Saturday, 6 April 2013

Guardium UGV : Kenderaan Peronda Tanpa Pemandu Terkini Israel


Minggu lalu kami paparkan Airmule, ambulan tanpa pemandu yang sedang diuji oleh tentera Israel. Hari ini mari kita lihat kenderaan peronda tanpa pemandu mereka pula. Guardium UGV (Unmanned Ground Vehicle) ialah kenderaan yang sudahpun digunakan sejak 2008 untuk mengawal perimeter lapangan terbang dan kawasan panas di Israel. Kenderaan tanpa pemandu ini mampu bergerak pada kelajuan klimoter sejam pada permukaan jalan lasak dan mempunyai mesingun pada bahagian atap untuk tujuan menyerang musuh yang mungkin ditemui. Di Israel mereka menyedari nyawa tentera adalah penting dan kenderaan tanpa pemandu ini dapat melakukan rondaan dengan selamat. In fact kereta kebal mereka Merkava juga menggunakan konsep ini. Mereka sedar Israel tidak mempunyai ramai penduduk berbanding negara jiran mereka dan kenderaan tanpa pemandu ialah jalan penyelesaian yang wajar. Nampak macam kereta mainan. Di Malaysia kita tak ada kenderaan darat UGV tapi kita ada UAV Aludra. 



No comments:

Post a Comment

Popular Posts