KUALA KUBU BHARU - Pemain bola sepak
Felda United, Ahmad Fauzi Saari cedera parah setelah terbabit dalam
kemalangan di Kilometer 407.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah Ipoh, dekat
Lembah Beringin di sini, awal pagi tadi.
Rakannya, Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, yang memandu kereta BMW maut akibat kecederaan parah di kepala.
Rakannya, Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, yang memandu kereta BMW maut akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya
Affandi berkata, kereta dinaiki mangsa dipercayai terbabas di selekoh
sebelum merempuh penghadang lebih raya lalu terbakar kira-kira 1.40 pagi
tadi.
"Kereta yang dipandu dipercayai terbabas sendiri semasa melalui selekoh
ke kanan. Ia kemudian merempuh penghadang jalan (lebuh raya) sebelum
terbakar di bahu jalan (lebuh raya) dan mangsa Fauzi cedera patah tangan
kanan.
"Manakala pemandu kereta yang dikenali, Khairul Adnan maut di tempat kejadian," katanya.
"Manakala pemandu kereta yang dikenali, Khairul Adnan maut di tempat kejadian," katanya.
Jelas Norel Azmi, Ahmad Fauzi dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan.
"Manakala, mangsa yang maut turut dibawa ke hospital yang sama untuk dibedah siasat," katanya.
"Manakala, mangsa yang maut turut dibawa ke hospital yang sama untuk dibedah siasat," katanya.
Dalam pada itu, Norel Azmi berkata, butiran pemandu tidak ditemui kerana dipercayai terbakar bersama kenderaan mangsa.
No comments:
Post a Comment