Minggu
lepas empat bekas General dari ketiga-tiga cawangan angkatan bersejata
Malaysia telah bertindak nekad untuk terjun ke dalam arena politik dan
menyertai Pakatan Rakyat.
Apa
kah yang menyebabkan mereka bertindak menyertai Pakatan Rakyat itu.
Persoalan ini sangat penting kerana sesuatu tindakan yang dilakukan
oleh seseorang atau kumpulan itu mesti bersebab. Untuk mengetahuinya
elok kita ikuti sebahagian dari kata-kata mereka:-
LEFTENEN GENERAL (B) DATUK ABDUL GHAFIR ABDUL HAMID, Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat
“Pembelian
melalui rundingan buka melalui tender terbuka menyebabkan rasuah
menjadi-jadi. Jika di kumpulkan keseluruhannya sejak mula berkhidmat
sehingga bersara pada 2005 ia lebih kurang RM75 billion”
LAKSAMANA PERTAMA (B) IMRAN ABDUL HAMID, Bekas Ketua Logistik Markas Armada TLDM
“mengapa
RM 9 billion? Sedangkan semasa saya berkhidmat, perjanjian TLDM dan
Kementerian Pertahanan untuk membeli 27 kapal, hanya RM6 billion.
Mengapa baru buat 6 petrol vessel?”
BRIG GENERAL ABDUL HADI ABDUL KHATAB, Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara.
“Saya
cabar Zahid Hamidi dan Panglima TUDM, beritahu siapa hilangkan enjin
jet? Kes seperti Scorpene, pembelian helicopter dan banyak lagi
sehingga hari ini tidak ada jawapan”
BRIGED JENERAL (B) DATUK NAJMI AHMAD, Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat)
“Campur
tangan (UMNO) melampau hinggakan pegawai-pegawai kerajaan susah
menjalankan tugas masing-masing. Ini pencabulan terhadap gulunagn
professional. Ia berluasa dan perlu diperbetulkan”
Tindakan
keempat-empat bekas General ini memberikan semangat yang kuat untuk
semua melakukan perubahan dan tentunya kata-kata mereka ini lebih telus
dari kata-kata dan jawapan-jawapan yang di berikan oleh Menteri
Pertahanan atau sesiap yang ada di dalam kerajaan itu.
Isu-isu
Wanita adalah luas dan pelbagai. Wanita membentuk separuh daripada
penduduk Malaysia, tetapi penglibatan wanita di sektor pekerjaan dan
politik, adalah masih terhad. Pada hari ini, saya ingin melahirkan suara
hati, sebagai seorang wanita yang pernah bekerja sebagai doktor pakar
mata di hospital kerajaan selama 15 tahun.
KUALA TERENGGANU: Serangan
yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am
PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar).


KUALA LUMPUR
12 FEB: Baru lima hari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengumumkan
bertanding dalam PRU 13 di kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak di Pekan, mahasiswa yang mengedar risalah sudah pun diganggu
samseng Umno dengan membelasah aktivisnya, Ekhsan Bukhari tengah hari
tadi.
KUALA LUMPUR,
11 FEB: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Malaysia yang
diisytihar sebagai Koridor Raya Multimedia (MSC) 16 tahun lalu, kini
semakin hilang daripada pengetahuan dunia sebagai lokasi teknologi
maklumat (IT) antarabangsa terpenting.






