UMNO memperalatkan kampus untuk kepentingan parti.
Poster di atas adalah program yang dianjurkan oleh MPP UUM yang mana
diberi nama Bakti Siswa, program ini diatur oleh pihak pentadbiran UUM
iaitu pihak HEP dan digerakkan oleh MPP UUM, perlu diketahui program
bakti siswa ini dijalankan secara berkala dan merupakan program wajib
kepada pihak MPP UUM.
Program Bakti Siwa ini bertujuan untuk mendekatkan mahasiswa dengan
masyarakat dan merupakan salah satu cara untuk menerap nilai prihatin
kepada masyarakat. Program ini dipromosikan secara langsung oleh pihak
MPP UUM di kampus untuk menarik golongan mahasiswa untuk turun bersama
dalam program ini. Program yang dianjurkan oleh pihak MPP sebelum ini
sering dicurigai kerana dilihat ada anasir-anasir politik luar kampus
yang ingin didoktrinkan kepada mahasiswa dan peserta program terbabit.
Perkara ini dilihat bertentangan dengan pendirian yang sering mereka
war-warkan iaitu pihak MPP bebas dari kawalan politik luar kampus. Namun
kali ini, program ini dapat dilihat dengan jelas telah disalah guna
oleh pihak UMNO sebagai alat untuk mereka berkempen menjelang
pilihanraya umum ke 13 (PRU 13). Masakan tidak, jika lambang dan nama
mereka dicanang dengan “zahir” sekali di dalam program ini, jika pihak
mereka ingin menafikan keterlibatan mereka dengan UMNO, kami mahasiswa
prihatin terbuka untuk memberi ruang kepada mereka untuk menjelaskan
perkara ini walaupun sudah terang lagi bersuluh.
Jika mereka mengatakan ini merupakan politik “di luar kampus” kami tidak
akan berdiam diri, pihak MPP UUM sepatutnya merupakan satu pihak yang
tidak terikat kepada mana-mana pihak luar, tetapi perlu menjadikan
platform ini sebagai suara dan gambaran kepada pendirian mahasiswa
kampus ini secara menyeluruh. Mereka tidak boleh menjadi “kuda
tunggangan” kepada pihak lain selain daripada wakil kepada mahasiswa
sepenuhnya, mahasiswa tidak akan rela persatuan yang dilantik oleh
mereka digula-gulakan oleh pihak UMNO untuk kepentingan peribadi parti
tersebut.
Generasi Y bukan lagi generasi yang boleh dicucuk hidung dan ditarik
kemana sahaja, tapi generasi mahasiswa kini sudah cukup muak dengan
peranan sebuah persatuan yang tidak menjadikan matlamat dan tujuan
organisasi sebagai asas dalam mengerakan satu-satu persatuan, apalagi
menjadi alat kepada UMNO.
Pihak MPP UUM Jangan hanya tahu gah waktu berkempen PRK sahaja, selepas
PRK batang hidung tak tahu dimana, suara pula hilang entah kemana.
Penjelasan yang kami tuntut bukan penjelasan “playsafe” tetapi
penjelasan yang penuh dengan rasional dan berfakta. Kami mengemukakan
bukti bergambar (berfakta) dan perlu dijawab dengan fakta. Cukup sudah
“tamparan” kepada kami bila MPP kami hilang, lesap, lesu dengan isu
LISTEN, datang lagi isu penyalahgunaan kuasa oleh pihak MPP demi
memenuhi kepentingan parti politik tertentu.
Penjelasan daripada pihak pengurusan program ini dan MPP UUM khususnya
kami tuntut dengan segera, kenapa, mengapa, dan bagaimana pihak Umno
mendapat pengiktirafan sehingga lambang dan nama mereka wujud di dalam
program ini?
Suara Mahasiswa,
Universiti Utara Malaysia.
No comments:
Post a Comment