Friday, 19 April 2013

Inilah Pokok Habbatus Sauda


Korang kenal tak dengan biji-biji berwarna hitam kat atas ni? Sekali nampak macam bijan hitam kan. Tapi sebenarnya ia adalah habbatus sauda. Kalau orang Melayu, panggil dengan nama jintan hitam. Selalu korang tengok rupa dia nampak hitam macam ni je kan. Pernah tak korang tengok pokok habbatus sauda?

Kalau tak pernah, jom kita tengok pokok habbatus sauda ni macam mana rupa dia. Jom skrol ke bawah.





Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah  bersabda:



"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam." Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, "Al-Sam itu ialah maut."


(Riwayat Bukhari)






KHASIAT HABBATUS SAUDA'

HABBATUS SAUDA yang dikenali dengan nama saintifiknya Negella Sativa telah pun digunakan di merata negara sejak zaman berzaman terutama di Timur Tengah dan Timur Jauh sebagai ubat semulajadi bagi berbagai penyakit insan.

Menurut rujukan sejarah membuktikan bahawa HABBATUS SAUDA' digunakan sebagai Herba Perubatan semenjak 2000-3000 tahun Masihi. (Jan 1980, Nasimy 1984) dan literature lama Ibn Sina (Avi Cenna 1000M - 412H) dan Al-Antiki (670M - 1094H).

Ia berfungsi menguatkan sistem ketahanan badan semulajadi, mengecut semua jenis ketumbuhan, berkesan untuk mengubat batuk yang lama (kronik), selsema, sesak nafas terutama pada bronkial asma dan cardiak asma, luka-luka dihati (Cirrhosis of liver), batu karang, batu hempedu, paru-paru berair, gout, tonsilitis, gusi berdarah, gastrik, luka-luka dalam perut (Ulser), kurang penghadaman, mengandungi hormon bagi menambah kecergasan mental dan seksual serta boleh mengelakkan barah.

Ia juga dapat mengatasi semua jenis alahan dan gatal-gatal kulit, membantu menguatkan fungsi kelenjar, merenggang permukaan kulit, boleh mengatasi sakit puan (Mestris, Indomeferitis Ophoritis), senggugut melancarkan peredaran haid, berfaedah untuk sakit tuan seperti lemah tenaga batin (Premature ejaculation) membersihkan perut dari angin dan kahak. Tiada kesan sampingan dan selamat digunakan, InsyaAllah.
 
http://mypawana-timur.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Popular Posts