Inilah Aurat Wanita Yahudi Yang Kita Tidak Tahu | Apakah maksud
aurat bagi seorang wanita Yahudi? Apakah yang mereka pakai yang can be
considered as menutup aurat? Untuk bercakap tentang aurat and stuff kita
kena tahu konsep Tzniut . Tzniut ialah konsep yang diamalkan Yahudi
beriman bagi menjaga kehormatan diri. Ia merangkumi cara pemakaian dan
pergaulan antara jantina. Persoalan "aurat" seorang Yahudi jatuh didalam
konsep Tzniut.
Seperti agama Islam definisi apa yang boleh dan tak boleh dalam agama
Yahudi banyak perdebatannya dikalangan Rabbi. Ada Rabbi yang keras
dengan hukum Torah dan ada yang lembut. Seperti kes XMas.Ustaz Maza dan
Yusuf Qardawi kata HARUS ucapkan Merry Xmas kepada orang bukan Islam
kerana masa nabi masih hidup dulu pun dia hormati funeral procession of a
dead Jewish man dengan berdiri. Dia hormat si mati walaupun dia Yahudi
Laknatullah. But this is another story altogether.
Anyway apa yang pasti dalam agama Yahudi seorang wanita WAJIB menutup
rambut selepas bernikah sebagai tanda setia dan menjaga kesucian dirinya
kepada si suami. Wanita Yahudi boleh menutup kepada dengan rambut palsu
, scarf dan tichel. Wanita Yahudi dari mazhab Haredi went a step more
dengan memakai topi diatas wig. scarf dan tichel mereka bagi memastikan
double sure mereka memenuhi kehendak Tzniut.
Wanita Yahudi yang beriman juga tidak boleh memakai skirt diatas paras
lutut. Baju mereja juga tak boleh ketat dan sebaik-baiknya tidak
bewarna-warni sehingga menarik perhatian lelaki. Ini adalah haram dimata
Tzniut. Dari segi baju pula lengan baju harus menutup siku. Wanita
Haredi sekali lagi went a step further dengan memakai lengan sampai ke
pergelangan tangan dan baju yang menutup tulang selangka.
bagi golongan lelaki pula seluar pendek dibenarkan kecuali jika anda
seorang Heredi yang beriman. Baju lengan pendek juga ditegah. Tidak
seperti wanita menutup kepala bagi lelaki yang sudah atau belum
berkahwin adalah tidak wajib-mforum.
No comments:
Post a Comment