Wednesday 15 May 2013

GPMS sepatutnya membela pelajar Melayu yang nak masuk IPT



"GPMS sepatutnya memikirkan bagaimana hendak membantu puluhan ribu pelajar Melayu lepasan SPM/STPM 2012 yang akan masuk ke IPTA/IPTS tidak lama lagi.

Jika sekiranya Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menang PRU-13 yang lalu sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf akan diberikan.

Manakala aku janji BN N.Sembilan semasa kempen PRU-13 ialah “Pemberian insentif kepada anak-anak Negeri Sembilan yang berjaya memasuki Pusat Pengajian Tinggi”.

Sehingga saat ini Menteri Besar Negeri Sembilan belum mengumumkan berapa banyak insentif yang akan diberikan dan bila boleh diberikan kepada semua anak-anak Negeri Sembilan tidak kira Melayu, Cina, India atau lain-lain bangsa yang akan masuk ke IPT tidak lama lagi.

*****

Lucut kerakyatan peserta protes
13 Mei 2013

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mendesak kerajaan supaya melucutkan kerakyatan 21 rakyat Malaysia yang mengadakan perhimpunan haram sebagai membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Singapura pada Rabu lalu.

Setiausaha Agungnya, Zambri Mohd. Isa berkata, demonstrasi haram yang diadakan di Singapura itu memalukan dan menjatuhkan imej Malaysia serta telah memberi gambaran salah mengenai kerajaan di negara ini kepada pihak luar.

“Tindakan mereka boleh memberi kesan buruk kepada industri pelancongan dan menjejaskan keyakinan pelabur untuk melabur di Malaysia.

“Kami minta kerakyatan mereka (peserta perhimpunan haram di Singapura) dilucutkan,” tegasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam."

No comments:

Post a Comment

Popular Posts