Thursday 16 May 2013

Proses BAGAIMANA Membawa MAKANAN KFC Ke GAZA


Kelihatan pekerja penghantaran makanan masuk melalui terowong di bawah bumi Gaza - dengan membawa beg plastik yang sarat dengan pesanan Kentucky Fried Chicken. Makanan yang popular ini rupa-rupanya telah dihantar sehingga ke bumi Palestin melalui cawangannya di Mesir.

Kotak makanan yang terpampang logo Kolonel Sanders merah dan putih itu bergerak pantas melalui terowong penyeludupan untuk dibawa menyeberangi sempadan. Makanan ini dibawa masuk melalui laluan bawah tanah kerana tiada mana-mana cawangan restoran KFC di bumi Palestin.





Sekatan Israel ke atas Gaza menyebabkan sukar untuk membuka satu cawangan makanan segera antarabangsa di kawasan itu.

Tetapi kini pesanan makanan segera tersebut menjadi mudah untuk didapati selepas sebuah syarikat penghantaran Al-Yamama mula memberikan perkhidmatan membawa makanan dari Sinai Utara, Mesir yang bersempadan dengan Gaza.

Mohammed Al-Madani, seorang akauntan di syarikat Al-Yamama, menceritakan bagaimana mereka memulakan perniagaan mereka ini.

"Kami memesan dan mengatur untuk membawa beberapa makanan itu dan dijangka tiba dalam masa empat jam.", katanya.

Beliau menambah sebaik menyiarkan gambar makanan segera tersebut di laman web syarikat mereka, tidak lama selepas itu mereka mendapat lebih banyak lagi tempahan dari penduduk di Gaza.

Dan sejak akhir bulan lalu, mereka telah membuat empat penghantaran KFC kepada rakyat Palestin, dengan setiap penghantaran termasuklah pesanan kombo.


Walau bagaimanapun, ada harga untuk setiap penghantaran.

Harga bagi hidangan keluarga KFC adalah kira-kira EGP 80 (lebih RM30) yang dijual restoran el-Arish, tetapi untuk dihantar ke Gaza harganya melonjak sehingga  100 Shekels Israel (lebih RM80).

Harga menjadi lebih tinggi adalah kerana faktor kos pengangkutan dan penyeludupan. Al-Madani berkata walaupun mereka tidak menghadapi banyak halangan ketika membawa makanan ke Gaza, penghantaran boleh ditangguhkan disebabkan oleh pelbagai sebab.

Beliau berkata: "Kadang-kadang Hamas memeriksa bekas makanan dan kadang-kadang teksi yang mengambil pesanan dari Sinai tiba lewat."

Tetapi semuanya adalah berbaloi bagi seorang pelajar Aboud Fares, 22, yang amat menggemari bahagian dada ayam "Ia lazat walaupun ia sudah sejuk."

No comments:

Post a Comment

Popular Posts