Monday 11 February 2013

Paduka Ayahanda Seru Ahli Pekida Berkecuali



KUALA TERENGGANU - Seorang Pemimpin Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) menyeru semua ahli-ahli pertubuhan tersebut supaya menjaga menjaga prinsip diri jangan samapai boleh dibeli oleh ahli-ahli politik.

"saya menyeru kepada semua ahli-ahli Pekida supaya jaga prinsip, jangan sampai orang oleh berli......ahli politik boleh beli (maruah diri) prinsp kita (dan agama kita dengan wang ringgit,

"saya meneru juga keada seua ahli-ahli Pekida (supaya berkecuali) sebab kita badan terkecuali,"ujar Ustaz Badrul@ Roslan Mohammad.

Beliau merupakan Penasihat Pekida yang dilantik dengan gelaran Ayahanda oleh Pekida negeri Melaka berkuatkuasa tahun 2009 dan mendapat gelaran Paduka Ayahanda oleh Pekida negeri Selangor berkuatkuasa pada tahun 2011.

Beliau kesal majlis ramah mesra yang diadakan diantara Pekida Terengganu dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dicemari dengan  'fitnah' orang politik untuk menghadapi pilihanraya umum yang semakin hampir.

"buku 'Kafirkah Aku' yang diedarkan pada majlis MB Teerengganu bertemu dengan ahli Pekida Terengganu tu, benda ini sudah ama berlaku.....sepatutnya (kerajaan beri) apabila Presiden PAS minta satu jam bersiaran langsung dalam TV......... sebab apa tak beri?

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/watikah%20ayahanda%20ustaz%20badrol.jpg"ini menunjukkan bahawa ini (pengedaran buku itu) adalah satu fitnah untuk menghadapi pilihanraya,"jelasnya. [lihat Video]
Beliau juga menganggap pemberian wang sebanyak RM50,000 yang diumukan oleh Menteri Besar dalam masjid tersebut adalah merupakan satu rasuah.

Beliau mempersoalkan, mengapa kerajaan tidak beri sebelum ini dan hanya memberi wang tersebut sewaktu hampir pilihanraya umum.

"memag rasuah, sebab ini diberi kepada ahli Pekida dan diluluskan RM50,000 serta merta.........sebelum daripada aini mengapa dia tak beri kepada ahli-ahli Pekida,"katanya.

Beliau berkata bahkan mencabar kerajaan memberi bantuan seumpama itu kepada sekolah-sekolah agama rakyat, terutamanya, kata beliau kepada asrama pelajar yang dibakar di Rusila baru-baru ini.

Selaku sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Pekida sepatutnya hadir kepada semua majlis yang dianjurkan oleh semua parti-parti politi termasuk PAS apabila mereka dijemput.

Namun sebaliknya, kata belia, Pekida hanya hadir kepada majlis Umno yang memerintah kerana ada imbuhan atau habuan.

Berita sebelum ini;
Ramah Mesra MB-PEKIDA Jadi Medan Hasutan Dan Fitnah

No comments:

Post a Comment

Popular Posts