KUALA LUMPUR: PAS mendesak Kerajaan Pusat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing diberi hak kerakyatan (IC) di Selangor dan negerinegeri di Semenanjung Malaysia yang menunjukkan pertambahan luar biasa dalam daftar pemilih pilihan raya.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, hal tersebut wajar dilaksanakan kerana berlaku pertambahan mendadak jumlah pemilih baru termasuklah di Negeri Selangor.
“Jika ribuan pendatang asing di Sabah dengan mudah boleh diberi kerakyatan yang pada awalnya ini dianggap fitnah dan mainan pembangkang, maka tidak mustahil agenda sulit ini boleh menjalar ke sini (Semenanjung Malaysia),”tegasnya di Pejabat Harakah Isnin lepas.
Katanya, dengan pertambahan pemilih yang ketara di Selangor, serta banyak bukti dan penemuan tentang pemberian IC kepada warga asing di negeri ini, amat wajar kerajaan juga menubuhkan RCI dan siasat sehingga akar umbi.
“Projek IC” yang diperkatakan sejak lama dulu, kini kian terbongkar hasil siasatan rapi RCI dan modus operandinya tiada banyak beza dengan keskes pemberian IC di Selangor muktahir ini, ujarnya.
Katanya, keghairahan UmnoBN untuk merampas kuasa di Selangor dalam PRU13, ada kemungkinan kaedah “Projek IC” akan digunakan bagi mencapai tujuan itu.
Salahuddin berkata, pengakuan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap “Projek IC” suatu yang serius kerana ia mencerminkan UmnoBN selama ini sanggup “menjual” negara demi untuk menang pilihan raya.
Tuntutan supaya RCI ditubuhkan bagi membanteras masalah gejala pendatangasing di Sabah juga terkandung dalam Buku Jingga dan sudah diperjuangkan Pakatan Rakyat sejak tahun 2009.
Awal tahun lalu, Perdana Menteri Bangladesh, Sheik Hasina Wajed dalam laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu mendakwa rakyatnya yang bekerja di Malaysia diberi kerakyatan mudah jika mengundi UmnoBN.
Namun, kemudiannya kenyataan itu dipadam selepas 24 jam diterbitkan.
Sumber: pas.org.my
No comments:
Post a Comment