Thursday 3 May 2012

Penemuan Adik Nayati: Terima Kasih Kepada Semua Pihak

Penemuan Adik Nayati: Terima Kasih Kepada Semua Pihak

Kenyataan Media Oleh Nasrudin Hassan

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk pihak PDRM yang gigih berusaha mencari seorang kanak-kanak yang hilang, Nayati Shamelin Moodaliar. Beliau ditemui selamat di Lebuhraya berdekatan Sungai Buloh pada hari ini.

DPPM menganggap sikap prihatin dan juga tindakan pantas orang ramai yang berusaha menjejaki kanak-kanak malang ini wajar dipuji. Inilah sikap mulia yang ada pada diri rakyat Malaysia yang begitu peka dan sensitif terhadap nasib yang menimpa keluarga mangsa. Publisiti yang meluas di media-media serta facebook dan twitter milik rakyat Malaysia memungkinkan penemuan kembali kanak-kanak ini dengan segera.

Namun demikian, rakyat di negara ini masih berada dalam keadaan bimbang dan takut kerana kes penculikan kanak-kanak bukan berlaku sekali di negara ini, tetapi ianya telah acapkali berlaku. Lebih mendukacitakan ada kes penculikan ini berakhir dengan kematian. Bahkan ada kes kanak-kanak yang diculik masih belum ditemui sehingga kini.Persoalan yang bermain di fikiran masing-masing adalah siapakah mangsa selepas ini dan berapa ramai pula akan menjadi mangsa kes penculikan ini di masa akan datang?

Oleh itu, DPPM mengharapkan agar pihak PDRM meningkatkan kawalan keselamatan di seluruh negara. Sesuatu perlu difikirkan bagaimana menangani kejadian seumpama ini daripada berulang. Begitu juga diharapkan orang ramai turut peka dan senantiasa berwaspada terhadap keselamatan semua amnya dan kanak - kanak khasnya. Pelbagai tindakan yang rasional pula perlu diambil supaya setiap pergerakan rakyat Malaysia terutamanya kanak-kanak dapat dipantau bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Lokasi gelap atau kawasan hitam terutama di kawasan bandar serta kawasan perumahan perlu di pantau ketat dari masa ke semasa kerana ini adalah kawasan berpotensi kes-kes penculikan berlaku. Akhirnya, DPPM berharap kerajaan berusaha mewujudkan suasana aman bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman rakyat di negara ini.


Disediakan oleh,

HJ NASRUDIN HASSANKetua PemudaDewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:

Post a Comment

Popular Posts