Friday 3 May 2013

Najib: BN optimis menjelang Ahad


Najib: BN optimis menjelang Ahad
PM, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perjumpaan bersama Ketua-ketua Pengarang Media termasuk Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datuk Zulkefli S
 
KUALA LUMPUR - Menjelang saat akhir sebelum pengundian bermula pagi Ahad, Barisan Nasional (BN) semakin yakin bahawa rakyat bakal memberi mandat dua pertiga untuk ia melaksanakan agenda transformasi demi masa depan Malaysia yang lebih berjaya.
  
Keyakinan tersebut dinyatakan sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini semasa bertemu beberapa ketua pengarang media, tetapi menjelaskan beliau mahu jentera BN terus bekerja keras walaupun sambutan rakyat semasa beliau "turun padang" amat menggalakkan.
  
Sebaliknya ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula membuat kenyataan mengelirukan berhubung pelaksanaan hudud, dengan menyatakan bahawa PAS telah bersetuju hudud bukan matlamat pakatan rakyat dan tidak mungkin dilaksanakan di negara ini.
  
Pelaksanaan hudud memerlukan majoriti dua pertiga untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, dan PAS sedar ia tidak boleh mencapainya secara bersendirian, menurut Anwar dalam kenyataan yang disiarkan melalui blognya, hari ini.
  
Ketika diminta mengulas kenyataan Anwar, pemimpin PAS cuba mengelak daripada membuat kenyataan.
 
Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ketika diminta mengulas kenyataan Anwar itu, enggan memberi ulasan dengan alasan beliau belum membaca kenyataan tersebut.
  
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata isu hudud tidak berbangkit, seperti mana dipersetujui dalam manifesto pakatan rakyat yang tidak menyebut mengenainya.
  
"Saya tidak mahu komen tentang kenyataan Anwar itu," katanya bila diberitahu bahawa ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyatakan bahawa hudud tidak mungkin dilaksanakan di negara ini.
  
Pemimpin PAS seperti Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya Datuk Dr Haron Din sebelum ini berkata hukum hudud adalah asas perjuangan PAS dan parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud jika pakatan rakyat dapat menawan Putrajaya.
  
Kenyataan mereka beberapa kali disanggah Pengerusi DAP Karpal Singh yang berkata parti itu tetap menentang pembentukan negara Islam yang mengamalkan undang-undang hudud. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts