Wednesday 7 August 2013

Penyamun gilis dan belasah isteri hingga meninggal


Serdang: “Selain tangan kanan luka teruk, ada kesan tayar di beberapa anggota badannya, menandakan arwah isteri saya dilanggar sebelum digilis ketika cuba menghalang kumpulan penjenayah itu melarikan lori kami.

“Malah, mereka turut membelasah arwah untuk menyamun barang kemas dipakainya,” kata Yahaya Ishak, 62, suami mangsa samun dan bunuh, Rohani Harun, 50, dalam kejadian di Jalan SR 6/3, Taman Serdang Raya, Seri Kembangan, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa yang juga peniaga ayam dilanggar ketika cuba menghalang tiga lelaki melarikan lori miliknya.

Kumpulan penjenayah terbabit dipercayai menyasarkan wang RM15,000 milik mangsa yang disimpan dalam lori itu. Wang itu hasil jualan ayam sejak tiga hari lalu.
FotoYAHAYA (dua dari kanan) bersama ahli keluarga mengusung jenazah Rohani di Bilik Mayat Hospital Serdang sambil diperhatikan anak bongsu, Haikal.

Sebelum itu, lori Inokom Lorimas dipandu Rohani dihalang tiga penjenayah terbabit yang menaiki kereta Perodua Myvi putih selepas mereka mengekorinya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts