Monday 11 May 2015

Kenderaan Berperisai Russia Generasi Baru

Kenderaan Berperisai Russia Generasi Baru 

Kereta kebal rekaan Russia seperti T 72 digunakan pada jumlah yang besar oleh negara yang tidak mampu membeli kereta kebal moden rekaan barat. Kereta kebal negara iaitu PT-91M Pendekar ialah kereta kebal utama yang dibina berasakan T-72. Rekaan yang sudah berusia lebih 40 tahun ini tidak lagi sesuai untuk medan perang moden. Di dalam Perang Teluk ratusan kereta kebal T-72 milik Iraq menjadi korban kereta kebal M1A1 Abrams, Challenger dan juga kereta perisai Bradley. Jelas sekali jika Perang Dunia Ketiga berlaku, Russia akan mengalami masalah kerana kereta kebal generasi lama mereka tidak mampu bersaing dengan kereta kebal barat yang sedia ada.

Menyedari hakikat ini projek Armata dimulakan pada tahun 2009. Ianya platform baru untuk kereta kebal, kereta perisai, artileri bergerak dan kenderaan bantuan medan perang Russia. Kesemua kenderaan berperisai ini membawakan peningkatan dari segi battlefield survivability dan rekaan perisai modular. Kereta kebal T-14 dan kereta perisai T-15 sudah diperlihatkan kepada umum oleh Russia sempena perarakan May Day 9 Mei yang lalu.

Jelas sekali rekaan kereta berperisai generasi terkini Russia mengambil rekaan M1A2 Amerika Syarikat dan Leopard Jerman. T-14 mempunyai rekaan rudal yang bersegi dengan sistem anti serangan misil aktif terbina. Sistem optik terkini serta kokpit untuk 3 krew yang lebih tahan serangan dipercayai digunakan pada T-14. Senjata utama masih lagi meriam 125 mm smoothbore. Ia diperkasakan enjin diesel 1500 kuasa kuda yang memberikan kelajuan maksimum 90 kilometer sejam dan jarak operasi 500 kilometer. Berat kereta kebal utama ini pula ialah sekitar 48 tan. Ini menjadikannya lebih ringan dan pantas berbanding M1A2 dan Leopard.

T-15 pula diperkasakan enjin 1200 kuasa kuda dan mempunyai 2 orang krew. Senjata utama ialah meriam 30 mm dan empat tiub misil anti kereta kebal Kornet. Kereta perisai ini juga mampu membawa 8 orang aksar infantri di dalam ruangan kargo. Seperti T 14 ia mempunyai sistem anti misil aktif serta rekaan perisai modular.

Looks damn nice!




Sumber English Russia

No comments:

Post a Comment

Popular Posts