberg akhirnya menumpukan usaha beliau kepada kebajikan dan politik. Beliau telah dilantik sebagai Datuk Bandar Big Apple pada tahun 2001 dan telah memegang jawatan itu hingga kini.

Sumbangan AS$ 1 juta (RM3 juta) pertama beliau kepada Universiti Johns Hopkins telah dibuat pada tahun 1984, 20 tahun selepas beliau tamat pengajian dan dalam masa sama bagi memperingati mendiang ibunya, Charlotte.

Presiden universiti itu, Ronald J. Daniels berkata, ‘hadiah’ yang diterima Sabtu lalu "menggambarkan semangat Bloomberg untuk menyelesaikan masalah besar dengan cepat dan cekap.

Katanya, tindakan itu akan memastikan bukan sahaja Universiti Johns Hopkins dapat membantu menyelesaikan masalah manusia, tetapi juga dapat membawa universiti di mata dunia tentang bagaimana bagaimana ia perlu dilakukan."

Setakat ini, sumbangan Bloomberg termasuklah AS$ 240 juta (RM 730 juta) yang digunakan dapat menjana pendapatan universiti seterusnya dapat membaiki infrastruktur universiti, AS$ 219 juta (RM666 juta) untuk bantuan kewangan pelajar dan AS$ 336 juta (RM1.06 bilion) untuk penyelidikan.

"Memberi sangat bermakna jika wang itu akan membuat perbezaan dalam kehidupan orang ramai.

"Saya tahu institusi lain juga boleh membuat perbezaan yang besar dalam kehidupan di seluruh dunia melalui penyelidikan yang menggemparkan - terutama dalam bidang kesihatan awam," ujar Bloomberg lagi.

Thursday, 24 January 2013

Alhamdulillah KUIN dapat disiapkan dengan duit kerajaan negeri


ALOR SETAR – Kejayaan pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dibiayai sepenuhnya peruntukan kerajaan negeri walaupun ianya menjadi kontroversi yang hangat sejak dimulakan.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, usaha ini membuktikan kesungguhan kerajaan negeri untuk memajukan dunia pendidikan sekaligus meletakkan nama Kedah di persada antarabangsa.

“Alhamdulillah berkat usaha gigih pihak kerajaan dan kesabaran pihak pentadbiran KUIN mengharungi pelbagai masalah yang timbul segala usaha jahat dan segala gangguan serta kekangan yang dilakukan bagi menggagalkan penyempurnaan pembinaan KUIN dapat diatasi.

“InsyaAllah, pengurusan dan pelajar akan memulakan sesi pengajian di kampus baru mulai beberapa bulan lagi,” jelas beliau pada Majlis Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ke 85 yang diadakan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, di sini.

Maklum beliau, dengan terbinanya kampus KUIN, Kuala Keti; dalam jangka waktu terdekat akan muncul seperti Bandar Baru Bangi di Selangor.

“Patik berasa gembira kerana dengan terbinanya kampus KUIN ini maka kemudahan lain untuk rakyat telah disediakan oleh kerajaan contohnya, jalan daripada Sungai Petani ke Kuala Ketil telah mula dilebarkan menjadi jalan empat lorong dua hala oleh Jabatan Kerja Raya dan akan siap tidak beberapa lama lagi.

“Bangi, sebelum wujudnya Universiti Kebangsaan Malaysia adalah merupakan sebuah bandar kecil akan tetapi setelah terbinanya UKM, Bangi muncul sebagai sebuah bandar baru yang dilengkapi dengan pembangunan kawasan industri serta pusat perniagaan dan pentadbiran yang maju.

“Kita berharap dalam beberapa tahun lagi satu bandar yang dinamakan Bandar Baru Kuala Ketil akan menjadi reality,” ujar beliau.

Saham FGV - Ahmad Maslan dah pening harga jatuh..last bubuh taik atas PR..!!

Ahmad Maslan dakwa fitnah pengaruhi harga saham FGV

NONETimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa ketidaktentuan harga saham Felda Global Venture (FGV) sedikit sebanyak berpunca daripada fitnah yang ditaburkan oleh Pakatan Rakyat.

Dakwanya lagi, kegagalan FGV juga sentiasa dinanti-nantikan Pakatan Rakyat yang didakwanya paling gembira sekiranya ia berlaku.

"Pembangkang tak suka FGV ini berjaya, dan fitnah-fitnah mereka ini sedikit sebanyak mempengaruhi sentimen pelabur.

"Mereka ini jahat sebenarnya," kata Ahmad sewaktu mengulas prestasi harga saham FGV mutakhir ini.

Saham FGV merekodkan harga paling rendah di paras RM4.36 pada 21 Januari lalu - jauh lebih rendah daripada harga tawarannya - semasa kemelesetan Indeks Komposit Kuala Lumpur paling besar dalam tempoh 16 bulan.

Ia merupakan trend penurunan kedua sejak 27 Disember, semenjak penurunan pertama direkodkan di paras RM4.50 pada minggu pertama Disember lalu.


Ahmad bercakap kepada pemberita hari ini selepas majlis tandatangan perjanjian persefahaman usaha sama antara Permodalan YBK Sdn Bhd dan Paragon Matrix Sdn Bhd untuk membangunkan Serendah Wellness Sanctuary.

Projek yang dijangka menelan belanja RM2 bilion melibatkan pembinaan pusat berkonsepkan kesejahteraan dan kesihatan di Serendah.

Turut hadir di program itu, MP Hulu Selangor P Kamalanathan dan pengerusi YBK Datuk Zainal Sakom.

Popular Posts