Friday, 19 April 2013

Roket jadi Bulan... Siapa jangka situasi ini bakal berlaku?

Untuk membuat perubahan politik, selalunya ia memerlukan tekanan atau asakan berterusan , dan seringkali pula bukannya pemimpin parti politik yang mendahuluinya; rakyat yang mendesak dan "memimpinnya", manakala pemimpin mengekorinya.

Lihat saja penubuhan Barisan Alternatif 1999, kalau nak diselesaikan perbedaan antara PAS dan DAP terlebih dahulu, sampai bila pun takkan berpadu, tapi suara dan kehendak rakyat "memaksa" kedua-dua parti berlainan kutub ini dapat bersama.

Dan kini, tanpa siapa pernah membayangkan, PAS dan DAP akan menjadi lebih erat sehingga timbul idea DAP akan gunakan lambang bulan untuk bertanding PRU13 ...


II.
Saya masih ingat, semasa tingkatan 3, 1978, menjelang pilihan raya umum, saya terbaca "surat berantai" yang melabelkan Lim Kit Siang lebih teruk daripada komunis ... Kenangan paling manis pada Ogos 1999, beberapa bulan sebelum PRU1999, saya bersama ribuan yang lain menyambut pembebasan Lim Guan Eng di depan penjara Kajang. Pertama kali saya lihat lelaki berserban dan isterinya bertudung labuh, bermotosikal, mengibarkan bendera DAP :)

Malaysia terlalu makmur dan kaya untuk kita nikmati bersama. tidak mengira kaum dan agama. Hanya ketamakan, kebencian dan kerakusan menjadikan Malaysia sempit untuk setiap bangsa yang mendiaminya.
III.
Buat yang sebaya saya dan yang berusia 50 tahun ke atas, apakah anda pernah menjangkakan laporan berita seperti di bawah:

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini

No comments:

Post a Comment

Popular Posts