Thursday 24 May 2012

Tunggakan bil air berjaya dikurangkan - SADA

Tunggakan bil air berjaya dikurangkan - SADA

Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR
ALOR SETAR – Syarikat Air Darul Aman (SADA) berjaya mengurangkan tunggakan bil air kepada RM29.7 juta, berbanding RM43 juta sebelum ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Dato’ Adzmi Din, penurunan itu membuktikan kempen dan penguatkuasaan yang dilancarkan sejak setahun lalu berjaya menimbulkan kesedaran kepada pengguna domestik yang merupakan 90 peratus pelanggan SADA, membabitkan 462,000 akaun.
“Saya percaya kempen pemotongan bekalan air di premis memberi kesan positif. Tahun ini, penguatkuasaan bermula pada bulan April bagi fasa pertama, di mana tumpuan diberi kepada pengguna domestik, komersil dan industri,” ujarnya.

Tambahnya, tunggakan itu melibatkan pengguna kediaman sebanyak RM19.2 juta (64.6 peratus), industri perhotelan RM4.5 juta (15.3 peratus), komersil RM3.5 juta (11.8 peratus) dan industri khas RM1.4 juta (7.7 peratus).
“Walaupun masih ada sedikit tunggakan, namun ianya lebih baik berbanding sebelum ini. Tunggakan membabitkan institusi pengajian tinggi dan kolej, sekolah, balai polis dan bomba, hospital dan jabatan penjara sebelum ini sekitar RM2.1 juta, tetapi kini sifar,” jelasnya.
Adzmi memberitahu, SADA menyasarkan akan memperoleh hasil mencecah RM253 juta tahun ini, dengan sasaran bulanan melebihi RM21 juta.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts