Saturday, 27 April 2013

Kerana genggang si kain genggang

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.80618.1346414136!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg 
Harvard University


Standford University
Seorang wanita dengan pakaian yang diperbuat dari ‘kain genggang’  (Gingham Dress), dan suaminya dengan pakaian sut lusuh tenunan sendiri (Homespun) melangkah turun dari sebuah keretapi di Boston, Amerika Syarikat. Tujuan kedatangan mereka ke Boston ialah untuk bertemu dengan presiden Universiti Harvard.
Dengan sekali pandang, dan tanpa berfikir panjang setiausaha kepada presiden membuat andaian bahawa dengan penampilan menjelekkan pasangan suami isteri tersebut tak selayaknya berurusan dengan Universiti terunggul di Amerika Syarikat – Harvard.  Malah dia juga beranggapan bahawa mereka tidak layak untuk berada di Cambridge.
“Kami berhasrat untuk bertemu presiden,” dengan suara perlahan lelaki itu menyatakan tujuan kedatangan mereka.
“Presiden sibuk sepanjang hari,” setiausaha presiden menjawab ringkas.
“Tak apa, kami akan tunggu,” isteri lelaki itu menjawab.
Beberapa jam berlalu tanpa diperdulikan namun pasangan suami isteri itu tidak juga mahu beredar. Setiausaha jadi resah lalu bingkas masuh ke bilik presiden untuk memaklumkan tentang kehadiran sepasang suami isteri yang begitu berazam untuk bertemu dengan presiden.
“Kalau tuan dapat menemui mereka sebentar, mungkin mereka akan lekas beredar,” setiausaha membuat usul kepada presiden.
Setelah mendengar penerangan dan cadangan setiausaha, presiden mengeluh panjang kerana dia menganggap diri dan masanya terlalu berharga untuk dibazirkan melayan pasangan suami isteri yang entah dari mana datangnya.
Dengan langkah dan lagak seorang presiden universiti terunggul di Amerika Syarikat, dia pergi menemui pasangan suami isteri tersebut.
“Anak lelaki kami pernah belajar di universiti ini selama setahun. Dia amat menyayangi Harvard, dan sangat  gembira belajar di sini,” perempuan berpakaian kain genggang lusuh memulakan bicara “lebih kurang setahun yang lalu dia ditimpa kemalangan dan meninggal dunia. Kami berdua bercadang untuk mengenang kehadirannya di Harvard dengan membina sebuah memorial di dalam kawasan kampus.”
Raut wajah presiden langsung tidak menunjukkan sebarang emosi. Malah dia terkejut lalu menjawab “Puan, kalau setiap pelajar yang meninggal dunia semasa menuntut di Harvard diabadikan dengan mendirikan monumen, lambat laun tempat ini akan kelihatan seperti tanah perkuburan.”
“Oh tidak, bukan itu maksud kami” wanita berpakaian kain genggang lusuh menerangkan “Kami tak bercadang untuk meletakkan patung sebagai tanda kenangan. Kami bercadang membina sebuah bangunan dalam kampus Harvard.”
Berputar-putar bebola mata presiden. Sambil menjeling kepada pakaian kain genggang dan sut lusuh tenunan sendiri yang dipakai oleh pasangan tersebut, dengan nada sedikit tinggi si presiden bertanya “Sebuah  bangunan! Tahukah anda berapa kos yang diperlukan untuk membina sebuah bangunan? Nilai fisikal bangunan di kampus ini sahaja bernilai tujuh setengah juta dollar.”
Untuk seketika, wanita berpakaian kain genggang lusuh itu tidak berkata apa-apa. Si presiden rasa lega. Mungkin dia sudah berjaya memaksa pasangan suami isteri itu  beredar.
Wanita itu memandang kepada suaminya, dan dengan nada perlahan dia berkata “Itu sajakah kos yang diperlukan untuk mendirikan sebuah univerisiti? Kenapa tidak kita bangunkan sebuah universiti sendiri?”
Suaminya mengangguk sebagai tanda persetujuan. Wajah angkuh presiden berubah – bingung dan celaru.
Pasangan suami isteri berpakaian lusuh – Mr dan Mrs Leland Standford – yang kehadiran mereka tidak diindahkan, malah dipandang rendah oleh presiden Universiti Harvard bangun dan beredar dari situ. Mereka pergi ke Palo Alto, Santa Clara County, California.
Pada tahun 1891, terbinalah sebuah pusat pengajian tinggi – Leland Standford Junior University – yang lebih dikenali dengan singkatan Standford University sebagai tanda kecintaan sepasang suami isteri terhadap anak tunggal mereka – Leland Standford Jr. – yang meninggal dunia ketika berusia 16 tahun.

NOTA: Kalaulah presiden Universiti Harvard tidak memandang rendah sut lusuh tenunan sendiri (Homespun) dan pakaian dari kain genggang (Gingham Dress) yang dipakai oleh Mr dan Mrs Leland Standford, mungkin hari ini tidak wujud pusat pengajian tinggi yang bernama Standford University.
Disunting-terjemah dari cerita asal: A true story by Malcolm Forbes.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts