Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Saturday, 20 February 2016

Nama Faiz Subri kini diiktiraf dunia




MATLAMATNYA memang mahu menjaringkan gol, namun siapa sangka sepakan percuma itu lencongannya cukup menarik menerjah gawang gol Pahang yang mengelirukan penjaga gol, Mohd Nasril Nordin untuk membantu Pulau Pinang menang 4-1 pada aksi Liga Super 2016.

Nama Mohd Faiz Subri kini bukan sahaja jadi bualan penyokong tempatan malah dunia selepasvideo sepakan percumanya itu menjadi viral malah diangkat sesetengah pihak sebagai calon yang akan memenangi Anugerah Puskas 2016, pengiktirafan kepada jaringan paling cantik dalam dunia bola sepak secara tahunan.
Anugerah tersebut yang sebelum ini dimenangi nama-nama besar dunia seperti Cristiano Ronaldo, Neymar, Hamit Altıntop, Zlatan Ibrahimovic dan tidak mustahil akan menjadi milik Mohd Faiz pada 2016 jika dia mendapat undian tinggi sekiranya dicalonkan.
Bagi penyerang berusia 28 tahun ini, satu pengiktirafan tinggi buatnya sebagai seorang pemain bola sepak tempatan selepas jaringan golnya itu mendapat perhatian dunia.
Menurutnya, dia cuba memberikan yang terbaik pada setiap perlawanan mengalas tanggungjawab memburu gol di samping cuba memberikan saingan sengit merebut posisi jentera serangan Pulau Pinang.
“Mungkin latihan berterusan mengambil sepakan percuma pada sesi latihan yang menjadi antara faktor gol menarik tersebut dapat dihasilkan.
“Menjadi penghormatan yang tinggi buat saya apabila jaringan itu dilihat dan disukai penyokong dan pemerhati bola sepak di peringkat antarabangsa,” katanya.
Jaringannya bukan sahaja dapat disaksikan 4,704 penyokong di Stadium Bandaraya, Georgetown malah turut dipancar melalui siaran langsung yang ditonton di seluruh negara sebelum ia dimuatkan dalam media sosial menjadi viral antarabangsa.
Mohd Faiz yang meledak dua jaringan pada perlawanan tersebut mengakui kehadiran ramai penyerang berbakat muda ke dalam pasukan termasuk import terbaharu, Osas Saha telah merangsangnya untuk bekerja lebih kuat.
Kehadiran muka-muka baharu ini juga secara tidak langsung telah merangsang persaingan sihat di kalangan mereka untuk mempamerkan aksi terbaik merebut kesebelasan utama Harimau Kumbang.

Pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah ini menjelaskan, fokusnya terhadap perlawanan seterusnya menentang Kuantan FA pada aksi Piala FA 2016 di laman sendiri pada Sabtu tidak terjejas biarpun sepakan percumanya hangat diperkatakan.

Tuesday, 23 July 2013

Bintang Bola Sepak Akmal Rizal Jadi Pelakon


PETALING JAYA: Bekas penyerang bola sepak kebangsaan Akmal Rizal Ahmad Rakhli memperluaskan lagi kerjayanya apabila menerima tawaran untuk bergelar pelakon di bawah syarikat produksi Zeel Productions.
Akmal, 32, berkata, sebagai permulaan, dia bersetuju melakukan penampilan khas menerusi drama berjudul Klon untuk siaran RTM bagi membawa watak sebagai tenaga pengajar bola sepak.
"Saya ditawarkan oleh pihak Zeel Production untuk melakonkan watak sebagai tenaga pengajar bola sepak. Susah juga nak berlakon, lebih-lebih lagi ketika diminta membuat mimik muka.
"Tetapi ia membuatkan hati saya terbuka untuk serius di bidang ini dan sedia bergelar pelakon sekiranya ditawarkan berlakon pada masa akan datang nanti," katanya.
Tambah Akmal, walaupun hanya dua hari penggambaran, ia cukup bermakna untuk dia menimba pengalaman bekerja sebagai pelakon yang sememangnya berbeza berbanding beraksi di padang bola.
Bagaimanapun, Akmal masih belum bersedia untuk bergelar pelakon sepenuh masa memandangkan dia masih lagi mempunyai komitmen dalam sukan bola sepak.
"Memang rasa seronok apabila berlakon, kepuasannya sangat berbeza dan saya senang dengan kerja-kerja seperti ini walaupun banyak masa yang akan digunakan.
"Malah ia mencabar diri kita dalam melihat sejauh mana kemampuan kita dalam melakukan sesuatu perkara," ujarnya.
Klon yang turut dibintangi pelakon Tasha Shilla, Rozita Che Wan, Reza Hasbi dan Azza Elite itu diarahkan oleh Mazri Mustafa dan masih menjalani penggambaran sehingga 26 Jun ini.
Akmal merupakan antara bekas pemain bola sepak negara yang mencipta nama di peringkat antarabangsa selain pernah beraksi di kelab bola sepak Perancis sebelum ini.
Selepas meninggalkan skuad kebangsaan, dia kini bersama pasukan Kedah untuk bersaing dalam Liga Malaysia.

Saturday, 20 April 2013

Cristiano Ronaldo Melakukan Sesuatu Mengejutkan Umat Islam Dan Dunia


____boy-cry-girl-grass-love-Favim.com-267663Di akhir perlawanan kelayakan Piala Dunia Grup F antara Portugal dan Israel, Cristiano Ronaldo menolak bertukar jersey dengan pemain Israel. Menurut laporan Shabestan, wartawan tv Aljazeera sempat bertanya kepada Ronaldo “anda saat ini berada di tanah Israel atau Palestin?”
Bintang dunia yang berasal dari Portugal ini menjawab “saya berada di bumi Palestin”. Di akhir perlawanan, pemain Israel mendekati Ronaldo untuk bertukar jersey, namun dia tidak mengendahkan pemain Israel tersebut.
Seperti diberitakan, Portugal bertanding melawan Israel baru-baru ini di perlawanan kelayakan Piala Dunia Grup F. Seperti diberitakan oleh Antara, Portugal bangkit dari tertinggal 1-3 untuk menyamakan kedudukan 3-3 di masa tambahan.

Friday, 19 April 2013

Nenek snipper, antara nenek perkasa di bumi Ini

Chandro Tomar kelihatan seperti nenek-nenek pada umumnya. Ia berumur 78 tahun, punya 6 anak dan sangat menyayangi 15 cucunya. Tetapi jangan salah! Rambut putih dan senyum ramahnya boleh membuatmu terjerumus.
Chandro Tomar 1Nenek Tomar diyakini merupakan penembak tepat atau sniper profesional tertua di dunia. Nenek berasal Baghpat, Uttar Pradesh, India itu telah memenangi 25 pertandingan menembak tepat kebangsaan. Dan yang lebih menariknya ia mulai memegang senapang untuk pertama kalinya 10 tahun silam atau ketika umurnya 68 tahun.
Ertinya dalam kurun waktu satu dekad ia mampu menguasai teknik menembak tepat dengan cekap. Kalau Vasily Zaitsev masih hidup, mungkin bakal ada pertandingan menembak di antara mereka.
Chandro Tomar 2Semuanya bermula ketika Nenek Tomar menemani cucu perempuannya ke sebuah kelab menembak. Cucunya amat tertarik dengan dunia ini namun ia malu untuk pergi sendirian. “Ketika aku sedang menunggunya, aku memutuskan untuk mencuba,” ungkap nenek tua itu. “Jurulatih melihatku dan tertarik dengan bidikanku.”
Setelah itu ia pun berlatih secara teratur. Farooq Pathan mengatakan Nenek Tomar amat mahir sampaikan tak ada lelaki yang berlatih secara bersama kerana takut dimalukan. “Ia mempunyai kepakaran mampan, tangan yang kukuh, dan mata yang tajam,” ujarnya.
Chandro Tomar 3 
Bakat yang dimiliki Nenek Tomar seolah-olah telah menjadi darah daging di dalam keluarganya. Seema, salah seorang anak perempuannya adalah wanita India pertama yang memenangi kejuaraan pistol dan senapang pada 2010. Sedangkan salah satu cucunya, Neetu Solanki, merupakan penembak tepat antarabangsa yang mewakili India di kejohanan yang berlangsung di negara-negara dunia seperti Hungary dan Jerman. Kedua perempuan itu mengaku kisah Tomar telah memberi inspirasi mereka untuk semakin maju.
“Ia begitu mengagumkan,” ungkap Seema. “Jika ia boleh melakukannya, maka kami pun pasti boleh. Ia memperlihatkan kepada kami bahawa segala sesuatu itu boleh berlaku. Beliau telah amat membantu meningkatkan kehidupan kami. “
Neetu, cucu perempuannya, menambah bahawa di dalam masyarakat yang didominasi oleh lelaki seperti di India, neneknya memberi harapan kepada para generasi muda.

Saturday, 6 April 2013

The Making Of A Cricket Ball

Annuar: 'Saya terima keputusan mahkamah, ubah FAM wajib dilakukan'


Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa
 
PRESIDEN Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa akur keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam yang memutuskan penggantungan beliau sebagai Timbalan Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM) dan daripada aktiviti bola selama 30 bulan adalah sah.
Menulis di laman sosial Facebook, Annuar berkata, “mahkamah tinggi memutuskan untuk menolak semua tuntutan saman saya terhadap FAM dan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad."

“Saya terima dengan hati terbuka dan telah mengguna opsyen yang ada menurut undang undang,” tulis Annuar lagi.

Beliau berkata demikian susulan keputusan Hakim Hadariah Syed Ismail memutuskan tindakan FAM adalah betul dan tidak cacat kerana persatuan itu mempunyai budi bicara untuk bertindak sedemikian.

Pada 5 Jun lalu, Annuar selaku plaintif memfailkan saman pemula di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan FAM sebagai defendan pertama dan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad sebagai defendan kedua.

Katanya, meskipun gagal dalam kes tersebut, Annuar dilihat seolah-olah tidak mengalah apabila beliau melaungkan semuanya ini baru bermula dan belum berakhir terutama usaha untuk memperbetulkan kepincangan berkaitan Artikel 88.

“Usaha selanjutnya untuk memperbetulkan kepincangan terutama berkaitan Artikel 88 dan ia belum berakhir malah baru nak bermula.

“Tapi sekali lagi ditegaskan ia akan tetap mengikut peraturan, Insya-ALLAH,” jelas Annuar.

Tambah Annuar, "proses mengubah FAM sama ada dari segi kepimpinan atau peraturannya memerlukan tindakan yang berbeza dan ia perlu dan wajib dilakukan."

"Langkah ke arah ini tidak boleh dihalang sesiapa kecuali badan gabungan FAM sahaja, jadi ia perlu dilakukan secara tertib dan menurut peraturan.

“Apa pun, kita tidak semestinya menunggu Exco FAM melakukannya kerana mereka berkepentingan dan setakat ini mengecewakan.

“Jadi, kita sebagai ahli yang berhak membuat keputusan dan langkah ke arah itu sedang berjalan dan akan diteruskan,” jelas beliau.

Pada 4 April 2012, Annuar dikenakan hukuman gantung 30 bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas jawatankuasa itu mendapati beliau bersalah membuat kenyataan akhbar negatif mengenai skuad bola sepak negara.

Akibat hukuman itu, Annuar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti badan induk bola sepak negara, serta aktiviti Kafa di mana beliau adalah presiden.

25 pasukan berentap dalam Liga Kubang Pasu


JITRA - Sebanyak 25 pasukan bola sepak di sekitar Kubang Pasu berentap untuk merebut juara pada Kejohanan Bolasepak Liga Kubang Pasu mulai semalam, dekat sini.
Kesemua pasukan tersebut dibahagikan kepada empat kumpulan, yang mana perlawanan berlangsung di padang yang ditetapkan penganjur sekitar daerah berkenaan.

Setiap kumpulan diwakili lima pasukan yang mana penentuannya berdasarkan pengundian yang dijalankan.

Perlawanan hanya melibatkan pada hari minggu iaitu Jumaat dan Sabtu bagi memudahkan seluruh pemain memberikan komitmen terhadap pasukan masing-masing.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini dalam akhbar Sinar Harian supaya memastikan seluruh pasukan mengetahui kedudukan semasa dalam setiap kumpulan.

Sila dapatkan akhbar Sinar Harian pada setiap Selasa untuk mengetahui kedudukan semasa setiap pasukan berdaftar dalam Liga Kubang Pasu.

Sunday, 27 January 2013

Fauzi, pemain Felda parah rakannya maut


Fauzi, pemain Felda parah rakannya maut Keadaan kereta jenis BMW, dipercayai dinaiki Ahmad Fauzi Saari, terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi. - Foto ihsan Twitter Shahrul Nizam
Fauzi, pemain Felda parah rakannya maut Keadaan kereta jenis BMW, dipercayai dinaiki Ahmad Fauzi Saari, terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi. - Foto ihsan Twitter Shahrul Nizam
Ahmad Fauzi Saari Ahmad Fauzi Saari - Foto ihsan FB Ahmad Fauzi
 
KUALA KUBU BHARU - Pemain bola sepak Felda United, Ahmad Fauzi Saari cedera parah setelah terbabit dalam kemalangan di Kilometer 407.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah Ipoh, dekat Lembah Beringin di sini, awal pagi tadi.
Rakannya, Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, yang memandu kereta BMW maut akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kereta dinaiki mangsa dipercayai terbabas di selekoh sebelum merempuh penghadang lebih raya lalu terbakar kira-kira 1.40 pagi tadi.
"Kereta yang dipandu dipercayai terbabas sendiri semasa melalui selekoh ke kanan. Ia kemudian merempuh penghadang jalan (lebuh raya) sebelum terbakar di bahu jalan (lebuh raya) dan mangsa Fauzi cedera patah tangan kanan.
"Manakala pemandu kereta yang dikenali, Khairul Adnan maut di tempat kejadian," katanya.
Jelas Norel Azmi, Ahmad Fauzi dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan.
"Manakala, mangsa yang maut turut dibawa ke hospital yang sama untuk dibedah siasat," katanya.
Dalam pada itu, Norel Azmi berkata, butiran pemandu tidak ditemui kerana dipercayai  terbakar bersama kenderaan mangsa.

Popular Posts