Monday, 14 January 2013
Peristiwa bersejarah Himpunan Kebangkitan Rakyat
"Laungan keramat 'Merdeka' sekali lagi menggegarkan Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013. Sementara laungan 'Merdeka' yang dilaungkan 55 tahun lalu dipimpin Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, kali ini laungan "Merdeka" yang bergema tepat jam 4.37 petang dipimpin oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan disambut oleh lebih 300,000 ribu rakyat Malaysia pelbagai kaum di dalam dan di luar stadium.
Peristiwa bersejarah ini turut disaksikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat seperti YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang, Tuan Guru Haji Salleh selaku Mudir Madrasah Ar - Rahmaniah, Sik, Kedah dan wakil - wakil Lembaga Suadaya Masyarakat seperti BERSIH, ANAK, ROYALTI dan PAHLAWAN.
Kita berhimpun semalam untuk mengulangi tekad rakyat Malaysia sebagaimana yang terkandung dalam Pemasyhuran Kemerdekaan 1957. Cita-cita kita untuk membangunkan Malaysia yang berteraskan Demokrasi Berparlimen, Bebas dan Adil. Kita telah mencipta sejarah dengan menuntut kemerdekaan dari kezaliman dan kemungkaran ekonomi yang diterajui oleh UMNO. Rakyat Malaysia menuntut kebebasan, hak asasi manusia dipertahankan dan pengagihanekonomi yang adil. Rakyat Malaysia juga menuntut Sabah - Sarawak diiktiraf adil setara dengan Semenanjung Malaysia selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963.
Saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang telah berhimpun dengan aman dan teratur di sepanjang tempoh berlangsungnya Himpunan Kebangkitan Rakyat dan berani tampil untuk meruntuhkan tembok ketakutan yang dipasak selama 5 dekad.
Rakyat Malaysia juga menyambut baik usaha Ketua Polis Negara dan pimpinan PDRM yang mempamerkan kewibawaan institusi polisuntuk menjamin hak asasi, kebebasan serta keselamatan rakyat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kebangkitan rakyat hari ini memaknai erti perjuangan rakyat yang sebenar dan kembali menghayati fitrah manusia yang sentiasa mendambakan keadilan dan keharmonian masyarakat.
Insha Allah, obor reformasi akan memberi sinar baru demi membela nasib rakyat. Stadium Merdeka adalah lambang gelora kebangkitan rakyat dan Putrajaya adalah lambang kemenangan rakyatmelaksanakan cita-cita dan hasrat murni untuk membangun sebuah negara yang bebas dan demokratik.
Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
13 Januari 2013"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
A nude world record has been set as 400 people bared it all and went skinny-dripping into sea on Rhossili Beach, Gower (South Wales). T...
-
TAK pakai baju dalam, kini menjadi trend selebriti Korea. Budaya inikah yang ingin dibawa masuk oleh pemimpin-p...
-
Selaput Dara atau Dara itu adalah satu regangan daging nipis seperti bawang yang meregang di pintu masuk lubang faraj. I...
-
TAIPEI - Seorang wanita Taiwan yang baru berkahwin, secara tidak sengaja telah terdail nombor suaminya melalui telefon bimbi...
-
Post kali ini bukan bermaksud untuk semata-mata unsur lucah.Tetapi ia bertujuan bertujuan untuk menambah pengetahuan kepada siapapun ya...
-
Ramai yang sudah tahu resort ini sudah di tutup sepenuhnya..carian didalam internet/blog..perincian penutupan resort terseb...
-
Sumber: Ibnu Hasyim Penerjun negara, Leong Mun Yee menjalani latihan di Pusat Akuatik di London,...
-
APA rasa, bila U ambil makanan dengan mulut U dari puting susu seorang wanita bogel, yang sedang terlentang depan U? Gambar di atas in...
-
Pembedahan yang dilakukan untuk ‘mencantikkan’ vagina kini semakin meluas. Malah penyelidik mendapati ramai remaja yang baru berusia 14 ...
-
Nudes-A-Poppin Tidak ada bedanya berbogel begini, dengan 'pakaian tapi telanjang' seperti yang dipakai ...
No comments:
Post a Comment