SUBANG JAYA – Seorang pemilik banglo terkejut apabila 28 pucuk surat berbeza nama penerima yang mengandungi mesej tahun baru dan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihantar ke rumahnya di Petaling Jaya.
Surat berkenaan didakwa mula diterima sejak dua minggu lalu tertera nama penerima yang langsung tidak dikenalinya.
Hairan dengan perkara itu, pemilik rumah berkenaan mengadukan perkara
itu kepada Adun angkat Bukit Gasing, Hannah Yeoh Tseow Suan.Hannah
berkata, berikutan aduan berkenaan, pemeriksaan dilakukan menerusi
senarai daftar pengundi suku tahun pertama 2012 dan hasil mengejutkan
apabila mendapati 28 nama berkenaan didaftarkan di alamat pengadu.
Menurutnya, lebih mengejutkan ada sembilan lagi nama didaftarkan
beralamat di rumah pengadu dan menjadikan 37 pengundi berdaftar di
alamat sama.“Daripada jumlah itu, dua adalah Melayu, seorang India dan
lainnya adalah pengundi Cina dengan nama keluarga berlainan yang
berumur antara 36 hingga 90 tahun.
“Inilah yang hendak kita persoalkan kepada Pengerusi BN Selangor,
adakah semua mereka ini pengundi hantu mereka?," katanya.Dalam pada
itu, Hannah turut menggesa pengundi yang dapat surat berkenaan tetapi
tidak mengenali nama penerima supaya membawanya ke pejabat Adun atau
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk tindakan selanjutnya. ~sinar
harian
No comments:
Post a Comment