Saturday 20 April 2013

CAIC Wuzhuang Zhishengji 10 : Helikopter Tempur Utama China


Setiap negara kuasa besar mempunyai helikopter tempur utama mereka. Amerika Syarikat mempunyai AH 64D Apache Longbow. Russia mempunyai Kamov KA-52 Black Shark. China pula mempunyai CAIC WZ-10, helikopter buatan tempatan yang sudah beroperasi sejak 2010. Pada asalnya China ingin membeli helikopter tempur Bell AH-1 Cobra dari Amerika Syarikat tetapi selepas insiden Medan Tiananmen perjanjian jualan ini dibatalkan. China kemudian cuba mendapatkan helikopter Mil Mil 24 Hind dari Russia tetapi sekali lagi perjanjian ini dibatalkan kerana keruntuhan Kesatuan Soviet. Oleh sebab itu China terpaksa mengubahsuai helikopter awam Eurocopter Dauphin menjadi helikopter tempur mereka. China menyedari Dauphin bukanlah penyelesaian jangka panjang mereka kerana jelas sekali sebuah helikopter tempur khas harus dimiliki tentera mereka dan bukan helikopter kegunaan awam yang diubah suai. Pada tahun 1994 projek helikopter tempur rekaan tempatan dimulakan bagi mengurangkan pergantungan kepada kuasa luar untuk keperluan persenjataan China.

China mendapatkan bantuan Eurocopter dan Danel bagi memberikan latihan kepakaran. Oleh sebab itu WZ-10 kelihatan seakan Eurocopter Tiger dan Danel AH-2 Roivalk . Penerbangan pertama WZ-10 dilakukan pada tahun 2003 dan helikopter ini akhirnya memasuki inventori tentera darat China pada tahun 2010. Ia diperkasakan dua buah enjin dengan kemampuan 1350 kuasa kuda setiap satu. Kelajuan maksimum WZ-10 ialah lebih dari 300 kilometer sejam. Bahagian utama pesawat dilengkapi  perisai komposit dan seperti Apache ia berfungsi sebagi pemusnah kereta kebal di medan perang. Cool heli is cool!



Laporan asal Wikipedia

No comments:

Post a Comment

Popular Posts