Aérospatiale-BAC Concorde ialah pesawat penumpang supersonic kedua selepas Tupolev Tu 144
. Tetapi sebelum Concorde menjadi realiti, beberapa pesawat
eksperimental dihasilkan bagi mengkaji bentuk pesawat dan konfigurasi
sayap yang sesuai untuk digunakan pasa skala sebenar. Handley Page HP 115 ialah
pesawat yang boleh dikatakan bapa kepada Concorde. Pesawat bersayap
delta ini mempunyai rupa yang aneh seakan-akan berudu. Badan pesawat
ini pipih dan kecil berbanding luas permukaan sayap yang besar. Ianya
dibina pada tahun 1961 pagi menguji sistem kawalan pesawat
bersayap delta pada kelajuan rendah. Ini adalah penting bagi memastikan
Concorde masih boleh dikawal ketika melakukan pendaratan. Pada awalnya
HP 115 sepatutnya dibina hanya sebagai sebuah glider kayu tetapi Handley
Page mendapati adalah lebih murah membina pesawat logam dengan enjin
jetnya sendiri. Pesawat aneh ini melakukan pelbagai penerbangan ujian
sehingga tahun 1974, 5 tahun selepas Concorde berjaya diterbangkan. Oleh sebab itu pesawat ini kini disimpan di Muzium Fleet Air Arm yang terletak di Bristol United Kingdom dan dipamerkan bersebelahan prototaip Concorde pertama di dunia.Jika adan di UK silalah pergi.





No comments:
Post a Comment