Showing posts with label Info Semasa. Show all posts
Showing posts with label Info Semasa. Show all posts

Monday, 11 May 2015

Perbezaan Warna Dan Jenis Cat Pada Kereta

Perbezaan Warna Dan Jenis Cat Pada Kereta 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pemilihan warna sesebuah kereta kini amat penting. Maka tidak hairanlah terdapatnya pelbagai warna ditawarkan oleh pihak pengeluar untuk menarik perhatian pembeli.
Bukan sekadar warna, jenis cat yang digunakan juga memainkan peranan yang penting dalam menepati kehendak dan citarasa.

Ini adalah kerana perbezaan jenis-jenis cat ini mampu menukar penampilan dan menyerlahkan sesebuah kereta. Ianya juga menjadi perbandingan ketara bagi kenderaan biasa dengan yang mewah. Oleh itu setiap jenis cat yang digunakan juga mempengaruhi status dan harga sesebuah kereta.

Kini terdapat empat jenis cat untuk kenderaaan yang paling biasa digunakan. Jom kita kenalinya satu persatu:
 
1. Cat Warna Solid (Solid paint)
Ianya merupakan pilihan jenis cat yang paling murah harganya. Ianya adalah cat asas tanpa sebarang campuran. Cat solid ini hanya disaluti lcquer coat (clear coat) di atasnya sebagai satu lapisan penghalang dari kesan calar dan cuaca.

Namun kini kebanyakan pembuat kereta menggunakan cat solid ini tanpa clear coat. Ini berikutan cat solid ini menggunakan campuran cat acrylic bersama dengan isocynate yang menjadikan lebih melekat, kuat dan tahan lama. Kos proses juga dapat dikurangkan.

Warna cat solid agak kurang menarik kerana ianya tidak berkilat dan bersinar. Oleh itu pilihan warnanya juga tidak banyak. Paling biasa digunakan adalah warna putih, merah, biru dan kuning.

Sebarang baik pulih pula amat mudah dan murah bagi cat solid ini. Namun begitu, warna solid amat sukar bertahan lama. Ianya mudah kusam dan pudar disamping amat sukar untuk dicuci.

Perbezaan Warna Dan Jenis Cat Pada Kereta - solid
Perodua Axia - Solid White

2. Cat Warna Metalik (Metallic Paint)
Cat Metalik ini berbeza sedikit sahaja dari cat solid di mana ianya mengandungi serbuk metal (metal powder). Yang membezakan jenis, harga dan kualiti cat metallik ini adalah jenis, saiz serta kuantiti serbuk metal yang dicampurkan dalam cat tersebut.

Serbuk metal inilah yang memberikan warna cat tersebut bersinar dan berkilat. Berikutan itu harganya juga sedikit mahal berbanding cat solid. Biasanya pengeluar kereta tempatan meletakkan harganya lebih RM400 ~ RM500 berbanding kereta bercat solid. Namun kualiti cat metalik tersebut hanyalah pada tahap normal sahaja.

Kereta bercat metalik mudah dijaga dan dicuci serta dapat mengekalkan keaslian warna dengan lebih lama. Kesan calar yang kecil juga sukar kelihatan pada cat metalik. Pilihan warna juga amat banyak dan pelbagai. Boleh dikatakan ianya adalah pilihat cat yang paling banyak digunakan tanpa mengira jenis dan status pemilik kenderaan tersebut.

Yang selalunya menjadi masalah adalah agak sukar untuk mendapatkan warna yang benar-benar sama andai ingin melakukan baik pulih.

Perbezaan Warna Dan Jenis Cat Pada Kereta - metallic
Proton Iriz - Metallic Citrus Green

3. Pearlescent Paint (Cat Kilauan Mutiara)
Ianya adalah pilihan cat premium yang semakin digemari. Pearlescent Paint hanya menggantikan serbuk metal untuk cat metalik kepada kristal seramik (ceramic crystals).

Keistimewaan cat ini adalah selain dari bersinar dan berkilat, ianya mampu membiaskan cahaya lalu menukar warna yang berbeza mengikut kecerahan atau warna cahaya, lengkuk badan kereta dan arah sudut pandangan yang memberikan kesan dramatik dan menawan kepada badan kereta.

Pilihan warna cat pearlescent juga pelbagai tetapi yang paling popular adalah putih mutiara. Harganya juga agak mahal dan dianggarkan bermula dari RM2,500 dan ke atas bagi sebuah kereta sedan bergantung kepada kualiti cat tersebut.

Penjagaan dan kekurangannya lebih kurang sama seperti cat metalik cuma ianya mampu menyerlahkan status pemilik kereta serta lebih sesuai buat kenderaan mewah.

Perbezaan Warna Dan Jenis Cat Pada Kereta - Pearl
Nissan Fairlady Z - Pearl White

4. Cat Kemasan Kusam (Matte Finishes)
Ianya jenis cat yang tidak sesuai digunakan oleh semua jenis kenderaan kerana boleh merubah penampilan kereta kelihatan buruk dan tidak menarik. Warna cat sebegini lebih sesuai bagi kenderaan berprestasi tinggi atau mempunyai rekabentuk yang sporty.

Biasanya pilhan warna matte ini adalah hitam hitam atau kelabu. Ianya kelihatan kusam tanpa kelihatan berkilat atau bersinar. Ini kerana sama ada kandungan epoxy atau kandungan PVC yang tinggi di dalam campuran cat tersebut.

Warna matte ini sangat mahal, sehingga melebihi RM10K jika mahukan kualiti yang terbaik kerana ianya memerlukan kemahiran yang tinggi berbanding mengecat menggunakan cat biasa. Penjagaannya juga amat cerewet dan sebarang calar atau kesosakan akan jelas kelihatan. Malah untuk baik pulih juga begitu sukar.

Perbezaan Warna Dan Jenis Cat Pada Kereta - Matte
Lexus LFA - Matte Black

Jenis Dan Warna Cat Kereta Pilihan Anda

Setiap orang punya citarasa dan warna kegemaran. Kadangkala untuk memenuhi kehendak dan citarasa tersebut, ada yang tidak kisah tentang harga selagi mereka berkemampuan. Mungkin juga salah satu sebab lain adalah kerana mahukan perbezaan dan perhatian.
Harga cat sebuah kereta berwarna perak boleh mencecah harga lebih RM20K namun jika mahukan cat berwarna Liquid Metal, ianya boleh mencecah sehingga RM100K. Manakala yang paling mahal pernah dicatatkan adalah harga cat sebuah Bugatti Veyron yang bernilai melebihi RM800K hanya untuk cat kemasan berwarna carbon fibre!

Semoga dengan sedikit informasi ini dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan untuk anda dalam mengenali perbezaan warna dan jenis cat pada sesebuah kereta.

sumber rujukan: carwow/relakssminda

Apa Akan Terjadi Sekiranya Wanita Tidak Berpantang Selepas Bersalin?

ks
Kebanyakkan  wanita atau ibu yang baru melahirkan anak, malas berpantang atau degil apabila disuruh berpantang dan paling teruk tak tahu lansung tentang apa itu berpantang . Memang lumrah manusia perkara baik memang susah nak ikut & kadang2 deme ni  (ckp org perak) ada pendapat  sendiri berdasarkan kawan2, buku dll. Tapi Alhamdulillah dengan adanya  teknologi sekarang, wanita yg baru bersalin pada masa sekarang, banyak membaca, mendapatkan khidmat nasihat drpd pakar atau bidan, bagaimana nak berpantang secara traditional tetapi moden.

Syarikat k.shila iaitu Mom’s Postnatal Care Consultant & Services  menjalankan servis berurut & bertungku serta khidmat nasihat kepada bakal-bakal ibu dan bapa tentang menghadapi kelahiran, cara berpantang, pemakan dan bagaimana mengatasi situasi meroyan dan bagaimana mengelak meroyan ketika berpantang, juga bagaimana menghindari demam kuning pada baby dan macam2 lagi. Paling penting berpantang cara traditional tapi moden. Untuk keterangan lanjut boleh jenguk  untuk nak kongsi & tahu akibat atau kesannya jika tak berpantang.



Ada sesetengah wanita yang degil, tak mahu berpantang, tak nak ambik jamu lepas bersalin, tak nak berurut atau bertungku, mandi air sejuk, minum air sejuk, makan ikut suka. Bila mak marah atau tegur tunjuk muka masam atau jawab “Alah..! org tau la” dlm hati kata “dah tua nanti semua org sakit, rasa badan ni ok je tak rasa apa2 pun”.. Kalau ada yang buat macam ni, cer baca cite kat bawah ni.. ini barusalah satu kesan.. nanti k.shila kongsikan banyak lg kesan. Tolong baca ia penting ok!!!

 Apakah Akibat & Kesan :

 Rahim Jatuh / Prolapse
Prolapse Rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh kebawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran, Justera itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat

– Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.

– Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh sampai kepermukaan faraj.

– Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini yang biasa di gelar “tombong”.

Gangguan Kencing
Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:
–  kerap kencing
–  sakit ketika nak kencing
–  kencing yg tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat ini
di panggil (Stress Incontincence).

Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan  ibadah seperti solat.

Gangguan Hubungan Kelamin
Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle, Maka kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada sang suami kurang puas & tak menyeronokkan. Ramai wanita seta suami mengadu tentang kurang nikmat dan tidak puas ketika melakukan hubungan seks, terutama selepas melahirkan anak. Perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

Sakit Pingang & Tidak selesa dibahagian Sulit Wanita
Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab Rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.

Gangguan Kesihatan
Dalam Kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.

Oleh Sebab itu, jangan ambik mudah tentang berpantang, pakai bengkung, makan jamu bersalin & makan makanan yg disyorkan.. Kalau tak tau nak cari kat mana jamu, Bengkung, daun mandi, senang cite barangan untuk berpantang

Fakta Anda Tidak Tahu Mengenai Hari Ibu

Hari Ibu disambut pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia, termasuk masyarakat di Malaysia.

Hari Ibu lazimnya disambut untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada wanita yang telah mengorbankan kehidupannya demi kebahagian anak mereka.

Ini adalah satu masa di mana setiap anak, tidak kisah muda ataupun tua berlari ke kedai untuk membeli hadiah untuk ibu mereka.

Malah ini juga adalah masa di mana semua restoran dibanjiri keluarga untuk menyambut hari yang penuh makna ini.

Tetapi tahukah anda apakah fakta sebalik Hari Ibu ini?

Berikut adalah beberapa perkara yang anda mungkin tidak tahu mengenai Hari Ibu.




1. Pencipta Hari Ibu bukan seorang ibu
Anna Marie Jarvis, pencipta Hari Ibu dari West Virginia yang sering berjuang untuk isu berkaitan golongan ibu, dikatakan tidak mempunyai zuriat.
Bagaimanapun, ibunya, Ann Reeves Jarvis, mempunyai 13 anak.

2. Asal-usul Hari Ibu tarikh lahir sejak Perang Saudara.
Ann Reeves merupakan pengasas Kelab Kerja Hari Ibu, yang membawa golongan ibu untuk bersama-sama menyuarakan isu semasa kepada masyarakat.
Semasa kerjayanya dengan kelab ini, Ann Reeves menyumbang idea untuk meraikan hari ibu dan mengumumkan cuti umum sempena sambutan Hari Ibu di Amerika Syarikat.

3. Hari Ibu yang pertama telah disambut pada 10 Mei 1908 sempena ulang tahun kematian ibu Anna Marie
Tiga tahun selepas Ann Reeves meninggal dunia, Anna Marie menganjurkan majlis untuk menghormati ibunya dan semua golongan ibu dari seluruh dunia.

4. Tarikh itu kemudian ditukar oleh Presiden Woodrow Wilson
Walaupun tarikh 10 Mei mengingati usaha Ann Reeves sempena Hari Ibu, Woodrow kemudian memutuskan bahawa Hari Ibu harus jatuh pada hari Ahad kedua bulan Mei setiap tahun, tanpa mengambil kira tarikhnya.

5. Hari Ibu disebarkan di seluruh dunia melalui usaha Anna Marie
Menurut sumber, Anna Marie telah menulis kepada ahli-ahli politik dan ahli perniagaan dari serata dunia untuk menggalakkan cuti umum sempena Hari Ibu.
Dengan usaha itu, Hari Ibu kemudian telah disambut di Afrika, Amerika Selatan dan Asia.


6. Pencipta Hari Ibu menentang komersialisasi sambutan Hari Ibu
Menurut Anna Marie, dia tidak gemar dengan komersialisasi sambutan Hari Ibu, termasuk kad ucapan dan industri bunga, yang menghilangkan mesej asal cuti ini.
Menurut buku Malcolm Forbes berjudul “Women Who Made a Difference”, Anna Marie berkata: “Kad dicetak tidak membawa sebarang maksud kecuali anda terlalu malas untuk menulis kepada wanita yang telah menjagamu sejak anda dilahirkan.”

7. Carian Google untuk jambangan bunga sempena Hari Ibu adalah lebih tinggi daripada Hari Valentine
Menurut Pusat Penyelidikan Yew, carian Google untuk jambangan bunga sempena Hari Ibu lebih tinggi daripada Hari Valentine.

Friday, 2 August 2013

Menara Alor Setar lanjut waktu operasi


Menara Alor Setar lanjut waktu operasi  

ALOR SETAR - Menara Alor Setar akan melanjutkan operasinya pada musim perayaan Aidilfitri, bermula hari raya pertama sehingga 18 Julai.
  
Menara Alor Setar dalam kenyataan di sini hari ini memberitahu, pada hari raya pertama, ia dibuka mulai 11 pagi hingga 12 malam manakala pada hari raya kedua sehingga 18 Ogos, bermula 9 pagi hingga 12 malam.
  
Pada hari biasa menara akan beroperasi mulai 8.30 pagi hingga 10.30 malam bertujuan memberi peluang kepada orang ramai yang bercuti panjang terutamanya di Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah, untuk melawatnya.- Bernama

Tuesday, 23 July 2013

Masih Ramai Pengguna Salah Faham Mengenai RON95


Sebelum ini setiap kali mengisi minyak petrol, Izzat Amir, hanya menumpukan perhatian pada nombor yang tertera di ruang harga.

Namun sejak pelarasan klasifikasi minyak petrol kepada dua jenis RON (Research Octane Number) — RON95 dan RON97 — September lalu, perhatian eksekutif muda ini lebih tertumpu kepada nombor RON yang tercatat.

Izzat berasakan minyak RON95 menjadikan enjin kereta Proton Waja Premium keluaran tahun 2003 miliknya kurang mantap dan mengeluarkan bunyi bising.

Berbeza pula dengan pengalaman P.Aravind yang mengatakan beliau menggunakan RON95 untuk kereta Peugeot 207cc dan berpuas hati dengan penggunaan petrol dan kecekapan enjinnya.

Walaupun berasa skeptikal pada mulanya, Aravind mencuba RON95 selepas melihat spesifikasi pada pelekat di penutup tangki minyak.

Tetapi yang mengecewakan beliau ialah terdapat pekerja di stesen minyak yang mengatakan tindakannya menggunakan petrol yang lebih ‘murah’ merosakkan enjin kereta.

Seperti Izzat dan Aravind, anda juga pasti pernah melihat minyak petrol yang diklasifikasi sebagai RON95 dan RON97 di stesen-stesen minyak, terbaca pelbagai isu berbangkit mengenainya dan mungkin juga sebagai pengguna, keliru dengan klasifikasi ini.

Kerajaan memperkenal minyak petrol RON95 bagi menggantikan RON92 yang dimansuh jualannya manakala RON97 menjadi petrol premium mulai 1 Sept lalu.

Meski pun telah dihebahkan dan diberi penerangan secara meluas, masih ramai yang salah faham mengenai keperluan klasifikasi RON ini.

APA ITU RON?

RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya ialah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Pada asasnya RON ialah gred bagi keupayaan petrol menentang pembakaran tidak normal dan menjana tenaga pada masa yang sepatutnya ketika proses pembakaran.

Penggunaan RON yang betul untuk enjin kenderaan, biasanya dinyatakan di dalam manual pemilik, dan kadang kala pada pelekat yang terdapat pada penutup tangki minyak.

Pengguna seharusnya tidak bimbang mengenai hal ini kerana kebanyakan kenderaan boleh menggunakan petrol RON95 tanpa sebarang masalah atau kehilangan kuasa memecut.

Pakar kejuruteraan produk Chevron, Greg Engeler berkata ramai yang salah faham bahawa petrol dengan RON yang lebih tinggi akan menjadikan enjin lebih cekap sedangkan RON yang lebih tinggi daripada spesifikasi yang ditentukan tidak akan memberi kesan yang signifikan.

Katanya teknologi enjin, jenis kenderaan dan cara pemanduan memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan ekonomi petrol berbanding perbezaan nilai RON.

Tambahnya lagi kelebihan jangka panjang dengan penggunaan RON95 ialah bila Malaysia memenuhi spesifikasi Euro 2M, proses penerimaan teknologi baru yang lebih cekap dan mesra alam daripada Eropah akan menjadi lebih mudah.

Menurut portal majalah kereta.com.my, di Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu RON91, RON95 dan RON98.

Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin daripada pengeluar yang berlainan.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Di Eropah juga penggunaan RON95 ialah lebih 84 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan.

CUBA SEMUA JENAMA

Jika anda masih tidak berpuas hati, pendekatan Herlina Ahmad mungkin patut dicontohi.

Pensyarah muda yang memandu Toyota Avanza 1.3 keluaran tahun 2006 ini mencuba pelbagai jenama petrol RON95 yang terdapat di pasaran dan merekodkan jumlah perjalanan dan kos secara terperinci.

Beliau mendapati walaupun perbezaan tidak begitu ketara, dua jenama kurang efisien dari segi ekonomi, satu kurang cekap dan beliau berpuas hati dengan dua lagi jenama yang lain.

“Pikap kereta normal, kadang-kadang saya memecut hingga 140km sejam. Keluar dari simpang pun macam biasa,” katanya.

Begitu juga dengan Noor Shafina Adullah yang menggunakan RON95 untuk kereta Kembara yang dipandunya sejak lapan tahun lalu.

“Setakat hari ini, tiada masalah. Saya rasa ia lebih kepada kesan psikologi. Kalau ada pun perbezaan saya rasakan ialah petrol RON95 syarikat A lebih menjimatkan atau efisyen dari syarikat B,” katanya yang menggunakan petrol berselang-seli dengan gas NGV.

JANGAN MEMBAZIR

Jadi, sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik ialah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Setiap pengeluar mempunyai resepinya yang tersendiri untuk menjadikan petrol mereka membakar dan membersih dengan efisien. Mereka memiliki pusat penyelidikan untuk membuat rumusan petrol dengan jisim seperti bersifat ‘mencuci’, mengekalkan tahap pembakaran, ketahanan dengan suhu dan pelbagai aspek untuk memastikan petrol mereka konsisten mengikut spesifikasi enjin yang direka untuknya.

Ramai yang salah faham bila menganggap RON97 menghasilkan lebih banyak kuasa berbanding RON95, apatah lagi realitinya lebih tinggi nilai RON, lebih sukar bahan api dibakar. RON hanya merujuk kepada kemampuan bahan api untuk menahan ketukan semata-mata.

Enjin yang memerlukan nilai RON yang lebih tinggi lazimnya mempunyai nisbah mampatan yang lebih tinggi seperti Satria GTI.

PERAKUAN PENGELUAR KERETA

Kesimpulannya, RON ialah berdasarkan kesesuaian enjin, bukan kualiti semata-mata.

Apatah lagi hampir semua pengedar dan pengeluar kereta di negara ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai kesesuaian model mereka dengan RON95.

Antaranya, kumpulan Automotif Naza menggalakkan pemilik kenderaan Naza, KIA dan Peugeot yang menggunakan bahan api petrol menggunakan RON95.

Syarikat itu berkata RON95 sesuai bagi kereta Naza Ria, Naza Citra, Naza Suria, Naza Citra II Rondo, Kia Sportage, Kia Carnival, Kia Carens, Kia Picanto, Kia Optima, Kia Spectra5, Kia Spectra, Kia Rondo, Naza 206 Bestari, Peugeot 206, Peugeot 407, Peugeot 308 Turbo, Peugeot 308Vti dan Naza Forza manakala Naza Sorento, Kia Sorento dan Kia Pregio menggunakan diesel.

UMW Toyota Motor juga mengeluarkan kenyataan petrol RON95 sesuai bagi kegunaan semua kenderaan Toyota dan Lexus yang dijual oleh syarikat itu.

Pengedar eksklusif kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia itu berkata pemilik kereta-kereta ini, yang ketika ini menggunakan petrol RON97, boleh beralih kepada RON95 tanpa perlu bimbang akan masalah kerosakan enjin atau hilang prestasi.

Honda Malaysia juga mengumumkan bahawa semua model yang diedarkan oleh syarikat itu serasi dengan minyak petrol RON95.

Honda Malaysia memberikan jaminan kepada semua pemandu kenderaan Honda bahawa RON95 seharusnya tidak menjejaskan mana-mana model yang diedarkan oleh wakil jualan sahnya, kecuali model Civic Type R.

Civic Type R dicadangkan menggunakan RON97 kerana enjinnya yang berprestasi tinggi, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toru Takahashi.

– BERNAMA

Peserta Islam Ratu Cantik M'sia: Teruskan Perjuangan Wakili Melayu


Peserta Islam nekad tanding ratu cantik  
Wafa Johanna De Korte (kiri) dan Amelia Bernard.

4 wanita dakwa hanya pakai baju sukan
Kuala Lumpur: Empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaannya, tetap berkeras untuk terus bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.

Seorang daripada mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, berkata dia kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.

“Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan pihak penganjur yang membatalkan penyertaan mereka.

Mahu wakili Melayu

“Saya terharu melihat pihak penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu di dalam pertandingan ratu cantik Malaysia.
“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” katanya.

Sementara itu, penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.

Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik.(BH)

Saturday, 13 July 2013

Bukti Coca-cola Haram Diminum



"BUKTI COCA-COLA HARAM DIMINUM

Jadi apa rahsia untuk membuktikan  Coke @ Coca-Cola adalah HARAM DI MINUM dan baca apa yang telah ditulis di dalam resepi pembuatan Coke @ Coca-Cola

The recipe formula:

·         Fluid extract of Coca: 3 drams USP
·         Citric acid: 3 oz
·         Caffeine: 1 oz
·         Sugar: 30 (unclear quantity)
·         Water: 2.5 gal
·         Lime juice: 2 pints, 1 quart
·         Vanilla: 1 oz
·         Caramel: 1.5 oz or more for color and secret 7X


·         The secret 7X flavor (use 2 oz of flavor to 5 gals syrup):
·         Alcohol: 8 oz
·         Orange oil: 20 drops
·         Lemon oil: 30 drops
·         Nutmeg oil: 10 drops
·         Coriander: 5 drops
·         Neroli: 10 drops
·         Cinnamon: 10 drops
RUMUSAN : Mulai Hari Ini Dan Seterusnya Umat Islam Adalah Diminta Jangan Sekali-Kali Membeli Dan Meminum Coca-Cola. BOIKOT COCA-COLA

WASSALAM."

Mesir, Lakonan Ditaja Negara Sekular -Presiden PAS


AS mahu keruhkan lagi keadaan  
Penyokong Mursi menggesa protes secara aman diadakan di beberapa kawasan di Kaherah, semalam.

SHAH ALAM - Penggulingan Presiden Mesir, Dr Mohamed Mursi yang diperlihatkan rakyat menolak pimpinannya adalah lakonan ditaja negara sekular yang menolak parti gerakan Islam, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, rakyat dipergunakan untuk berhimpun menyatakan bantahan kepada Mursi, malah ada yang turut dibayar.

“Protes dirancang dengan rapi dan tersembunyi oleh tangan ghaib kuasa besar dan negara Arab sekitarnya. Protes ini hanyalah mengenai masalah yang belum dapat diselesaikan dalam masa setahun pemerintahan Presiden Mursi.

“Satu lakonan menipu rakyat dan seluruh dunia. Kali ini, rakyat miskin dan bodoh dikerah dengan duit upah dan kenderaan percuma, yang disumbangkan oleh negara minyak Arab,” katanya.

Katanya, adalah tidak adil untuk menghukum Mursi yang baru memerintah selama setahun dan meletakkan bebanan ke atas bahunya sedangkan masalah yang berlaku di Mesir diwarisinya daripada rejim terdahulu.

Menurutnya, bertambah malang apabila wujud dalam kalangan ulama dan pemimpin dunia menyokong penggulingan Mursi.

“Ada kalangan ulama dan pemimpin agama yang menjadi pelakon tambahan, ada pula negara Arab yang mengucap tahniah mengiktiraf drama bohong ini sebagai benar dan adil, sehingga lupa serban di kepala dan lupa berada paling hampir dengan Kaabah,” katanya.

Mapim: Krisis Mesir platform Israel serang Gaza

Mohd Azmi Abdul Hamid Mohd Azmi Abdul Hamid
 
SHAH ALAM - Rampasan kuasa di Mesir dilihat akan memberi ruang kepada Israel untuk melancarkan serangan ke atas Gaza memandangkan tanda-tandanya jelas kelihatan.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tanda-tanda itu termasuk persiapan tentera Israel di sempadan dan operasi tinjauan udara.

"Selain itu, baru-baru ini laporan media Israel secara terbuka mengatakan bahawa Gaza adalah ancaman kepada Israel," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Azmi berkata, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) wajar mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak banyak lagi nyawa tidak berdosa menjadi korban akibat daripada penutupan sempadan Rafah ini.

Sempadan Rafah ditutup 3 Julai lalu oleh tentera Mesir ekoran krisis yang melanda negara itu.

Mengulas perkara sama, Mapim turut mengecam tindakan Mesir menutup sempadan Rafah kerana ia akan mengancam kelangsungan hidup penduduk Gaza.

Mohd Azmi menambah, sejak pintu sempadan Rafah telah ditutup hampir seminggu lalu, ia telah menyukarkan hidup penduduk Gaza.

“Sempadan Rafah merupakan sumber pembekalan asas seharian yang masih sukar diperolehi seperti makanan, air bersih, ubat-ubatan, peralatan rawatan dan minyak.

“Penutupan pintu Rafah sejak 3 Julai lalu adalah atas arahan tentera Mesir telah menghalang keluar masuk barang dan manusia dari Mesir ke Gaza.

"Tindakan ini telah mendedahkan penduduk Rafah kepada keperitan dan penderitaan yang lebih teruk,” katanya.

Justeru itu, Mohd Azmi mengesa agensi antarabangsa agar mendesak pihak berkuasa Mesir  membuka sempadan Rafah untuk mengelak Gaza sekali lagi menjadi medan penjara terbuka.

“Kepada seluruh komuniti antarabangsa, penutupan Rafah sebagai satu-satunya jalan keluar masuk Gaza ke dunia luar.

"Penutupan ini adalah proses pemangsaan ke atas Gaza dan juga membuktikan kolaborasi  antara Mesir dan Israel,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut meluahkan kekecewaan apabila puak Fatah telah mengguna kesempatan sempadan Rafah yang ditutup dengan propaganda untuk menghasut penduduk Gaza menolak kerajaan Hamas.

“ Ini adalah sangat memalukan orang Palestin dan satu penghinaan yang berniat jahat untuk mengambil alih Gaza,”katanya.

Segera henti tabiat hisap shisha


SEORANG pelanggan sebuah restoran leka menghisap shisha. - Gambar hiasan


SEREMBAN – Kementerian Kesihatan meminta rakyat negara ini segera menghentikan tabiat menghisap shisha kerana ia boleh mendatangkan kesan lebih buruk kepada kesihatan berbanding menghisap rokok.
Menterinya, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, pihak kementerian kini berusaha memperhebatkan penjelasan mengenai keburukan menghisap shisha termasuk mengkaji untuk mengharamkan aktiviti itu.

“Buat masa ini pihak berkuasa belum dapat melaksanakan pengharaman terhadap tabiat menghisap shisha ini kerana aktiviti tersebut tidak tersenarai di bawah undang-undang berkaitan tembakau di negara ini.
“Apa pun, tabiat menghisap shisha ini sepatutnya diklasifikasikan di bawah undang-undang berkaitan tembakau kerana ia juga dilihat asas aktiviti itu daripada produk berasaskan tembakau.

Wednesday, 19 June 2013

Hebahan! Blackout 505 Pada Hari Sabtu 22-6-2013



Assalamualaikum dan salam sejahtera, hebahan untuk semua blackout 505 pada 22/6/2013. Tempat berkumpul untuk blackout 505 pada hari Sabtu 22-6-2013

1) Brickfields-Nurul Izzah (Warga Aman / PSM)
2) Masjid Negara - YB Khalid, YB Azmin (Jihad untuk utk Keadilan / Niat)
3) Jalan Pudu-YB Tan Kok Wai dan YB Anthony Loke (Lynas, SAMM)
4) Jalan Raja Laut (HQ PAS) - TG Hj Hadi (Susut & Kerabat)
5) Universiti Malaya-YB Shamsul & YB Nasrudin (SMM)
6) Sogo - YB Tian Chua (Pahlawan)
7) Pekeliling - YB Salahuddin (Anak, Tanah)
Info terkini layari: IniKalilah...

Pengakuan SPR terbukti mereka bersalah, harus letak jawatan, kata A Samad Said




Datuk A Samad Said mengatakan pengakuan dilakukan oleh pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kesal kerana kegagalan dakwat kekal untuk berfungsi dengan baik semasa Pilihan Raya 2013 membuktikan badan penggendali pilihan raya itu bersalah.
Menurut pengerusi bersama Bersih 2.0 itu, pengakuan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf membuktikan pilihan raya umum 5 Mei tidak berjalan dengan baik dan oleh itu beliau seharusnya berundur.
“Bunyinya agak tidak sedaplah. Tetapi secara hormat, sesudah mengetahui beberapa kesilapan, eloklah dia undur, letak jawatan,” kata beliau yang mesra dengan panggilan Pak Samad apabila ditemui oleh The Malaysian Insider pagi ini.

“Jadi dia harus, harus lakukan itu. Jadi pengakuannya itu, bagi saya ialah satu penerimaan bahawasanya apa yang berlaku itu memang betul dia bersalah,” tambah beliau lagi.
Dalam wawancara bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu yang disiarkan semalam, pengerusi SPR menyatakan kekecewaan berhubung dengan kegagalan penggunaan dakwat kekal.
"Kalau orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal," katanya kepada Sinar Harian.

Pak Samad yang juga seorang Sasterawan Negara mempersoalkan mengapa SPR tidak menguji keberkesanan dakwat kekal sebelum membenarkan ianya digunakan dalam Pilihan Raya 2013 lalu.
“Tidakkah SPR mengujinya dulu? Dia terus sahaja untuk mempercayai. Itu tidak boleh saya fikir ini sebab untuk memberi hak ni, memberi kuasa.
“Saya harap dia berkata itu jujur, sebab itu adalah pengakuan dia bahawasanya memang pilihan raya itu tidak murni,” katanya.

Pengerusi bersama Bersih 2.0 itu juga turut menyarankan kepada penyokong-penyokong mereka agar beramai-ramai menghadiri perhimpunan #Black505 yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR) di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 22 Jun.

“Kita menyarankan, ataupun merayu supaya ahli-ahli lebih banyak untuk menyertainyalah.
“Kalau Ambiga sendiri sudah kata turun ke jalan raya, jadi kita turun ke jalan rayalah,” kata beliau merujuk kepada seorang lagi pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata semalam, kegagalan dakwat kekal untuk berfungsi dengan baik tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk menuduh SPR membenarkan pengundi mengundi lebih daripada sekali atau melakukan penipuan dalam pilihan raya umum.

Abdul Aziz mendakwa kaedah itu - yang disyorkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan proses pilihan raya telah menguji beberapa kali sebelum dilaksanakan pada 5 Mei lalu.

"Tetapi pada hari yang ditunggu-tunggu kuasa Allah lebih hebat apabila dakwat boleh hilang selepas beberapa kali dicuci, di mana silapnya?
"Memang sedih tapi kita tidak berdiam diri. Kita tubuhkan pasukan khas, yang dipengerusikan Datuk Christopher Wan Soo Kee dibantu dua ahli panel lain iaitu Datuk Md Yusop Mansor dan Abdul Aziz Khalidin," katanya.

PR telah mengadakan perhimpunan besar-besaran #Black505 di seluruh negara semenjak 8 Mei untuk memprotes dakwaan penipuan dalam Pilihan Raya 2013 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa walaupun kehilangan undi popular. – 18 Jun, 2013.

Menara Runtuh Punca Dari Anwar


 
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hanya ketawa apabila cuba dikaitkan dengan insiden runtuhan di Menara Umno Pulau Pinang.

Ditanya tentang kenyataan pengerusi Umno negeri Zainal Abidin Osman berhubung perkara itu semalam, Anwar berkata seperti selalu, beliau akan dipersalahkan.

"Tak apa, buatlah siasatan. Ini salah Anwarlah. Biasalah. Itu salah Anwar.

"Bangunan runtuh salah Anwar. Nanti esok pemilihan dalam Umno (pun) salah Anwar," sindir Anwar.

Zainal Abidin semalam berkata, Anwar merupakan orang paling layak untuk menjawab soalan berkaitan Menara Umno negeri yang didakwa dibina sebelum pelannya dihantar.

Zainal berkata, Anwar ketika itu timbalan perdana menteri dan pengerusi Umno Pulau Pinang dan mereka tidak mempunyai sebarang jawatan pada masa itu.

Friday, 22 March 2013

Ustaz Azhar Idrus: Jangan salah pilih pemimpin

Jangan salah pilih pemimpin
Azhar Idrus (tiga, kiri) dan Haslin (empat, kiri) bersama kepimpinan negeri yang hadir mengikuti Program Haflah Ilmu Anak Muda Kelate, malam kelmarin.
KOTA BHARU - Rakyat negeri ini dinasihatkan pilih pemimpin yang tepat untuk mendidik masyarakat dan menjadi pemangkin kepada pembentukan sahsiah jati diri yang berguna.
Penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus berkata, pemilihan pemimpin yang tepat adalah sangat diperlukan dalam menentukan masa depan anak muda terutamanya di Kelantan.

“Kita perlu pilih hok molek (yang elok). Kalau memandu bas, kena guna pemandu yang tidak mabuk supaya perjalanan selamat sampai, kalau pakai pemandu yang mabuk, walaupun 40 penumpang itu sedang berzikir, berzanji, berselawat, perjalanan tetap tidak selamat sebab semuanya bergantung pada pemandu," katanya.

Ustaz Azhar berkata demikian pada Program Haflah Ilmu Anak Muda Kelate yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam kelmarin. Moderator jemputan, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang mengelola majlis tersebut yang berlangsung hampir empat jam dengan dihadiri lebih 50,000 rakyat negeri ini.

Turut memeriahkan majlis, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hadir untuk solat maghrib berjemaah; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Datuk Abdul Fattah Mahmood, dan Timbalannya, Ustaz Latiff Abdul Rahman serta beberapa ahli exco kerajaan negeri yang lain.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud turut menyampaikan kuliah maghrib sebelum majlis bermula.

Kata Ustaz Azhar Idrus, seseorang pemimpin akan menentukan sesebuah masyarakat, bukan orang lain, sama juga dengan masalah remaja sekarang, kalau di rumah, semuanya tanggungjawab ibu bapa, tetapi apabila selangkah mereka keluar dari rumah, semuanya adalah tanggungjawab kerajaan.

Perkara tersebut turut disokong Ustaz Haslin Bollywood yang berpendapat anak muda sekarang perlu memilih jalan yang betul untuk memastikan ilmu dunia dan akhirat dapat diseimbangkan.

“Kita mesti seimbangkan perkara tersebut, sebab itu saya menggunakan inisiatif memberi ilmu sambil berhibur sebab saya tahu anak muda memang tidak boleh lari dari hiburan.

“Apa yang penting, kita mesti seimbangkan perkara ini, dengan hiburan pelbagai perkara kita boleh lakukan, jangan hanya anggap hiburan itu sebagai satu perkara yang tidak elok, anak muda memang suka berhibur, maka carilah ilmu walau dalam apa cara sekalipun,” katanya.

Kedua-dua panel tersebut juga turut berpendapat ibu bapa merupakan tunjang utama pembentukan anak-anak muda terutamanya pada zaman serba moden ini.

Dalam majlis yang sama, hadirin turut disajikan dengan tayangan video penderitaan rakyat syria dan Pelancaran Tabung Syria, Palestin dan Tabung Wira Lahad Datu serta pelancaran radio Wau.fm sebelum bual bicara dimulakan.

Thursday, 31 January 2013

Drama Sahara Hina Islam..Apa Pranan JAKIM / Finas

"

Kami Seluruh Umat Islam Bangkit Membantah Drama Sahara...

Astro Prima Tolong Hentikan Tayangan Drama Ini. Adakah patut main pegang pegang dalam drama Ni.



Inilah Sebuah Drama yang dilihat menghina Islam kenana memakai Niqab tapi main pegang pegang...




Thursday, 24 January 2013

Peraturan Baru SPR yang dikatakan TERBAIK kena kat depa..!!!

Stesen KTM Alor Setar dipindah ke tempat baru



24 Januari 2013
ALOR SETAR - Operasi stesen kereta api Alor Setar di Jalan Stesen Keretapi di sini akan diberhentikan mulai pukul 12 tengah malam 29 Januari.

Sehubungan itu, semua operasi stesen keretapi itu akan dipindahkan ke stesen kereta api sementara di Jalan Tanjung Bendahara, iaitu berhadapan stesen lama itu, mulai pagi 29 Januari.

Penutupan stesen itu adalah untuk memberi laluan kepada pembinaan projek Landasan Berkembar Eletrik Ipoh-Padang Besar, kata kenyataan MMC Gamuda JV Sdn Bhd, syarikat pemaju projek itu.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan, aduan atau cadangan boleh menghubungi talian hotline 24 jam melalui talian 1-300-80-1999. - Bernama

Buku Terbaru "Kelantan 22 Tahun, Bukti Kejayaan" yang perlu anda miliki

“Buku ini menampilkan suatu produk bermutu yang telah dihasilkan olej kepimpinan Tok Guru Nik Aziz, iaitu sebuah pentadbiran dan kepimpinan Islam, yang lebih baik daripada mana-mana pentadbiran dan kepimpinan yang terdapat di dunia pada hari ini.

“Pimpinan Tok Guru Nik Aziz telah berjaya mentadbir Kelantan selama lebih 22 tahun. Banyak pembaharuan, kelainan dan kebaikan telah ditunjukkan, dan terbukti, khasnya dalam pentadbiran kerajaan negeri, dan dalam membentuk minda dan sikap rakyat supaya lebih mengikuti kehendak Islam.

“Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz telah berjaya dibentuk menjadi sebuah Pentadbiran Islam. Inilah model sebuah Negara Islam. Sesuatu yang nyata, yang ada di depan mata.”
Inilah dia seorang pemimpin Islam yang sebenar, yang mewarisi cara dan gaya kepimpinan Rasulullah s.aw . Berlainan sama sekali dengan apa yang difahami dan dipropagandakan oleh Amerika dan sekutunya (termasuk Umno - BN) itu 
Demikianlah yang tercatat di belakang kulit buku setebal 263 mukasurat itu.

  DAPATKAN SEBELUM KEHABISAN!



 
Buku "Kelantan 22 Tahun Bukti Kejayaan ' Karya Dinsman boleh dipesan melalui pos kepada ADNAN BIN OTHMAN ,KAMPUNG RAJA,TUNJANG,06000 JITRA KEDAH. HP:0194582257.emal adnankgraja@gmail.com Bayaran atas nama ADNAN BIN OTHMAN, atau bank-in akuan BIMB:0203902005607 .Harga termasuk bayaran pos RM28.00.Dapatkannya sebelum kehabisan
ATAU
Berminat untuk mendapatkan buku tersebut,sila masukkan wang berjumlah RM25.00 + RM3.00(Kos penghantaran)= RM28.00 ke bank BIMB:0203902005607 di atas nama  ADNAN BIN OTHMAN.Selepas Bank In ,sms kan nama dan alamat penuh anda ke 0194582257..Insya Allah buku tersebut  akan pos kan dengan segera.

Wednesday, 23 January 2013

Perbuatan Sultan Selangor laga pipi dengan Kavita Kaur amat memalukan



"Sultan Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita KaurDalam satu majlis pertunjukan fesyen di mana Kavita Kaur menjadi salah sorang modelnya, Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah telah turut menjadi tetamu. Melihat kepada kelaku Sharafuddin Idris Shah, timbul beberapa persoalan dihati saya.
Lihat dulu turutan gambar yang dipaparkan dan kemudiannya saya amat berharap Mufti Selangor dapat menjawab beberapa soalan saya di sini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita Kaur
Sultan Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita Kaur

Sultan Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita Kaur
Sultan Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita Kaur
Sultan Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita Kaur

Persoalan:
- Apakah Mufti Selangor sedar majlis sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam itu dihadiri oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah?

- Apakah wajar seorang yang diwartakan sebagai Ketua Agama Islam negeri menghadiri majlis seumpama itu?

- Apakah tindakan Mufti Selangor setelah mengetahui seorang yang diwartakan sebagai Ketua Agama Islam negeri bukan hanya menghadiri majlis sosial yang mengkhayalkan, malah kelakuan Sultan Sharufuddin Idris Shah yang terlalu lucah dengan melagakan pipinya dengan wanita bukan muhrimnya, Kavita Kaur?

- Apakah Mufti Selangor tidak berasa malu dan bersalah kerana gagal menjadi penasihat agama kepada Sultan Selangor?

- Apakah orang yang berkelakuan sepertimana yang dilakukan olih Sharafuddin Idris Shah layak diangkat sebagai Ketua Agama Islam negeri?

Perakuan: Saya, Mohd Sofi Yassin bertanggungjawab terhadap titipan dan gambar-gambar yang dipaparkan di sini kerana rasa bertanggungjawab untuk menegur sesama Islam dan saya juga rasa bertanggungjawab terhadap kesucian agama junjungan saya, ISLAM. Saya merasa malu, sedih dan tercabar apabila orang yang diangkat menjadi ketua agama Islam negeri berkelakuan amat bertentangan dengan apa yang dituntut dalam ajaran Islam.

Pada hemat saya, Sultan Sharafuddin Idris Shah seharusnya menjadikan ikon dalam membudayakan keagongan dan kesucian Islam sepertimana yang telah dilakukan olih sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Tuanku Muhammad Faris Petra.

Salaam Persaudaraan Islam,
Mohd Sofi Yassin"

Popular Posts