Saturday 6 April 2013

INSANIAH di sebalik usaha Kerajaan PR Kedah & UMNO BN...!!

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/530703_10151327893858643_2004694761_n.jpg

Dengan kedudukan wang yang terhad, Kerajaan PAS Kedah telah meminjam daripada institusi kewangan RM330 juta untuk membangunkan Insaniah, dan telah berjaya.

Siapnya Insaniah ini, saya cukup berbangga termasuk kepada BN dan penyokong kita, selain rakyat Kedah khasnya.Di sinilah maknanya sumber kita terhad kadangkadang lambat sikit yang kata masalah timbul isu-isu kata kita tiada duit. Esok, insya-Allah jika Pakatan Rakyat menang Putrajaya banyak baliklah duit. Kita buat dahulu yang terbaik. Kini Insaniah telah menawarkan kursus yang banyak, hingga mencakupi 48 program.

Hanya dalam lima tahun, Insaniah memiliki kampus baharu sedangkan semasa Umno menerajui kerajaan, mereka hanya menyewa kedai sahaja. Ini yang mmembuatkan Umno cemburu, dan mereka buat isu. Umno cukup malu. Rakyat tidak dapat terima serangan itu melainkan orang Umno sahaja.


Bila begitu sehingga hari ini dia orang ganggu lagi, terbaru kita hendak bina asrama sekali. Tetapi berlaku stadium runtuh di Kuala Terengganu, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) minta kita gantikan bahan binaan yang digunakan.

Terpaksa kita tidak boleh buat asrama akibat kos yang meningkat.

Buat sementara kita gunalah rumah sewa dahulu. Seperti dalam kes baru-baru ini, kita ada bangunan kuliah yang tidak digunakan lagi, jadi kita gunakan untuk asrama sementara.

Kita angkat semua katil, angkat barang, tetapi Umno ganggu juga Insaniah ini khasnya dalam memprovokasi pelajar dan ibu bapa pelajat berhubung isu asrama. Namun dalam masa yang sama, Insaniah telah menghantar pelajarpelajar ini di kediaman sementara hingga ke Paya Pahlawan, Jitra.

Alhamdulillah sekarang kita sudah membangun, ini cabaran yang menyebabkan Umno tidak puas hati. Dalam masa yang sama, Yang di-Pertuan Agong pula merasmikannya (Kampus Insaniah Kuala Ketil). Ramai pembesar negeri yang hadir semasa perasmian Insaniah, dan hanya seorang sahaja Adun BN yang datang iaitu Adun Bayu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTq92K6pKLwxy0BRqkJ7UZG28mrlFTy03YVb2Wf6QynaUXy5mf0QZHRO4iAkWKw3lfk9Ab6KPLohl18lNTgYekB7MYbp9DPIFl8KQ-qMj7DXYqXc8QX9hgIgN2xEi7DFsqcv5vzUFojJo/s400/agong.jpg
Selepas dari perasmian itu, bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Mahzir Khalid mendakwa Kerajaan PAS Kedah gopoh dan tidak mahu menunggu hingga selepas pilihan raya. Apa yang kita simpulkan, Umno-BN mahu tumpang merasmikan kampus Insaniah yang baharu. Saya tidak kisah, kita punya mercu tanda sebuah kejayaan telah ada.[KedahLanie.info]

No comments:

Post a Comment

Popular Posts