SEPASANG kasut
bertumit tinggi bertatahkan berlian asli bernilai £276,000 (RM1.3 juta)
muncul sebahagian aksesori wanita paling mahal di dunia.
Perekanya, Kathryn Wilson berasal dari New Zealand berkata, penghasilan kasut berlian itu diilhamkan oleh Pengarah Auckland’s Orsini Fine Jewellery, Sarah Hutchings dengan menyediakan berlian bermutu kepadanya.
"Proses menyiapkan sepasang kasut ini memerlukan ketelitian bagi mengelakkan berlian bercalar atau tertanggal," katanya yang dipetik dari laporan MailOnline
Wilson berkata, impiannya untuk menghasilkan kasut idaman jutaan wanita menerusi kisah dongeng Cinderella akhirnya tercapai.
"Saya terpaksa menghabiskan lebih 50 jam semata-mata mahu menghasilkan sepasang kasut eksklusif ini yang menggunakan lebih 21.18 karat berlian, labuci dan perhiasan lain yang bermutu," katanya.
Bagaimanapun, kasut paling cantik dan mahal itu sebenarnya dihasilkan khusus untuk majlis lelongan amal di Ronald McDonald, New Zealand dan jumlah bidaan mencecah NZD$22,000 (RM57,000) bagi membantu keluarga miskin dan pesakit kronik.

No comments:
Post a Comment