Petikan di bawah ini adalah dari buku:
Mejar (B) Maznan Noordin menemu-bual Kanang di Rumah Panjang Skra Hilir
NOTA: Mereka
yang meminati sejarah dan perjuangan Kanang akan mendapati buku hasil
tulisan Mejar (B) Maznan Noordin sesuatu yang menggamit perasaan. UPBB
terpanggil mengimbas dan memuat-naik sebahagian kecil isi kandungan buku
tersebut kerana terkilan (dan marah) dengan lontaran membuta
tuli sebuah blog yang mengatakan “Kanang bukan hero sebenar”.
Mungkin penulis blog tersebut tak pernah kenal senjata api, dan tak pernah mendengar ledakan senjata musuh!
Dan tak
pernah merasa betapa mencabarnya tugas seorang anggota tentera sehingga
terpaksa meninggalkan majlis perkahwinan dan isteri yang baru
dikahwini demi menyahut panggilan pertiwi !
Secara kebetulan, majlis tersebut diadakan pada hari yang sama intake RMN 2/65 memeterai perjanjian di Dining Hall KD Malaya Woodlands – 25 Mei 1965.
Belum hilang
rasa letih setelah membuat operasi, Kanang diarah kembali ke hutan untuk
operasi Gerak Setia 8/79 yang secara kebetulan diadakan pada bulan Mei
dan Jun – Hari Gawai
Hari Gawai 1
Jun 1979 – Antara simpang siur peluru musuh, sambil melaungkan cogan
kata keramat pasukan Renjer “Agi Idup Agi Ngelaban” Kanang terus mara
menggempur kedudukan komunis tanpa menghiraukan keselamtan diri….
19 Februari
1980 – Walaupun tiga butir peluru telah mencederakan paru-paru, buah
pinggang, limpa dan usus, namun Kanang masih dapat mengarahkan anggota
pasukannya untuk meneruskan perjuangan…..
Dengan pencen
yang tak seberapa, wira sanjungan negara yang didendang di hujung
kerjaya terpaksa bertarung sekali lagi di hutan - bukan dengan senjata
M16/M79, tapi dengan kapak, parang dan cangkul untuk meneroka tanah yang
bukan miliknya…..
Betapa
benarnya kata-kata Kanang “Luka yang saya alami ini akan menjadi parut
yang akan saya bawa ke mana-mana sehingga saya mati…..”
Untuk mengetahui kisah suka duka satu-satunya (one and only)
wira negara yang dianugerahkan PGB dan SP, luangkanlah sedikit masa
membaca buku KANANG – CERITA SEORANG PAHLAWAN tulisan Mejar (B) Maznan
Noordin.
Dan barulah mengerti makna “Nyawa
di hujung senjata” yang sinonim dengan kehidupan seorang anggota
tentera zaman komunis/konfrontasi.
No comments:
Post a Comment