Sunday 27 May 2012

Adakah Facebook Sedang Membuat Telefon Pintar Tersendiri?

Adakah Facebook Sedang Membuat Telefon Pintar Tersendiri?
Posted on Sunday, May 27 @ 17:57:00 PDT

Sumber: Amanz

Salah satu perkara yang hangat diperkatakan sejak daripada tahun lepas adalah berkenaan dengan Facebook membina peranti pintar mereka tersendiri. Namun, ia berhenti seketika selepas HTC hadir dengan telefon pintar Android bersama butang Facebook untuk akses pantas. Walaubagaimanapun, kini persoalan tersebut hadir semula, mengatakan Facebook mungkin dalam perancangan untuk membina telefon pintar mereka.

Ura-ura ini timbul kembali kini dengan pihak Facebook yang memperkenalkan satu demi satu aplikasi mereka, sekaligus mula mendominasi telefon pintar para pengguna.

Aplikasi FacebookSeperti umum sedia maklum, aplikasi asas Facebook kini hadir pada pelbagai platform, termasuk Android, BlackBerry, iOS, Symbian, Windows Phone dan banyak lagi. Melaluinya, pelbagai aktiviti turut boleh dilakukan, daripada menghantar mesej, menambah rakan, mengakses buku alamat dan sebagainya.
Bagi pengguna aktif aplikasi Facebook pada peranti mudah-alih, semestinya sedia ketahui akan Facebook membuat salinan pendua buku alamat mereka di kad-SIM kepada akaun web Facebook mereka. Namun, ia boleh dimatikan melalui tetapan, yang mana jarang dibuat pengguna.
Melaluinya juga, aplikasi Facebook bukan sahaja menjadi buku alamat, tetapi turut menjadi tempat catatan perkara utama, termasuk pada kalendar, dan sebagainya. Apatah lagi, pada hari ini pelbagai aktiviti, termasuk jemputan kahwin dilakukan melalui Facebook Events, sekaligus memudahkan anda mengikuti pelbagai perkembangan harian anda melalui aplikasi tersebut.
Facebook MessengerSelain daripada pada aplikasi utama, Facebook juga menawarkan aplikasi permesejan secara khas melalui Facebook Messenger. Melaluinya ia membawakan sokongan permesejan terbina, sekaligus membolehkan para pengguna mengetahui apabila rakan mereka sedang menaip, mahupun setelah membaca mesej yang dihantarkan mereka.
Sokongan emel juga terbina pada Facebook Messenger, sekaligus membolehkan anda menerima emel terus pada Facebook Messenger, dan membalasnya dalam bentuk masa-nyata.
Facebook CameraSalah satu perkara utama pada peranti mudah-alih hari ini adalah aplikasi kamera. Dan baru-baru ini, Facebook telah memperkenalkan aplikasi khas, dinamakan Facebook Camera untuk pengguna iOS. Walaupun perancangan untuk platform lain masih tidak diketahui, sebelum ini, pihak Facebook pernah menguji ikon yang serupa pada platform Android.
Melaluinya juga, ia membolehkan pengguna menambah pelbagai efek khas, sebelum berkongsi terus ke laman Facebook mereka dengan mudah.
Facebook AppCenterAplikasi memainkan peranan utama pada hari ini apabila seseorang memilih sesuatu platform. Facebook juga sedia mempunyai ratusan aplikasi untuk platform mereka, disamping baru-baru ini telah mengumumkan perancangan untuk Facebook AppCenter, yang mana bukan sahaja boleh dijalankan pada desktop, tetapi turut sama pada peranti mudah-alih.
Melaluinya juga, para pengguna boleh mengakses pelbagai aplikasi percuma, dan membelinya terus melalui aplikasi tersebut. Dan secara tidak langsung, ia juga memberikan kesan positif kepada platform kewangan daripada Facebook, iaitu Facebook Credits.

Selain daripada apa yang disenaraikan, Facebook juga mempunyai pelbagai fungsi menarik tambahan, seperti Facebook Videos, Facebook Groups, dan sekiranya ura-ura berkaitan perbincangan pengambil-alihan Opera Software adalah benar, maka Facebook akan mempunyai akses kepada pelayar web mudah-alih paling popular pada peranti mudah-alih.
Dan dengan pengguna yang menghabiskan masa yang terlalu lama pada platform Facebook, adakah kelak sekiranya Facebook mengeluarkan peranti pintar mereka, maka ia akan menjadi popular dikalangan pengguna?

No comments:

Post a Comment

Popular Posts