Oleh: elmuchtar
"Salah konsep … itulah pendapat jujur aku. Aku sebenarnya tak suka dan malas nak komen hasil karya orang lain kerana aku faham macam mana perasaan dan robek hati jika karya kita dikomen.
Tapi telinga aku berdesing, mata aku juling dan hati aku berguling-guling untuk melontarkan pendapat peribadi aku tentang program Liga Ilmu Musim Ke-3 terbitan Astro Oasis
Secara amnya
sesuatu program TV mestilah ada “weight” dan “value” untuk menarik
penonton. Lebih tinggi viewership maka lebih tinggilah peluang stesyen
TV mengaut keuntungan daripada airtime iklan. Seboleh-bolehnya stesyen
TV mahu rekod yang “cemerlang” untuk justify rate card harga yang baik
kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka. Semuanya adalah
bisnes dan hakikatnya tiada stesyen TV swasta yang nak rugi dengan
menerbitkan program yang tak menguntungkan. Inilah antara cara stesyen
TV generate pendapatan mereka.
Dalam
bisnes kadang-kala soal good value bukan menjadi isu nombor wahid.
Paling penting mesti boleh buat untung. Cara paling mudah ialah jual
“produk” yang memang orang suka walaupun “beracun”. Apa selera
masyarakat Malaysia? Secara amnya ini adalah selera masyarakat kita –
hiburan, gadget & teknologi dan politik. Bagi yang berumur 40-an ke
atas … mereka lebih incline dengan isu atau program kerohanian.
Aku
terima idea “mencipta program Islam yang menghiburkan” tetapi aku 120%
tidak bersetuju “Islam dijadikan bahan hiburan” – yakni mencipta program
dengan menyalut nilai-nilai keIslaman sebagai flavor dan bukan essence
bagi menyempurnakan sifat produk.
Aku
setuju dengan konsep perbincangan Liga Ilmu Musim Pertama dan Kedua
dengan menjemput beberapa tokoh agama dan pakar ilmiah untuk mengupas
serta menghalusi sesuatu tajuk dari sudut kepakaran masing-masing yang
akhirnya bertembung di titik yang sama. Excellente.
Tidak
seperti Liga Ilmu Musim Ke-3 yang berkonsepkan “ayam laga” menampilkan
Imam-Imam Muda dan Ustazah-Ustazah Pilihan bersama moderator, Dr Mohd
Ridhuan Tee Abdullah. Program ini nampaknya lebih memberi fokus kepada
golongan muda. Justeru suntikan hiburan diserap bagi menarik perhatian
mereka. Aku setuju tapi aku lihat sewaktu “in action” Imam Muda dan
Ustazah pilihan tidak dapat mengawal kesan sampingan suntikan tersebut.
Walaupun ada perancangan dan guide script tetapi bila “camera rolling”
semuanya terpaksa “play by ears”.
“Lelaki
ke Perempuan Lebih Layak Jadi Pemimpin?”, “Lelaki Lembut Vs Perempuan
Ganas” adalah antara isu yang didebatkan. Tidak ubah seperti cerita
“chicken and egg” … Justeru wajarkah aku berbaris mengambil tempat duduk
bangku barisan hadapan mendengar cerita yang dah berapa keturunan tidak
berpenghujung? Adakah kerusi dewan penuh direbutkan sekiranya program
debat tersebut bukan “selebriti” pilihan tetapi orang biasa-biasa,
graduan sekolah pondok misalnya? Nah, kulit atau intinya yang menjadi
pilihan utama kita?
Kedua belah pihak
membentangkan dalil dan nas dari Al-Quran dan Hadis. Betul belaka dan
aku tak menolaknya. Sama-sama power. Malangnya, hujah-hujah yang
dilontar oleh Imam Muda Vs Ustazah Pilihan kadang-kadang tersasar dan
lebih bersifat emosi apabila diprovoke. Ini secara tidak langsung
memperlihatkan “ketidakcerdikan” diri mereka sendiri. Ya, inilah “hot
button” produk dan moment yang diharapkan penonton sebenarnya – realiti
emosi selebriti pilihan mereka … Keesokan harinya akan kita dengar
komen, “Ehh..comel kan muka IM Nazrul malam tadi bila kena hentam dengan Ustazah Pilhan … aku suka tengok”.
Tak
salah mencipta kelainan tapi aku rasa konsep perbincangan seperti
musim pertama dan kedua lebih “pintar dan cerdik”. Agama bukan untuk
didebatkan sebab apabila debat…automatik dalam fikiran aku ada 2 watak
yang mempertahankan pendapat dan pandangan mereka – protagonis dan
antagonis. Di akhir cheritera, aku mahu conclude watak mana yang
menang/betul sebelum ending credit rolling. Aku macam nak minta balik
duit tiket wayang kalau hero mati di akhir cerita. Ianya tentu bertambah
teruk kalau sampai cerita habis aku tak tahu siapa hero dan siapa
crook.
Aku keliru dan bertambah kusut
jika Ultaraman dan Raksaksa mempunyai power yang sama ketika berlawan
dengan misi murni sama-sama mempertahankan bumi. Kan ke lebih bagus jika
cerita tu diolah di mana Ultraman dan Raksaksa duduk bincang macam mana
hendak bekerjasama memajukan bumi sebab masing-masing mempunyai
kekurangan dan kelebihan dari segi rupa paras dan daya intelek misalnya.
Memang Allah jadikan kita tidak
sempurna ada kurang dan ada lebih. Ketidaksempurnaan itulah membuatkan
kita berbincang dan berkerjasama untuk saling melengkapi. Apa yang aku
lihat ialah sepasang ayam laga pujaan yang cedera balungnya selepas
sayembara mingguan yang diadili pengadil ternama sambil diperhatikan
oleh penganjur yang tersenyum menjeling kantung pertaruhan untung penuh.
“Berjaya juga resepi aku kali ini”, bisik hatinya girang.
No comments:
Post a Comment