Saturday, 27 April 2013

Awal Penciptaan Robot Dari Ilmuwan Islam


"Abu Al -'Iz Ibn Ismail ibn al-Razaz al-Jazari (1136-1206) adalah orang Arab penting dalam ilmu robotik Islam. Al-Jazari dilahirkan di Al-Jazira, Mesopotamia semasa Zaman Kegemilangan Islam. Dia tinggal di Diyar Bakir, Turki.

Dia adalah penulis Kitáb fí ma'rifat al-hiyal al-handasiyya (Buku Pengetahuan Ilmu Mekanik) pada tahun 1206, di mana dia menerangkan 50 alat mekanik di samping dengan arahan bagaimana membinanya.

Bicara tentang robot, pasti ramai di antara kita yang akan ingat Negara Jepun adalah negara pelopor industri robot-robot cerdas ketika ini.

Tetapi ramai kah di antara kita yang tahu siapa orang yang pertama kali menemukan sistem robotik moden?.

Abu Al -'Iz Ibn Ismail ibn al-Razaz al-Jazari(1136-1206)adalah orang Arab penting dalam ilmu robotik Islam. Al-Jazari dilahirkan di Al-Jazira, Mesopotamia semasa Zaman Kegemilangan Islam. Dia tinggal di Diyar Bakir, Turki. Dia adalah penulis Kitáb fí ma'rifat al-hiyal al-handasiyya (Buku Pengetahuan Ilmu Mekanik) pada tahun 1206, di mana dia menerangkan 50 alat mekanik di samping dengan arahan bagaimana membinanya.

Seperti juga ayahnya dia bekerja untuk raja-raja Urtuq atau Artuqid di Diyar Bakir dari tahun 1174 sampai tahun 1200 sebagai ahli teknikal. Pada waktu itu, Al Jazari telah mampu mencipta robot manusia (humanoid) yang boleh diprogram. Al Jazari mengembangkan prinsip hidrolik untuk menggerakkan mesin yang kemudian hari dikenal sebagai mesin robot.

Ada pun mesin robot yang diciptakan Al Jazari kala itu berbentuk sebuah perahu terapung di sebuah danau yang ditumpangi empat robot pemain musik, dua pemukul dram, satu robot pemetik harpa, dan peniup seruling. Robot ini dicipta untuk menghibur para tamu kerajaan dalam suatu acara jamuan minum.

Sebagai robot pemain muzik, tentu saja mereka pun ahli menghasilkan suara muzik yang indah.Contoh kata lah misalnya, robot pemukul dram dapat memainkan berbagai irama yang berbeda-beda. Jadi, robot itu pun bermain muzik seperti manusia yang memainkan nya!

Penemuan penting lainnya dari Al Jazari adalah pencuci tangan automatik. Alat tersebut automatik boleh mengeluarkan air tanpa harus diputar kepala paip atau tombol. Sistem pencuci tangan yang di asaskan Al Jazari itu juga telah digunakan saat ini dalam sistem kerja toilet moden atau toilet mewah.

Teknologi yang dikembangkan Al Jazari mencapai 50 jenis dan semua ditulis dalam kitab yang berjudul “The Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices”

Seorang ahli teknik Eropah , Donald Hill begitu kagum dengan pencapaian Al Jazari.Donald Hill berpendapat, ”Tak mungkin mengabaikan hasil karya Al-Jazari yang begitu penting. Dalam bukunya, ianya begitu detail memaparkan instruksi untuk merekacipta, merakit, dan membuat sebuah mesin.”

Samb: silverheritage.blogspot.com"

No comments:

Post a Comment

Popular Posts