Tuesday 12 February 2013

Sedia jawab tuduhan RM403 juta


Sedia jawab tuduhan RM403 juta
Mukhriz (kanan) mengambil kesempatan untuk beramah mesra bersama penduduk sambil membantu mengacau sup daging di Kodiang, semalam.
 
KODIANG - Umno Kedah sedia menjawab semua tuduhan mengenai 11 penyelewengan yang berlaku semasa pemerintahan mereka di Kedah berjumlah sehingga RM403 juta.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya tidak gusar dan bimbang terhadap setiap persoalan yang akan dibangkitkan kerana dakwaan tersebut adalah tidak benar.

Katanya, pihaknya juga akan menjawab setiap isu dengan terperinci selepas menerima memorandum tersebut daripada Bongkar 403 juta yang mahu pihaknya memberi penjelasan.

“Buat masa ini saya masih belum dapat apa-apa maklumat berhubung penerimaan memorandum itu.

“Saya lihat kempen Bongkar 403 juta ini juga sebenarnya tidak dapat sambutan orang ramai. Yang datang semasa demonstrasi di pekarangan Masjid Zahir Alor Setar baru-baru ini pun berapa puluh orang sahaja.

“Saya hairan kenapa  sekarang ini baru dia (kerajaan negeri) nak ungkit perkara yang sudah berlaku. Mungkin sudah lebih 20 tahun yang lalu.

“Ini membuktikan bahawa kerajaan Pas sekarang sudah tidak ada isu yang hendak dibangkitkan kepada rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan pelancaran Skim Rondaan Sukarela (SRS) kawasan Sanglang, semalam.

Mukhriz berkata, pihaknya juga tiada  masalah untuk menjawab setiap isu yang dibangkitkan parti lawan.

“Kita tiada masalah, mereka boleh tanya. Sebenarnya yang berkait  kerajaan negeri pun jauh lebih banyak berbanding kita. Baru lima tahun perintah dah jadi macam ini,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, BN Kedah perlu menjawab semua tuduhan mengenai penyelewengan  berlaku ketika pemerintahan mereka.

Menurut laporan itu, Pengerusi Bongkar 403 juta, Mohd Firdaus Jaafar berkata, satu memorandum akan dihantar ke Pejabat Barisan Nasional Kedah dalam masa terdekat untuk mendapat penjelasan secara terperinci sebelum PRU13.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts