1. Catriona Ross..
~Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.
Tergerak
hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin,
tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas
kilat ditanggalkan tudung itu.
Dia yang dihenyak perasaan pilu,
hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan
meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang
tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.
"Ketika memandu
pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya
ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar
perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.
"Sepanjang
perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat
Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya.
Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi
teragak-agak untuk melaksanakannya.
"Esoknya di rumah, saya
gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan
malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah
kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya
mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang.
Pagi Jumaat (16
Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama rantaian
Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang
ada hanya selendang.
Dia kemudian menghubungi teman karibnya
untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak
Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat
pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di
kepala.
"Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali
bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu
prinsip yang saya pegang sejak kecil.
"Apabila pulang ke rumah, suami
menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia
bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang
saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan
keputusan saya.
"Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya
dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar
dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak
putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah
perkenankan.
"Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh
hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi
Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan?
"Saya
nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya
bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut
hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.
"Syukur,
saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai.
Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata.
Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham," kata
anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada
mengalir.
2. Irma Hasmie..
~“Alhamdulillah,
sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya
ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila
sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.
“Kalau boleh, saya
tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut
disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun
semua orang akan mengetahui juga.
“Saya bersyukur dan gembira
dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak
belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku
secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia,
ramai yang menerima baik niat saya ini,” jelas Irma akui hidupnya kini
lebih tenang dan bahagia Irma. Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan
bahagia
Berdoa di Mekah
Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin.
“Satu
perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah Subhanallah.
Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah
suci ini.
“Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat
sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu
melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta.
“Slma
29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang
pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik,” jelas Irma yang
turut memohon ditenangkan hati setiap masa.
3. Abby Abadi...
~“Takut
juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung.
Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan
Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan
tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya.
Segala-galanya dipermudahkan.
“Saya juga berharap perubahan ini
tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling.Apatah
lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia
membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,”
katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni
tetap berjalan seperti sedia kala.
Mengenai kesempatan indah
menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim,
9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur
kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara
tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.
Kata
Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke
Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.Ada saja
halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan
.“Namun
syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana
senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali,
mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki
Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat
digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke
Tanah Suci Makkah selain Madinah
.
“Saya juga tak terkilan
sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak.Hampir lima
ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara
baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat
dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.
4. Diana Amir...
~“Saya
ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan
yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
“Dan
mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang
semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa
bulan kebelakangan ini,”
“Saya tak tahu kenapa perkara itu
berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya
menceritakan semuanya kepada seorang rakan. “Namun selepas itu rakan
saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”
“Saya tahu saya
masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya
ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat
dia.
“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David
Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas
ini, “Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki
adalah ketentuan Allah,”
“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”
Alhamdulillah... ^_^ /FB Ana
Sumber: nizar-coretanku.blogspot.com"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
A nude world record has been set as 400 people bared it all and went skinny-dripping into sea on Rhossili Beach, Gower (South Wales). T...
-
TAK pakai baju dalam, kini menjadi trend selebriti Korea. Budaya inikah yang ingin dibawa masuk oleh pemimpin-p...
-
Selaput Dara atau Dara itu adalah satu regangan daging nipis seperti bawang yang meregang di pintu masuk lubang faraj. I...
-
TAIPEI - Seorang wanita Taiwan yang baru berkahwin, secara tidak sengaja telah terdail nombor suaminya melalui telefon bimbi...
-
Post kali ini bukan bermaksud untuk semata-mata unsur lucah.Tetapi ia bertujuan bertujuan untuk menambah pengetahuan kepada siapapun ya...
-
Ramai yang sudah tahu resort ini sudah di tutup sepenuhnya..carian didalam internet/blog..perincian penutupan resort terseb...
-
Sumber: Ibnu Hasyim Penerjun negara, Leong Mun Yee menjalani latihan di Pusat Akuatik di London,...
-
APA rasa, bila U ambil makanan dengan mulut U dari puting susu seorang wanita bogel, yang sedang terlentang depan U? Gambar di atas in...
-
Pembedahan yang dilakukan untuk ‘mencantikkan’ vagina kini semakin meluas. Malah penyelidik mendapati ramai remaja yang baru berusia 14 ...
-
Nudes-A-Poppin Tidak ada bedanya berbogel begini, dengan 'pakaian tapi telanjang' seperti yang dipakai ...
No comments:
Post a Comment