Semalam adalah Hari Jihad Tanpa Baju Sedunia yang dianjurkan oleh kumpulan demo jalanan FEMEN.
Di serata Eropah demo tanpa baju dianjurkan di hadapan kedutaan Tunisia
dan masjid bagi membantah hukuman yang akan dijatuhkan keatas warga
Tunisia Amina Tyler kerana memuatnaik gambar beliau tidak berbaju
ke internet. Amina Tyler memuatnaik gambar topless beliau sebagai tanda
protes terhadap polis moral yang mahukan mengawal apa yang harus
dipakai oleh wanita Tunisia. Warga Islam Tunisia rata-rata terkejut dan
malu dengan tindakan beliau dan mahu beliau dihukum dengan berat. FEMEN
yang terkenal dengan protes tanpa baju mereka bangkit menyokong apa yang
dilakukan Amina Tyler. Adakah anda bersetuju dengan FEMEN dan Amina
Tyler?














No comments:
Post a Comment