Wednesday 19 June 2013

Akauntan dinobat sebagai Ratu Cantik AS





LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) – Seorang akauntan berusia 25 tahun dari Connecticut, Erin Brady memenangi gelaran Ratu Cantik AS di sini kelmarin.
Brady merangkul gelaran itu di Planet Hollywood, Las Vegas selepas menewaskan 51 jelitawan lain.

Pemenang sebelum ini, Nana Meriwether dari Maryland menyampaikan mahkota kemenangan kepada Brady selepas dia diumumkan sebagai pemenang.
Brady menerima mahkota itu serta seunit apartmen mewah di New York selama satu tahun. 

Dia diumumkan sebagai pemenang selepas menjawab satu soalan tentang keputusan Mahkamah Agung AS menyokong ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diperluaskan.

Dengan kemenangan berkenaan, gadis berambut perang itu dijangka terlibat dalam kempen kesedaran kanser ovari dan payudara di AS.
Brady yang berasal dari South Glastonbury, Connecticut akan mewakili AS dalam pertandingan Ratu Cantik Universe di Moscow, Rusia pada musim sejuk ini.
Ratu Cantik AS 2012, Olivia Culpo menjadi pemenang pertama dari negara itu yang memenangi gelaran Ratu Cantik Universe pada tahun lalu untuk tempoh 16 tahun. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Popular Posts