Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada KS Bawani, seorang mahasiswi Universiti Utara Malaysia yang berani tampil ke depan menyatakan pandangannya mengenai isu politik negara ini di satu forum yang dianjurkan di universiti tersebut. KS Bawani bangun memberikan pandangan mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said serta mengenai pendidikan percuma yang baginya wajar diadakan di negara ini.
Keberanian
dan kelantangan KS Bawani menunjukkan mahasiswa sekarang sudah berani
tampil di pentas terbuka untuk menyatakan pandangan mereka mengenai
sesuatu isu politik tanpa takut. Mahasiswa adalah golongan intelektual
dan semakin matang dalam menelaah isu-isu politik negara. Mahasiswa
bukan kelompok yang boleh dibodohkan sesuka hati. Mereka bijak menilai
sesuatu dan menegur sekiranya ada kepincangan tanpa pengaruh mana-mana
pihak.
Keberanian
beliau menjadi contoh kepada anak-anak muda supaya bangkit membela
kebenaran walau di aman juga tanpa gentar terhadap tindakan yang akan
dikenakan. Anak-anak muda seperti beliaulah yang diharapkan untuk
membela masyarakat dan negara ini dan pemimpin negara di masa hadapan.
Dalam
pada itu, DPPM merasa kesal kerana pihak penganjur forum terbabit tidak
bersikap terbuka dalam menerima kritikan. Sikap ahli panel yang hanya
bercakap tetapi tidak mahu mendengar pandangan penonton menggambarkan
keangkuhan penganjur serta memalukan semua pihak.
Sepatutnya
dalam program yang bersifat akademik seperti ini, semua pihak dibenarkan
memberi dan menerima pandangan. Ia adalah untuk kebaikan semua dan bagi
memperbaiki kekurangan dan kesilapan yang berlaku. Adalah diharapkan
penganjur mengambil iktibar dari kejadian ini dan pastikan kejadian
seumpama ini tidak berulang di masa akan datang.
DR RAJA AHMAD AL HISS
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
No comments:
Post a Comment