Saturday 23 March 2013

Kematian Pi Bala



Setelah membuat pendedahan beliau dan mengatakan kenyataanbersumpah pertama (SD1) adalah yang sebenarnya dan yang kedua (SD2) dipaksa ke atasnya, PI Bala meninggal dunia. Ada yang mendakwa ianya hasil tindakan khianat BN. Samada benar atau sebaliknya saya tidak mahu komen.

Tetapi yang tidak boleh dinafikan adalah kenyataan bahawa PI Bala telah mengambil risiko untuk kembali ke Malaysia dan matlamat beliau, sehingga sanggup menghadapi risiko itu, adalah untuk menyatakan kenyataan bersumpah yang pertama (SD1) adalah benar!

Kematian beliau tidak menafikan bahawa beliau telah menyatakan beberapa kali secara terbuka bahawa SD1 adalah yang sebenar-benarnya. Dan terdedah pula bagaimana Najib sendiri yang terlibat menyediakan SD2 yang menafikan kebenaran SD1 untuk ditandatangani PI Bala! Cecil Abrahams dilaporkan berkata bahawa beliau telah menyediakan SD2 untuk Bala tandatangani di atas arahan Najib.



Bagi saya PI Bala telah menunaikan tanggung-jawabnya terhadap Altantuya dan rakyat Malaysia, walaupun beliau mati secara tiba-tiba. Beliau telah sempat menyatakan kebenaran dan kematiannya tidak membantu Najib sama sekali, malah mungkin lebih memudaratkan kerana sekarang ini tidak mampu sesiapa memaksanya menarik balik kenyataan terbarunya ini!

Dengan segala pendedahan baru ini, Peguam Negara sepatutnya membuka balik kes pembunuhan Altantuya. Namun dia tidak akan buat apa. Dan bagi yang ingin melihat kes pembunuhan Altantuya ini diselesaikan dengan muktamad, tiada pilihan melainkan dengan menentukan Negara kita ini dibebaskan dari cengkaman UMNO/BN dalam PRU akan datang. Dan dengan itu minda rakyat akan dibebaskan dari penipuan UMNO/BN.

BAPA SAIFUL BUKHARI

Timbul pula satu malapetaka bagi Najib apabila bapa Saiful menarik balik pertuduhan beliau terhadap DSAI dan menyatakan bahawa anaknya digunakan oleh Najib untuk menjatuhkan DSAI! Beliau siap sebut nama pegawai khas upahan Najib yang bertindak membimbing Saiful dalam tindakan terkutuk beliau sehingga setiap kenyataan disiapkan oleh pegawai ini untuk dibaca dan ditandatangani Saiful!

Betapa jahat sungguh pentadbiran Najib ini sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa. Soal rasuah sudah menjadi kebiasaan dan fitnah sebagai hidangan pencuci mulut ataupun ‘desert’ sahaja.

VIDEO TERBARU ‘ANWAR’

Sudah tidak ada modal maka guna balik modal lama! Begini sahajalah. Sekiranya video itu benar, maka dakwa sahaja Anwar. Tetapi mungkin susah untuk dakwa kerana bila dakwa perlu nyatakan bila ianya berlaku, tarikh dan waktunya dan juga di mana. Kita semua tahu Anwar sibuk dengan berbagai program. Silap-silap tarikh, waktu dan tempat tidak sama dengan jadual Anwar! Maka adalah lebih mudah disebarkan sahaja gambar dan video tersebut! Silap haribulan jadi macam kes Liwat 1 di mana Anwar dituduh melakukannya di Tivoli Villa pada suatu tarikh yang mana pada tarikh tersebut, Tivoli Villa masih dalam proses pembinaan! Audahai, kelakar, kelakar.

Cara ianya dilakukan sudah cukup untuk kita memahami, ianya usaha nak jatuhkan Anwar, bukan untuk membuktikan kebenaran sesuatu tuduhan!

PR TIDAK MENEPATI JANJINYA DALAM MANIFESTO 2008

Dalam kes tuduhan ini serta tindakan menyaman kerajaan Selangor berhubung ‘janji-janji yang tidak ditepati’ kononnya, sikap saya mudah sahaja. Kalau benarlah tuduhan itu, maka jemput sahaja Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, berwawancara di TV3 secara ‘live’ atau siaran langsung. Dalam wawancara itu serang dia atas kegagalan kerajaan di bawah pimpinannya memenuhi semua janji-janji yang dibuat. Biar dia jawab dan beri rakyat nilai.

Itu kalau UMNO/BN sendiri yakin dengan tuduhannya lah. Kalau tidak yakin dan takut TS Khalid boleh buktikan sebaliknya maka lebih baik jangan. Maka itulah sebabnya ianya tidak dibuat dengan cara begitu! Sebaliknya UMNO/BN lebih selesa cakap sendiri seorang diri dan percaya sendiri. Cukuplah dengan sandiwara mu wahai UMNO/BN. Booo baaa laaaa...

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

No comments:

Post a Comment

Popular Posts