Hari ini Umno-BN
sentiasa mengungkitkan asal-usul pengundi cina dan India. Ini kerana dua kaum
itu nampaknya tidak lagi cenderung untuk mengundi BN dalam PRU 13 nanti. Secara
tidak langsung diharapkan majoriti melayu bersatu menyokong Umno. Tetapi pekung
dan nanah kerja keji sepanjang lebih separuh abad Umno-BN di Negara ini sudah
tidak mampu ditutup maupun dibendung lagi. Demi mengekalkan kuasa, Umno sanggup
khianat kepada Negaranya sendiri.
Setelah Suruhanjaya
Diraja ditubuhkan untuk menyiasat pemberian IC dan kewarganegaraan di Sabah telah
membocorkan pengkhianatan ini. Pengakuan Pengarah JPN Negeri Sabah yang
mengeluarkan resit dan akhirnya layak mengundi untuk mengekalkan kuasa Umno-BN.
Penglibatan pegawai JPN yang bekerja dirumah Menteri Dalam Negeri ketika itu
iaitu Megat Junid dan juga Aziz Syamsudin. Hari ini barulah Dr Mahathir mengaku
melakukan kerja-kerja khianat itu. Selama ini sentiasa dinafikan. Sepatutnya
ketiga penyamun Tarbus ini dihukum mati kerana mengkhianati Negara. Pegawai dan
individu yang terlibat pernah menjalani hukuman ISA tetapi pemimpin yang
mengarahkan bebas berkeliaran.
Nampaknya
Mahathir
sudah terkena doa bekas Presiden Pas yang mendoakan supaya Mahathir
panjang umurnya untuk melihat kejatuhan Umno-BN. Inilah antara
babak-babak
terpecahnya kejahatan hasil tangan pemimpin Umno-BN. Nampaknya tipu-daya
mereka
kini makin membelit diri mereka sendiri. Untuk melepaskan dirinya beliau
membangkitkan bahawa Tunku Abdul Rahman selaku bekas PM pertama dan
bekas
Presiden Umno juga memberikan 1 juta kewarganegaraan selepas merdeka
termasuklah kepada Cina & India. Nampaknya Dasar Jus Soli yang
menjadi
syarat kemerdekaan British telah makan tuan. Tunku menerima syarat
kemerdekaan
iaitu menerima perlembagaan Lord Reid & Dasar Jus Soli. Inilah
dahulunya
ditentang kemerdekaan British yang terikat dengan syarat oleh pengasas
Pas
termasuk Dr Burhanuddin al-Helmi maupun beberapa pemimpin kiri lain.
Umno &
pemimpinnya ketika itu bersungguh-sungguh untuk menerima kemerdekaan dan
menerima
syarat Jus Soli yang kini dikutuk oleh Mahathir sendiri. Dendam beliau
terhadap Tunku masih membara semacamana dendam beliau terhadap Abdullah
Badawi. Tetapi bak meludah
kelangit.. terpercik ke muka sendiri.
Kalau kewarganegaraan
itu tidak diberi, mungkin hari ini Mahathir berada ditanah air bapanya iaitu di
Kerala. Ingat melayu aje mudah lupa tetapi mamak pun buat lupa juga. Ayah
Mahathir adalah pendatang dari Kerala, Selatan India etnik Malayalam. Iskandar
Kutty berhijrah ke Tanah Melayu dan memeluk Islam serta berkahwin dengan orang
melayu dan menukar namanya kepada Mohamed.
Apapun itu
sudah menjadi sejarah. Hari ini masyarakat Malaysia dengan latar belakang
berbilang kaum hidup untuk memajukan Negara ini. Tetapi amat malang apabila
individu pemimpin demi kuasa dan pangkat serta kedudukan sanggup mengkhianati Negara
dengan senang-senang memberi status kewarganegaraan.
Pemberian
warganegara untuk kepentingan politik ini bukan hanya berlaku di Sabah bahkan
di Terengganu dan juga Pahang sendiri. Bekas OCPD Slim River iaitu Tuan Haji
Abdullah Omar yang mengaku terlibat mengurus kemasukan pendatang asing Burma
yang diberi kewarganegaraan untuk mengundi di Seri Bandi Dun Kijal iaitu Dun
Menteri Besar Terengganu sekarang. Kemenangan beliau adalah kerana undi orang
Burma melebihi 3 ribu pengundi Burma. Begitu juga Najib Tun Razak di Pekan.
Setelah menang tipis dan tipu daya akhirnya beribu pengundi Burma di bawa masuk
ke Pekan untuk menjamin kemenangan parlimen PM. Hah! Yang ini bila nak buat RCI
nya? Takkan untuk Sabah aje. Itu tak ambik kira sekarang ini pendaftaran
pekerja asing untuk diberi IC biru bagi mengundi dalam PRU nanti melibatkan
warga Indonesia, Bangla maupun Burma. Tentunya Hisyamuddin selaku Menteri Dalam
Negeri sekarang mengetahuinya siapa pengkhianat mengikut undang-undang ini.
Sepatutnya mereka yang terlibat mengkhianati Negara ini dihukum mati sahaja. Tetapi kalau Umno-BN terus diberi kuasa nescaya para pengkhianat ini akan dikalung bunga sebagai hero Negara. Apapun keputusan itu berada ditangan Anda. Tepuk dada.. Ubahlah selera!
No comments:
Post a Comment