Friday, 19 April 2013

Artis TERKENAL Lawan NOH OMAR Di Tanjong Karang!



Lagi ahli Umno bertanding menentang Umno!

Jika di parlimen Kuala Kangsar, naib ketua wanita Umno, Kamilia Ibrahim yang geram tidak dapat dicalonkan atas tiket Barisan Nasional (BN), seorang lagi personaliti Umno juga bertanding bebas!

Penyanyi dangdut terkenal, Herman Tino atau nama sebenarnya Masron Tamsi turut bertanding di parlimen Tanjong Karang menentang BEKAS penyandang, Noh Omar dan calon PAS mewakili Pakatan Rakyat, Drs Rushdi Deraman.

Keputusan mengejut Herman untuk bertanding adalah dipercayai kerana Noh gagal memainkan perana sebagai wakil rakyat walaupun sudah lama menjadi ahli parlimen selama beberapa penggal.

Herman ketika ditemui berkata, walaupun kesemua ahli keluarga dan sanak saudaranya merupakan penyokong tegar Umno, ia tidak menjadi penghalang buatnya bertanding bagi memastikan suara penduduk tempatan didengar di parlimen.

Ini sekaligus memberi tamparan hebat terhadap peliang Noh untuk mempertahankan kerusinya kerana sudah pasti sekali lagi undi kepada BN akan terpecah dua, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini di parlimen itu.

Ia juga mencerahkan peluang PAS untuk merampas kerusi di kubu kuat Umno itu walaupun berdepan laluan sukar kerana jentera pilihanraya yang serba kekurangan tetapi penuh bersemangat.

Difahamkan Herman akan memulakan kempennya petang ini juga bagi bertemu seberapa ramai penduduk yang majoritinya berketurunan Jawa di parlimen itu.

Herman ditemani penyokongnya berarak ke pusat penamaan calon di pekan Tanjong Karang dengan disaksikan penyokong BN dan Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts