Seorang ahli arkeologi Britain, Stuart
Campbell menyatakan, dia dan beberapa orang rakan telah menemui bekas sebuah
kompleks bangunan berhampiran bandar purba Ur di selatan Iraq yang merupakan
tempat tinggal Nabi Ibrahim.
Campbell yang merupakan arkeologi dari
Universiti Manchester berkata, bangunan itu dianggarkan berusia 4,000 tahun.Kawasan
berkenaan dipercayai merupakan pusat pentadbiran bandar Ur.Campbell berkata,
kompleks itu bersaiz sebesar sebuah padang bola iaitu kira-kira 80 meter setiap
sisi.
Menurutnya, kompleks bersaiz besar itu
merupakan sesuatu yang jarang ditemui.
Ia merupakan penggalian pertama kumpulan
arkeologi dari Britain di Iraq sejak tahun 80-an.Penggalian itu bermula pada
bulan lalu apabila enam anggota pasukan Britain dan empat ahli arkeologi Iraq
menggali tanah di Tell Khaiber, wilayah Thi Qar, selatan Iraq. Kawasan itu
terletak 320 kilometer ke selatan Baghdad.
manusia memakai jubah labuh |
Campbell berkata, salah sebuah artifak yang
ditemui kumpulan penggalian itu ialah plak tanah liat yang menunjukkan seorang
manusia memakai jubah labuh mendekati sebuah tapak yang suci.-Kosmo
No comments:
Post a Comment